PAHIT MANIS KEHIDUPAN

May 14, 2008 at 06:49 o\clock

hidup seorang wanita yang penuh dengan kesedihan 2

by: zaris   Keywords: hidup, dalam, kesedihan

sambungan...

di kem tersebut, keluarga aida telah berjumpa dengan ketua tentera di sana. mereka mengharapkan agar ketua itu memberi sokongan supaya pasangan amin dan aida bercerai secepat mungkin. mereka tidak sanggup lagi kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan berlarutan terus terjadi kepada anak kesayangan mereka. semua peristiwa mereka ceritakan dari a-z dengan harapan agar ketua tentera itu menyokong mereka.

pasangan amin dan aida kemudiannya dipanggil ke dalam sebuah bilik untuk membincangkan masalah yang dihadapi mereka. agak lama mereka berbincang dengan melibatkan semua segi. sementara itu, di luar keluarga aida menunggu dengan penuh harapan agar ketua tentera itu menyokong supaya pasangan itu bercerai.

akan tetapi meraka amat terkejut apabila ketua tentera itu keluar dari bilik itu sambil tersenyum dan masalah itu sebenarnya adalah senang dan sudah di selesaikan. dia memberitahu masalah itu sebenarnya berpunca daripada sikap buruk amin yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. dalam masa yang sama amin juga mahukan aida menghormatinya sebagai seorang suami dan jangan membuka rahsia rumahtangga kepada orang luar yang akan menjatuhkan maruahnya. dalam bilik itu amin telah berjanji akan menjadi suami yang baik yang akan menunaikan semua tanggungjawabnya. aida menyatakan masih sayangkan amin dan bersedia memaafkan kesalahannya yang lepas. mereka bermaafan dan berjanji akan berusaha untuk membina keluarga bahagia di masa hadapan.

keputusan tersebut menimbulkan perasaan yang kurang senang kepada keluarga aida. hasrat mereka supaya aida akan bercerai dengan amin tidak mendapat sokongan daripada ketua kem tentera di sana. mereka merasa amat tidak puas hati dengan keadaan itu.

sekali lagi mereka membawa balik aida dengan anak aida pulang ke rumahnya di kampung. sekali lagi amin terasa amat terhina dan tercabar. dalam suasana yang serba tegang itu keluarga aida terus pulang bergegas ke kampung dengan membawa aida dan anak kecilnya. amin hanya mampu melihat dengan perasaan bercampur baur antara marah, dendam, sakit hati, hormat, sabar dan malu. aida dalam keadaan yang amat serba salah hanya menuruti sahaja perlakuan keluarganya yang membawanya pulang ke rumah.

di kampung aida telah dibawa ke pejabat kadi. di sana pihak keluarganya bertemu dengan tuan kadi dan menceritakan segala2nya. mereka memohon fasakh terhadap pasangan itu. mereka mahukan pejabat kadi menggunakan kuasanya supaya aida dan amin bercerai. agaknya mungkin kerana terlalu ikutkan perasaan hati yang terlalu sayang, maka mereka sanggup membuat perkara tersebut.

setelah mempertimbangkan pelbagai alasan dan hujah daripada pihak keluarga aida yang terlalu beria2 mahukan supaya pasangan ini bercerai, maka tuan kadi pun mengeluarkan surat meminta amin supaya datang mengahdiri sessi khidmat nasihat. amin yang masih merasa marah tidak melayani surat tersebut. banyak surat yang dihantar kepada amin kemudiannya tetap juga tidak dilayan. agaknya kerana perasaannya masih amat marah dan terlalu berkecil hati dengan perbuatan mertuanya yang membawa balik isterinya.

ketika di kampung keluarganya, kerap kali orang2 kampung melihat aida membonceng motosikal rxz sepupu lelakinya. beberapa kali mereka ke pekan berdekatan dengan menaiki motosikal rxz. orang kampung ramai yang mengumpat dan mengutuk kelakuan keluarga aida yang membenarkan aida keluar berdua2an dengan lelaki lain walaupun sepupu. ini kerana dia masih lagi menjadi isteri orang. sebelum itu masih belum habis umpatan orang kampung berkenaan perbuatan ayah aida bertindak pergi ke rumah menantunya dan membawa balik ke rumah. mereka menganggap perbuatan itu tidak wajar kerana anaknya sudah menjadi isteri orang! 

