PAHIT MANIS KEHIDUPAN

May 21, 2008 at 04:36 o\clock

hidup seorang wanita yang penuh dengan kesedihan 3

by: zaris   Keywords: hidup, dalam, kesedihan

sambungan...

setelah beberapa lama berubat dan berikhtiar, dengan kuasa Allah penyakit aida sedikit sembuh walau pun bukan sepenuhnya. badannya menjadi semakin berisi dan sihat. pernah sekali aku berjumpa dengannya di sebuah pekan berhampiran dengan seorang kawannya dan aku hampir tidak dapat mengenalinya. nasib baik kawannya menegurku. aku lihat keadaannya tidak seperti dahulu yang periang dan ceria. dia kelihatan malas hendak bercakap, kelihatan murung dan dan air mukanya seolah2 menyembunyikan sesuatu yang berat. mungkin juga dia segan kepada aku yang mengetahui kisah keperitan hidupnya!

sejak disahkan penceraian dengan amin, aida semakin kerap keluar ke pekan. apabila hari minggu bersama dengan rakan baiknya dia selalu keluar. mungkin untuk menghilangkan rasa bosan dan kebosanan kerana bersendirian. keluarganya seolah2 memahami keadaannya yang bosan dan sunyi tidak lagi menghalangnya ke pekan dan bandar. agaknya keluarganya menganggap aida sudah ada sedikit pengalaman hidup dan sudah pandai bergaul dengan orang ramai.

sesuatu yang tidak terduga oleh keluarganya telah berlaku kepada aida. kekerapan aida keluar ke pekan telah menemukan aida dengan seorang lelaki yang bermulut manis dan pandai menuturkan kata2 yang mencairkan hati perempuan. lelaki itu seorang yang ada perniagaan sendiri, mempunyai kewangan yang agak kukuh, tetapi sudah berkahwin dan berkeluarga. 

tidak diketahui dengan pasti bagaimana aida dan lelaki itu bertemu dan berkenalan. apa yang diketahui ialah lelaki itu adalah seorang yang amat baik pada tutur katanya. selepas perkenalan dan pertemuan demi pertemuan yang dibuat tanpa pengetahuan mak dan ayah aida, akhirnya lelaki tersebut meluahkan hasratnya untuk memperisterikan aida. walau pun aida masih ada penyakit barah buah dada, tetapi rupa paras aida masih cantik yang bersesuaian dengan ketinggiannya.

entah ayat atau ilmu apa yang digunakan oleh lelaki itu, aida terpesona dan terus mempercayai kata2 itu. mereka dipercayai telah merancang untuk berkahwin. namun begitu aida merasakan kedua orang tuanya pasti tidak akan membenarkan dia berkahwin dengan lelaki tersebut. oleh itu dia telah merancang dan mengatur dengan lelaki itu untuk melakukan proses perkahwinan secara senyap2. 

kenapa aida mempercayai kata2 manis lelaki itu? hanya aida sahaja yang boleh memberikan jawapan. mungkinkah aida yang kesunyian sejak sekian lama amat memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya! mungkin juga lelaki itu seorang pendengar yang baik, sudi mendengar kisah hidup aida yang penuh dengan keperitan dan sudi memberikan harapan kepada aida. agaknya aida menggantungkan harapan yang amat tinggi kepada lelaki itu sehinggakan sanggup merahsiakan hubungannya itu dari pengetahuan keluarganya yang nyata amat mengasihinya.

sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku apabila aida yang suatu hari keluar dari rumah dengan membawa sebuah beg tidak pulang kerumah berhari2. keluarganya yang terkejut dengan kejadian itu terus berusaha mencarinya dengan menghubungi kawan2 baik aida serta saudara mara. namun mereka hampa kerana jejaknya sukar dikesan.

