kenangan di penjara kajang 14
mungkin kalian biasa melihat seseorang banduan yang bergari tanganya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. banduan atau tahanan ini dibawa ke sesebuah hospital apabila mendapat arahan dari pihak atasan untuk merawat sesuatu penyakit yang tidak ada kemudahan merawatnya di klinik dalam penjara kajang.
banduan yang mempunyai kesalahan biasa akan dibawa ke hospital akan di kawal oleh dua orang pegawai. seorang adalah wader biasa dan seorang lagi berpangkat kopral. mereka akan dibekalkan dengan sepucuk pistol yang disediakan peluru. pistol itu hanyalah sekadar persediaan sekiranya berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini. ianya hanya digunakan hanya apabila keadaan terdesak sahaja.bagi banduan yang mempunyai kesalahan berat seperti hukuman seumur hidup dan hukuman mati, pengiringnya mestilah pegawai yang lebih tinggi, iaitu inspektor atau lebih tinggi
ada seorang pegawai penjara yang ada sedikit bermasalah telah ditugaskan untuk menghantar seorang banduan ke hospital. di hospital, banduan tersebut telah ditahan untuk tempoh satu atau dua malam kerana penyakitnya memerlukan pemerhatian di hospital. maka pegawai tersebut pun terpaksalah di hospital tersebut menjaga banduan itu. sebagai langkah keselamatan, sebelah tangan banduan akan digari kepada besi katil untuk mengelakkan daripada bertindak agresif dan melarikan diri.
menjadi perkara kebiasaan warden akan bersembang dengan banduan yang dijaganya untuk menghilangkan kebosanan. maka warden itu pun bertanyakan banduan tersebut tentang kesnya kenapa dimasukkan ke penjara. banduan india itu buat2 tak tahu dan tak mahu menjawab pertanyaan tersebut. kemudian dengan selambanya wader tersebut mencabut pistol di pinggangnya yang berisi peluru. diacukan ke kepala banduan itu. apa lagi pucat lesilah banduan itu, terus menceritakan segala2nya dari a-z. kalaulah dia tertarik picu pistol, nescaya tembuslah kepala banduan tersebut.
sebenarnya perbuatan wader itu adalah salah dari segi peraturan kepenjaraan. ini kerana dia sewenang2nya menggunakan pistol di masa yang tidak sepatutnya. andaikata terjadi apa2 kepada banduan tersebut maka bukan dia sahaja akan dipertanggungjawab, melainkan seluruh jabatan akan mendapat nama yang tidak elok.
menjadi perkara biasa apabila seseorang banduan dibawa ke hospitan dengan tangan bergari, maka mata2 orang awam akan tertumpu kepadanya. ada yang menjeling penuh prejudis dan syak wasangka dan ada yang memandang dengan makna menghina. apabila ditahan diwad, pegawai penjara yang bertugas kadang2 malas mahu menjawab pertanyaan jururawat dan kakitangan hospital yang mahu tahu apa kes banduan yang dibawanya. untuk menyenangkan menjawab, wader selalunya memberitahu bahawa banduan itu mempunyai kes rogol dan bunuh, bahkan ditambah dengan rogol, liwat, bunuh dan bakar. tujuannya supaya jururawat terdiam dan tidak bertanya soalan lebih banyak.
ada juga banduan yang baru memeluk Islam, akan dihantar ke hospital untuk berkhatan. banduan ini apabila memeluk Islam dengan mengucapkan syahadah di depan pegawai agama penjara akan dirujuk kepada jabatan agama islam selangor (jais) untuk tujuan mendapatkan kad muallaf. seterusnya akan dimasukkan ke kelas agama harian di surau banduan untuk menambahkan lagi pengetahuan agama.
banduan muallaf ini kemudiannya akan hantar ke klinik dalam penjara untuk diperiksa tahap kesihatannya, sama ada mempunyai penyakit berbahaya dan HIV. surat pengesahan daripada pegawai perubatan, surat perakuan muallaf dan surat kepada pegawai kesihatan hospital akan dibawa bersama ke hospital. sebelum itu pihak penjara telah membuat temujanji tentang bila proses khatan akan dilakukan. bayaran khatan akan dibayar oleh pihak jais. ketika banduan muallaf itu terbaring di atas katil dikhatankan, pegawai akan masuk bersama untuk melihat dan memantau keadaan dalam bilik tersebut untuk mempastikan keselamatan terkawal.