 

pernah sekali amin pergi ke rumah mertuanya di kampung untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya. kebetulan yang ada di rumah mertuanya adalah ibu mertuanya yang sedang menjual buah2an. manakala isteri dan anaknya berada dalam rumah. apabila amin datang berjumpanya dan meminta kebenaran untuk berjumpa dengan isterinya, maka mak mertuanya mengambil sebilah pisau dan mengacukan kepada amin. bersama2 dengan kata2 makian dia mengancam akan menikam amin sekiranya amin berdegil mahu masuk ke rumah berjumpa dengan aida. amin mengalah dan terus pergi dari situ. ketika itu, bapa mertuanya dan lain2 anggota keluarga keluar ke ladang bekerja.

apabila bapa mertuanya mengetahui kehadiran amin, dia amat marah. dia mengancam akan memukul amin sekiranya datang lagi mahu berjumpa dengan aida.

sehari demi sehari akhirnya pejabat kadi mengeluarkan surat supaya hadir ke pajabat kadi dan seterusnya ke mahkamah syariah untuk mengahadiri kes tuntutan fasakh tersebut. agaknya mungkin kerana perasaan amin yang masih menyinpan dendam dan marah pada mertuanya, amin mengemukakan pelbagai alasan di atas ketidakhadirannya di mahkamah. banyak kali perbicaraan ditangguhkan kerana tidak cukup individu yang diperlukan semasa perbicaraan.

sememangnya perbicaraan kes nikah cerai di mahkamah di malaysia akan memakan masa yang lama sekiranya terdapat sesuatu yang menghalang kelancarannya. begitu juga dengan kes tuntutan fasakh perkahwinan aida dan anim. sejak dari permohonan awal sehinggalah perbicaraan yang ditunda2, maka hampir mencapai masa 4 tahun. kasihan melihat kepada aida yang terkurung di rumah tanpa suami. dia dari sehari ke sehari membantu ibunya menjual buah2an dan menjaga anaknya yangs edang membesar.

dalam pada itu, kedengaran si amin sudah berkahwin dengan seorang perempuan. tidak dapat dipastikan dengan cara mana dia berkahwin. ini kerana kes mahkamah syariah yang melibatkannya masih belum selesai. akhir sekali mungkin kerana dia kasihan dan mendapat surat amaran dari mahkamah, maka dia menghadirkan diri ke mahkamah dan melafazkan cerai kepada isterinya, setelah hampir 5 tahun kesnya tertunggak. hampir semua orang menarik nafas lega dengan penyelesaian tersebut dan mengharapkan tidak akan ada lagi dendam dan perasaan tidak puas hati di hati masing2.

dalam pada itu, aida telah disahkan menghidapi barah buah dada pada peringkat yang sudah agak teruk. entah kenapa dia tidak dapat mengesan dari awal. mungkin dia tidak perasan dan tidak mengambil berat kesihatannya ketika hidup bersama2 dengan amin dahulu. ada di kalangan ahli keluarganya yang mendakwa dia dihinggapi penyakit barah tersebut kerana perangai amin yang kerap memukulnya dahulu. dikatakan amin pernah menendang perut dan dadanya serta belakangnya semasa dia sedang menyusukan anaknya. kesan tendangan yang kuat di atas buah dadanya yang mempunyai susu dipercayai menjadi antara penyebab dia dihinggapi barah buah dada!

tanpa berlengah keluarga aida pun berubat di merata2 tempat untuk mengubati penyakitnya. daripada berubat dengan cara perubatan tradisional sehinggalah kepada perubatan tradisional termasuk bomoh dan ubatan herba. segala usaha dibuat demi mengubati penyakit yang diketahui amat merbahaya kepada aida. 

bersambung...