PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 1, 2008 at 02:03 o\clock

semalam di senawang

by: zaris   Keywords: di, senawang

sabtu malam ahad bila mendapati ketiadaan urusan maka aku dan isteriku ke senawang. hasratku adalah untuk menziarahi kawan2 lamaku. sememangnya hubungan silaturrahim sesama Islam perlu dipererat lagi. mana tahu kalau2 satu ketika kita memerlukan pertolongannya! kata orang sekali berkawan, biarlah selama2nya berkawan.

di samping pergi berjumpa dan bersembang dengan kawanku, aku juga bercadang mahu meminta mertuanya yang tahu serba sedikit ilmu mengurut supaya memperbetulkan urat saraf, sengal2 dalam badan yang semakin dirasai kebelakangan ini. lebih2 lagi apabila badanku semakin berisi. memang sekali pandang badan yang semakin gemuk nampak semakin sihat, tetapi hakikatnya semakin banyak juga unsur2 yang tidak menyihatkan seperti kolestrol dan lemak berlebihan berada dalam badan kita yang boleh mengakibatkan keletihan, kelesuan dan mudah rasa mengantuk.

mentuanya adalah seorang yang berumur lebih kurang 60-70 tahun. seorang yang mahir dalam ilmu agama dan agak bersemangat apabila membicarakan soal agama dan permasalahan dalam pentadbiran negara. mempunyai kepandaian menulis khat dan membuat hulu dan sarung parang berukir. orang memanggilnya ustaz kerana dia sebenarnya sering memberi kuliah agama di surau dan masjid. akan tetapi dia tidak mengaku dirinya ustaz, kerana merasakan ilmunya tidak setinggi mana.

dia berbangsa jawa dan berasal dari daerah kuala selangor. beberapa kali dia memberitahu bahawa bekas menteri besar selangor iaitu dr khir toyo juga adalah berbangsa jawa dan berasal kawasan disekitarnya. ayah kepada dr khir toyo rupanya seorang penyokong pas yang mana manurutnya menaruh bendera pas yang cukup besar dalam rumahnya. dia merungut kepada bangsanya sendiri iaitu jawa yang terus mengikut perangai lama, iaitu mengikut ketua secara membuta tuli tanpa memikirkan sama ada betul ataupun salah.

sememangnya dia seorang gemar bercakap dan mengajak berbincang berkaitan hal ehwal semasa yang ada hubung kait dengan cara hidup beragama. dalam kunjuangan aku sebelum ini ke rumahnya, dia juga begitu, iaitu amat suka berbicara berkenaan hal2 yang berhubungkait dengan agama, ummah dan negara. benda2 yang berkaitan isu semasa akan dikupas satu persatu sambil diselangi dengan ayat2 Al-Qur'an, hadith Nabi SAW, kata2 Sahabat dan kadang2 kata2 ulama silam.

semasa kunjunganku sebelum ini, dia ada mengeluh tentang keadaan di stadium paroi. menurutnya, keadaan lokasi stadium tersebut amat tidak sesuai. ini kerana stadium tersebut terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan islam. kubur mempunyai hubungan yang rapat dengan kepercayaan dan aqidah Islam. beliau amat sedih kerana kubuh yang sepatutnya menjadi tempat istirehat bagi ahli2nya terpaksa menerima pekikan anak2 muda yang menonton bola sepak, menyambut tahun baru, pesta2 hiburan yang dipenuhi dengan unsur2 maksiat. anak2 muda tidak akan segan silu untuk memijak dan terkinja2 di atas kubur arwan nenek moyangnya yang disemadikan di situ. tidak mustahil mereka kencing di atas kubur apabila penat menonton bola sepak dan lain2 sambutan hiburan bersama teman wanita.

pernah sekali pihak kerajaan negeri sembilan mencadangkan supaya kubur tersebut dipindahkan ke tempat lain kerana kononnya lokasinya tidak sesuai di situ. akan tetapi mufti negeri sembilan menentang dengan sekeras2nya cadangan tersebut. mufti tersebut amat kesal dengan cadangan pihak kerajaan kerana lebih mementingkan hiburan dan kebendaan dibandingkan dengan kubur yang semestinya tidak ada nilai komersial.

dia juga sesekali menyindir pegawai2 dari agensi agama. walau pun bersahaja, tetapi maknanya mendalam dan agak pedas. dia mengatakan bahawa pegawai2 agensi agama sekarang seperti JAKIM, Jawi dan Jabatan agama Islam negeri memakai songkok yang mudah jatuh. pada zaman sekarang, apabila makin banyak bangunan tinggi seperti KLCC dibina, maka orang2 ramai dan ustaz pun mendongak melihat bangunan tersebut. songkok ustaz yang dipakai akan mudah jatuh apabila semakin tinggi mendongak. ini kerana songkok itu longgar dan hanya sekadar diletakkan di atas kepala. ini berbeza kalau ustaz itu memakai serban yang dililit kemas. ia tidak akan jatuh walau melihat sehebat mana ketinggian tamadun ciptaan manusia!