kalau kita melihat berita di kaca televisyen, menjadi perkara biasa pihak polis dengan dibantu oleh RELA, jabatan agama dan lain2 agensi penguatkuasa melakukan operasi terhadap pendatang tanpa izin dan kelab2 malam, pub, rumah urut, pusat karaoke dan lain2 lagi. walau pun terlalu kerap operasi demi operasi dilakukan, namun jumlah tangkapan tetap berkurangan. seolah2 mereka seperti tidak takutkan pihak berkuasa dan undang2 malaysia.
sebenarnya mereka yang ditangkap tersebut, apabila semalaman tidur dilokap polis dan dibuat prosedur serba ringkas, maka mereka akan dihantar ke penjara. penjara di malaysia mempunyai fungsi yang berbagai. sebahagiannya adalah pesalah yang telah dijatuhkan hukum. sebahagian lagi yang masih dalam tahanan reman. terdapat yang dikategorikan sebagai banduan, tahanan, PATI ( pendatang tanpa izin), banduan muda, pelatih serenti dan lain2. masing2 ada istilah dengan makna yang tersendiri.
selalunya, tidak menjadi perkara pelik apabila hampir setiap hari, pagi dan petang trak polis datang membawa pesalah2 yang ditangkap selepas melakukan operasi di kelab2 malam di sekitar lembah klang. jumlahnya puluhan orang, bahkan mencapai ratusan orang. mereka akan duduk mencangkung dalam barisan, memasuki pintu besar untuk didaftarkan.
samaada di penjara utama atau pun di penjara wanita adalah sama sahaja suasananya. kalau di penjara utama, pelbagai bau hapak dan busuk adalah perkara biasa. sebahagiannya adalah kutu rayau yang ditangkap dalam operasi oleh DBKLdi sekitar bandaraya kuala lumpur. sebagaiannya pendatang tanpa izin yang ditangkap di rumah2 kongsi.
sementara di pintu besar penjara wanita pula, akan kelihatan berpuluh2 banduan wanita menuruni lori dan trak polis menuju ke pintu besar penjara wanita kajang. banduan yang baru sampai ini akan duduk mencangkung di dalam pintu besar dalam keadaa mencangkung sementara proses merekodkan selesai. mana2 kakitangan yang melalui akan melihat keadaan ini dan elalu bertanya polis yang mengiringi berkaitan banduan2 ini.
pakaian banduan ini selalunya agak seksi dan ketat. ini kerana dalam operasi malamnya, apabila mereka ditangkap dengan pakaian begitu, maka dengan pakaian itulah mereka akan dihantar ke penjara. keadaan rambut mereka yang kusut masai, ditambah dengan bau hapak yang tidak mandi adalah benda biasa. ada di kalangan mereka seolah2 biasa dengan keadaan begitu dan tidak merasa apa2 apabila ditengking dan dimarahi oleh pegawai penjara.
sebahagian daripada pesalah wanita ini adalah pelacur pendatang tanpa izin yang bekerja di pusat hiburan, rumah urut dan lain-lain. mereka adalah dari pelbagai negara seperti indonesia, china, thailand, filipina di samping bangsa melayu. biasanya di antara mereka pasti ada terselit wanita 'orang putih' yang badan agak besar, tapi kerjaya melacur diri. selalunya dilah yang akan menjadi tumpuan ramai orang2 yang lalu-lalang di situ. akan tetapi yang paling banyak adalah dari indonesia dan china.
dikatakan sebahagian dari mereka adalah pelajar2 yang menyalahgunakan kemudahan kerajaan untuk belajar di malaysia dengan melacurkan diri. sebahagiannya pula menjadi mangsa penipuan majikan/egen pekerjaan. apabila datang ke malaysia dan sudah terjebak, amat sukar untuk melarikan diri kerana paspot dan dokumen dipegang oleh egen di samping tiada kawan2 dan saudara mara untuk membantu.
kadang2 terdapat juga kenderaan daripada pejabat agama tempatan membawa pesalah ke penjara wanita kajang. selalunya adalah kes yang berkaitan khalwat dan bersekudukan. biasanya pesalah2 ini dihantar ke penjara kerana tidak mampu membayar denda yang dikenakan, maka akan dimasukkan ke penjara. hukuman penjara yang dikenakan lebih kurang setahun. kadang2 pesalah2 kes khalwat jika dilihat dari segi luaranya tidak menampakkan ciri2 perempuan gatal dan jahat. mereka biasa berpakain baju kurung dan bertudung dengan wajah 'baik', dan tidak disangka sanggup melakukan kesalahan khalwat.
