kenangan di penjara kajang 15
apa aktiviti harian banduan/tahanan dalam penjara? agak ramai yang bertanya kerana inginkan kepastian yang lebih lanjut. banyak egensi kerajaan dan ngo yang semakin kerap akhir2 ini mengadakan lawatan ke penjara untuk melihat keadaan banduan/tahanan dalam penjara. akan tetapi kehadiran orang awam yang datang melihat sebenarnya sudah diketahui oleh pegwai penjara dan semestinya mereka akan menunjukkan kepada orang awam sesuatu yang baik dipandang sahaja. inilah yang dikatakan wayang.
banduan/tahanan akan bekerja atau melakukan aktiviti mengikut kemahiran dan minat yang bersesuaian dengan peraturan dalam penjara. namun begitu, ianya bergantung juga kepada jenis kesalahan dan bentuk hukuman yang dikenakan. ini bertujuan untuk memudahkan pemantauan dilakukan kepada banduan2 yang dianggap merbahaya dan berpotensi untuk menimbulkan kekecohan. banduan yang dihukum penjara seumur hayat iaitu mesti menghabiskan hayatnya dalam penjara tidak akan dibenarkan untuk bekerja bersama2 banduan lain sesuaka hati. begitu juga dengan banduan akhir (BA).
mana2 banduan yang mempunyai kemahiran memasak akan dicadangakan untuk bekerja di dapur banduan. banduan ini setiap hari akan bekerja di dapur memasak dan menyediakan makan minum kepada banduan lain. di penjara utama, meraka seramai lebih kurang 20 orang akan sama2 memasak untuk menyediakan makanan kepada banduan seramai lebih kurang 2000 orang. menu masakan sudah disediakan dan lori sayur, ikan dan bahan2 masakan akan masuk tiap2 hari. bayangkan betapa banyak orang yang perlu diberi makan mesti memerlukan pasukan penyediaan makanan yang cekap!
penyediaan menu pada banduan amat berbeza dibandingkan dengan 5 tahun yang lepas. kini menu adalah agak mewah, bahkan lebih mewah daripada orang2 di kampung seperti nelayan dan penoren getah. kalau dulu banduan ada dibekalkan dengan ikan kering, tetapi sekarang ikan kering telah dihapuskan dan diganti dengan ikan basah. kini menu seperti ayam masak kicap, daging masak merah pasti ada dihidangkan setiap minggu. menu daging dan ayam mesti sekurang2nya dua kali seminggu. begitu juga dengan ikan yang berbagai2 jenis. sayur dan buah dimestikan ada setiap kali makan tengahari dan malam. apabila tiba hari yang istimewa seperti hari raya, maka menu istimewa akan dibuat seperti nasi minyak.
apabila tibanya hari krismas dan tahun baru cina, maka akan banyak ngo dan pertubuhan memberi limau dan makanan secara percuma kepada banduan. sebahagian dari sumbangan ini disumbangkan oleh badan2 dakwah kristian seperti malaysian care dan pertubuhan buddha. namun begitu, kakitangan penjara akan menerima apa sahaja pemberian yang dihulurkan tanpa banyak soal.
di dapur banduan, wader sebenarnya tidak berani terlalu tegas dan melakukan kekasaran sewenang2nya terhadap banduan yang bekerja. ini kerana banduan2 ini memegang pisau pemotong daging dan sayur. wader khuatir sekiranya keadaan tidak terkawal, mereka akan menggunakan pisau ini sebagai senjata.
ada juga diantara banduan yang mempunyai kemahiran memasak akan ditugaskan di kantin kakitangan. mereka akan bekerja di kantin untuk menyediakan sarapan pagi, tengahari dan petang kepada kakitangan penjara. bagi orang awam yang mungkin pertama kali melihat keadaan kantin penjara utama, mungkin terkejut kerana seperti kedai makan cerita koboi. sesetengah wader dan pegawai penjara yang jenis panas baran biasa sahaja menjerit sekiranya makanan yang dipesannya lambat sampai atau tersilap hantar. ada juga yang memaki banduan. banduan yang bekerja mestilah bersabar dengan keadaan itu.
ini kerana kantin penjara utama berada di dalam tembok yang hanya kunjungi oleh wader dan pegawai penjara sahaja. maka orang awam tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku. kadang2 kasihan melihat banduan yang dimaki hamun oleh pegawai penjara. suasanay agaknya panas dengan gelak ketawa sambil menghisap rokok dan ketawa terbahak2.
sebenarnya banduan yang akan bekerja di kantin kakitangan akan diperiksa terlebih dahulu tahap kesihatannya dan rekodnya. dia akan dipastikan supaya tidak berpenyakit HIV, kudis buta, penyakit2 kulit yang berjangkit yang dikhuatiri akan berjangkit kepada kakitangan dan orang2 yang memakan masakannya. pernah terjadi seorang banduan yang berpenyakit pembawa kuman HIV bekerja di kantin sebagai pembancuh minuman. agaknya mungkin kerana pegawai penjara yang terlibat tidak mengambil berat kesihatannya ketika memeriksa rekod kesihatannya. ini amat merbahaya kerana risiko berjangkit kepada orang lain adalah tinggi!
akan tetapi ada juga pegawai penjara yang tidaak berani untuk melakukan kekasaran yang berlebihan kepada banduan yang memasak dan melayan di kantin. mereka khuatir banduan yang memendam kemarahan akan bertindak meludah ke dalam air minuman yang dibancuhnya. tidak mustahil banduan akan mencampurkan air minuman dan makanan yang dimasaknya dengan air kencingnya.