ada kes banduan muallaf yang memakai tayam mahu dikhatankan. pegawai perubatan yang bertugas adalah pegawai baru ditugaskan mengkhatan banduan itu terkejut dan keliru dengan bentuk kemaluan banduan itu. pegawai itu terpaksa merujuk kepada pegawai2 lama kerana tidak tahu apa yang mahu dilakukan. ada setengah pegawai akan bertindak melakukan pembedahan kecil membuang bebola tersebut setelah dimaklumkan kepada banduan dan pegawai penjara yang bertugas.
ada juga antara tugas pegawai penjara untuk membawa mana2 banduan menghadiri kes2 di mahkamah atau pun pemindahan penjara. pengiringnya sama juga dengan yang ditugaskan di hospital. akan tetapi apabila tugasan itu sampai ke malam atau pun mengambil masa yang lama, maka pegawai penjara akan 'menyimpan' sementara banduan itu di lokap2 di balai polis terdekat. semua dokumen akan disertakan. senjata yang dibawa iaitu pistol juga akan diletakkan sementara di balai polis.
sebenarnya meletakkan senjata di balai polis adalah kerana sebelumnya ada kes seorang pegawai penjara yang menyalahgunakan pistol yang dibawanya. kejadian itu berlaku apabila selepas pegawai itu menghantar banduan ke balai polis untuk sementara. kemudian malam itu dia masuk kelab malam dam dan mabuk. dalam masa yang sama dia membawa pistolnya. apabila hampir berlaku kekecohan, antara sedar dan tidak dia mengeluarkan pistol dan mengacukan kepada orang ramai.
pegawai yang bertugas membawa banduan ke hospital perlulah sentiasa berwaspada dengan persekitaran di hospital. ini kerana terdapat kes2 di mana kawan2 banduan yang dibawanya telah membuat pelbagai rancangan seperti mahu menyeludup dadah dan tembakau melalaui banduan yang dibawa ke hospital itu. oleh itu, pegawai tersebut jangan leka dan membiarkan banduan tidak dikawal walau sesaat pun. kalau banduan tersebut mahu ke tandas, maka pegawai mesti mengikuti bersama.
pegawai akan memeriksa tandas tersebut untuk memastikan tidak ada apa2 objek yang disorok dalam tandas oleh orang2 tertentu sebelumnya. maka barulah dibenarkan banduan itu masuk ke tandas hospital. sebelah tangan banduan akan digari disambungkan dengan menggari sebelah tangan pegawai. oleh itu, ketika banduan membuang air, pintu tandas akan dibuka separuh dan sebelah kaki pegawai akan masuk bersama2 dalam tandas. sekiranya apa2 kes terjadi dengan senang sahaja pegawai akan mengambil tindakan.
pernah terjadi satu peristiwa di mana seorang banduan yang dibawa ke hospital telah berhubung dengan kawannya di sana. kawannya telah memberikan dadah supaya dibawa masuk ke dalam penjara. banduan itu telah menyembunyikan dadah itu dalam bekas plastik ubat yang dibawanya pulang dari hospital. dia menyembunyikan bersama2 ubat supaya tidak dapat dikesan. akan tetapidadah itu telah dijumpai oleh pegawai yang bertugas di pintu besar penjara utama kajang.
wader yang bertugas mengiringi banduan itu amat bernasib baik kerana tidak dicajkan bersubahat menyeludup dadah ke dalam penjara. kejadian ini amat merbahaya. andaikata jumlah dadah yang cuba diseludup itu banyak dan kebetulannya dipegang oleh pegawai yang mengiringinya, maka kemungkinan pegawai tersebut akan dikenakan caj membekal dadah ke dalam penjara. oleh itu seseorang pegawai penjara yang membawa seseorang banduan ke hospital atau ke mana2 perlulah berhati2, jangan leka walau sesaat pun dan sesekali mempercayai banduan.
bagi pegawai penjara wanita yang bertugas membawa banduanita ke hospital, mereka lebih menggemari menggunakan sistem gari yang disambungkan dengan rantai. rantai yang sepanjang lebih kurang dua hasta akan diikat/digari pada tangan pesalah dan hujung satu lagi diikat/digari pada tangan pegawai. ini bererti banduanita sekiranya mahu ke mana2 mesti bersama dengan pegawai yang mengawalnya. pegawai penjara wanita tidak akan membawa senjata pistol. ini kerana dianggap hampir mustahil pesalah akan bertindak ganas dan melarikan diri. namun begitu, sebagai langkah berhati2, mereka tetap juga digari bagi mengelakkan kajadian tidak diingini.