2-3 hari kemudiannya mereka menerima lagi kejutan, iaitu aida menelefonnya dengan menyatakan sudah berkahwin. aida mengatakan sudah berkahwin di sempadan thailand. menurutnya dia melakukannya kerana mengetahui andaikata dia meminta izin dengan keluarganya, pasti keluarganya tidak memberi izin kepadanya. menurutnya lagi, sebelum itu dia telah keluar dengan membawa sedikit pakaian dalam beg dan telah berjumpa dengan lelaki tersebut. lelaki itu kemuadiannya membawanya ke sempadan thailand dan mereka berkahwin di sana.

kejadian yang langsung tidak terduga berlaku membuatkan keluarga aida termenung panjang, memikirkan kejadian2 yang bertimpa2 terjadi kepada keluarga mereka. perasaan bercampur baur dan tak tahu apakah yang perlu dilakukan selanjutnya.  akhirnya ayah aida mengambil tindakan menerima kejadian itu dengan tenang dan redha. mereka sekeluarga menganggap kejadian itu adalah takdir tuhan dan menerimanya dengan sabar. mereka mengetahui orang kampung dan jiran tetangga semestinya akan mengumpat keluarga mereka.

sejak itu aida hidup bersuamkan seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan mempunyai anak2. aida redha dengan keadaan itu dan cuba sedaya upaya menjadi seorang isteri yang menuruti kata2 suaminya. dalam masa yang sama dia yang mengetahui mak dan ayahnya pasti terguris hati kerana perbuatannya yang sedikit sebanyak memalukannya di mata masyarakat kampung. dia kerap menelefon meminta maaf dan ampun.

ketika itu aida sebenarnya masih belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit barah buah dadah yang dideritainya. mungkin kerana kecuaian membuat pengubatan susulan terhadap penyakitnya itu, barahnya semakin hari semakin teruk. dari sehari ke sehari dan dengan ikhtiar yang bersungguh2, barahnya tetap makin hari makin teruk. di sini aida merasa peritnya berkahwin dengan suami orang yang sudah ada tanggungan. dia seolah2 bersendirian menanggung penderitaannya. dia berseorangan berusaha ke hospital mengubati penyakit itu tanpa dibantu oleh suami, apatah lagi madunya. hendak mengadu dan meminta tolong kepada ayah dan ibunya terasa malu, maka dia bersabar setakat termampu.

malang menimpa kepada aida apabila sakitnya makin teruk. suaminya seolah2 mahu melepaskan beban dan tanggungjawab menjaganya. oleh itu, suaminya bertindak menceraikan aida dengan begitu sahaja. betapa sedih dan kecewanya aida apabila lelaki yang amat2 diharap menjaganya bertindak membuangnya begitu sahaja. lelaki itu dilihatnya amat berbeza ketka dikenalinya dahulu sebagai seorang yang baik dan berjanji untuk menjaganya. kini lelaki itu dilihatnya amat hina dan penuh dengan kepura2an.

mahu tak mahu dengan linangan air mata dan menahan malu yang amat sangat aida kembali ke rumah ibubapanya. ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. walau sebanyak mana air mata kecewa yang tumpah ke bumi, walau sebanyak mana kata2 sumpah seranah dan makin dihamburkan kepada anaknya, hatinya tetap menyatakan sayang. suasana amat mengharukan dan pasti akan menitiskan air mata bagi siapa sahaja yang melihatnya. si ibu menerima permohonan maaf anaknya dan si anak merayu berjanji tidak akan melakukan lagi perbuatan ya akan melukakan hati si ibu.

ketika itu, barah buah dada buah dada yang dideritai oleh aida amat teruk. ada orang mengatakan sebuah daripada buah dadanya sudah dibuang. sebuah lagi mengendur dan sama dengan dada. ertinya aida seolah2 sudah tidak lagi mempunyai buah dada. badannya makin kurus cengkung dan hanya mengharapkan ibunya menolongnya apabila mahu melakukan sesuatu.

keadaan itu tidak lama apabila aku mendapat tahu aida menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan ibunya, di sisi ayah dan ahli keluarganya. betapa hebatnya tangisan yang mengiringi kematian aida, seolah2 amat kasihan dengan nasib aida yang menanggung penderitaan yang amat perit semasa hidupnya. bekas suaminya si amin tidak datang di majlis pengebumiannya, mungkin takut dipukul oleh keluarga aida.

2-3 hari selepas pengebumian aida, anaknya bermimpikan arwah aida(emaknya). anaknya demam 3-4 hari kerana amat2 merindui ibunya. kasihan anak itu. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh aida dan menempatkan di kalangan hamba2nya yang solehah. Al Fatihah buat arwah...