manakala bagi kakitangan penjara yang berpangkat pegawai, bilik makannya adalah bilik yang berlainan. kedudukannya di tingkat atas. apabila mahu minum mereka hanya perlu menelefon ke kantin dan makanan dan minuman yang di pesan akan dihantar oleh seorang banduan. biliknya lebih kemas, cara bercakap pagawai juga kelihatan lebih sopan dan beradab. akan tetapi kalau anginya kurang baik dan pesanan lambat dihantar, maka dengan selambanya dia akan memarahi banduan yang menghantar makanan itu. kalau ada pelawat, maka akan dibawa ke bilik makan ini dan tidak dibawa bercampur dengan wader dan pegawai berpangkat rendah.
meja makan akan dihias menarik dengan reben. hiasan bungaan akan diletakkan di penjuru.kadang2 di pasang muzik lembut. akan disediakan tempat khas bagi sudu dan gerfu. kakitangan penjara utama yang wanita yang berpangkat bawahan juga selalunya akan minum di tempat ini juga, mungkin kurang menggemari minum bersama2 wader di kantin biasa.
pernah terjadi satu peristiwa yang amat menjijikkan. pegawai penjara menjumpai seluar dalam direndam dan dimasak dalam periuk besar yang digunakan untuk memasak air. tidak diketahui dengan pasti sejak bila banduan memasak air beesama2 seluar dalam. akan tetapi, yang pastinya semua kakitangan penjara meminum air tersebut samada pengarah, penguasa, inspektor, pegawai kebajikan, ustaz unit agama hinggalah pegawai perubatan penjara kajang. semuanya amat marah dengan kejadian itu. namun semuanya sudah terjadi!
tindakan banduan membuat perlakuan sebegini mungkin kerana mahu melepaskan marah kepada wader2 yang kerap marah dan menengking mereka. kemugkinan juga kerana mempercayai air seluar dalam yang diminum oleh seseorang akan memberi kesan kepada peminumnya. ini kerana ada sesetengah ilmu mempercayai bahawa orang yang diberi minum dengan air seluar dalam, air mani, darah haid dan cecair yang keluar dari kemaluan, maka ia boleh menundukkan orang yang meminumnya. lebih mujarab lagi jika dibaca mentera tertentu serta lain2 bahan yang kotor. mungkin juga banduan ini mahukan supaya pegawai penjara sukar untuk melakukan perkara kasar kepadanya kesan air seluar dalamnya!
aku kurang pasti tindakan selanjutnya yang dikenakan kepada banduan2 yang bertindak merendam seluar dalam dalam periuk tersebut. akan tetapi biasanya banduan yang melakukan perkara sebegitu pasti akan dipukul. dia akan disiasat dengan teruk untuk mendapat maklumat tentang perlakuannya tersebut. tentang deraan dan soal siasat dalam penjara insyaAllah aku akan ceritakan di entry yang lain sekiranya ada kelapangan masa!
itulah sebabnya ada sesetengah pegawai penjara dan wader tidak akan makan dan minum di kantin penjara. mereka merasakan makanan yang dimasak di situ sedikit sebanyak pasti akan ada benda kotor di dalamnya. mereka lebih rela membawa bekal dari rumah yang d masak sendiri. mereka tidak mahu dan seboleh2nya mahu menjaga daripada memakan benda2 yang tidak diyakini kebersihannya. ada juga sesetengah pegawai yang membawa gelasnya sendiri dan apabila mahu minum di kantin, maka dia mahukan banduan membuat air dalam gelasnya sahaja.
sementara kantin penjara bhg. rawatan dan pemulihan dadah (RPD) lebih terbuka dengan suasana yang sedikit berlainan. ini kerana kantin ini mempunyai dua pintu. satu pintu masuk melalui dalam tembok penjara dan satu lagi melalui bahagian luar tembok. ini bermakna mana2 keluarga banduan yang melawat boleh masuk ke kantin tersebut dan menjamu selera dan meminum minuman yang dimasak oleh banduan bertugas di situ. suasananya lebih tenang seperti kebanyakan kantin dan kedai makan di tempat awam.
setiap pelawat yang melawat banduan dibolehkan memesan masakan di kantin penjara utama dan penjara RPD dan memberikan kepada banduan yang dilawatinya. mereka akan membayar kepada pegawai yang bertugas di kantin dan pelayan dikantin akan memberikan kepada banduan tersebut. harga bagi makanan yang dimasak di penjara adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga makanan di luar. menjadi perkara kebiasaan, masakan seperti nasi goreng, mee goreng akan dimasak dengan agak banyak. airnya amat manis dan boleh dibancuh menjadi dua gelas. ini kerana banduan dikatakan memasak dengan cara sekadar 'masak je' supaya boleh dimakan tanpa mempedulikan kesan kesihatan kepada sesiapa yang memakan masakannya.
sebahagian daripada bahan masakan seperti sayur sayuran sebenarnya adalah ditanam sendiri dalam penjara. banduan2 yang bekerja menanam sayur apabila mendapati sudah sampai masa yang sesuai untuk diambil hasilnya akan dihantar ke kantin untuk dimasak. sayur-sayuran yang ditanam seperti bayam, sawi dan kadang2 ulam raja. ada juga ditanam tanaman kobis. air yang digunakan untuk menyiram sayur-sayuran sebahagiannya adalah air yang bercampur dengan najis. ini kerana ianya akan lebih menyuburkan lagi tanaman tersebut. itulah sebabnya sesetengah pegawai penjara tidak akan makan masakan banduan kerana tahu air yang digunakan untuk menyirami sayur tersebut adalah air najis dan merasa amat jijik.
akan disambung, harap bersabar...