terdapat satu kes di mana sebuah kenderaan pacuan empat roda dari JAIS (jabatan agama Islam Selangor) datang dengan membawa seorang pesalah wanita yang melakukan kesalahan khalwat. sesampai di pintu besar, terus didaftarkan dengan pegawai di sana. kebetulan aku melalui pintu besar tersebut dan sempat bertanyakan ustazah JAIS tersebut tentang pesalah wanita tadi. katanya kerana kes khalwat di Shah Alam. menurut ustazah lagi, pasangannya ada di penjara utama (penjara lelaki). aku melihat kepada wanita muda tersebut, berbaju kurung dan bertudung, berwajah baik dan agak sopan serta agak cantik. terdetik di hatiku perasaan kasihan dan sedih di hatiku.
keesokannya kebetulan ketika aku melalui pintu besar mahu ke penjara utama kerana sesuatu urusan, aku terserempak dengan lagi dengan perempuan tersebut. gaya berjalannya bukan lagi seperti hari sebelumnya dengan menunduk agak malu dan sedikit sopan, tetapi sebaliknya dengan berjalan sedikit terkangkang dengan mukanya di pandang terus ke dahapan, tanpa mempedulikan siapa yang memandangnya. di luar pintu besar, aku melihat perempuan tadi menaiki kereta bersama2 beberapa lelaki dan perempaun. rupa2nya keluarganya datang membayar dendanya. kelihatan pada wajah ahli keluarganya cukup berserabut dengan 'masalah' yang dibuat oleh perempuan tersebut.
apabila kita melalui jalan di depan pintu besar penjara wanita kajang, selalu kita melihat deretan kereta2 yang mana kita menyangka ianya adalah pelawat yang datang melawat saudara mara yang ditahan di penjara. sebahagiannya adalah kenderaan keluarga banduan yang berada di penjara. sebahagian lagi sebenarnya kereta kepunyaan bapa/ibu ayam yang datang melihat 'ayam'2nya di penjara wanita. makna ayam di sini adalah pelacur wanita yang ditahan di situ. a
pabila tiba waktu pembebasan, maka bapa ayam ini akan mengaturkan orangnya untuk mengambil kembali ayamnya tersebut. pihak penjara sebenarnya mengetahui dan memaklumi perkara tersebut, tetapi apa yang mampu dibuat oleh pihak penjara. pihak penjara tidak kuasa menahan mereka untuk melawat dan menahan mereka mengambil kembali 'ayam' mereka, dan seterusnya kembali meletakkan ke lembah pelacuran.
ada seorang pelacur wanita melayu yang ditanya kenapa dia sanggup melacurkan dirinya? jawapan yang diberikannya cukup ringkas tapi amat menyedihkan. dia menyatakan pekerjaan melacur adalah pekerjaan yang paling senang untuk mendapatkan duit. untuk melakukan pekerjaan ini seseorang perempuan tidak memerlukan sebarang modal wang ringgit. juga tidak memerlukan sebarang premis atau tempat operasi perniagaan. yang diperlukan hanyalah satu lubang kegilaan lelaki gila. di mana2 sahaja boleh melakukan aktivitinya walau pun di celah lorong
apabila ditanya tentang dosa2 yang ditanggungnya, tentang azab kubur dan api neraka, biasanya dia akan terdiam dan dengan perlahan mengakuinya kesalahannya.
ada seorang banduan lelaki di penjara utama, kajang mengakui sudah empat kali masuk penjara gara2 terlibat dengan kes yang melibatkan perempuan dan pelacuran. walau pun sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, namun perangai buruknya amat sukar untuk diubah. dia mengakui membuat kerja2 jahat tersebut sejak muda lagi.dia pernah masuk penjara di bawah akta wanita dan gadis dan lain2 akta yang berkaitan dengan perempuan.
banduan tersebut memberitahu bahawa zaman sekarang mahu mendapatkan perempaun cukup mudah. tidak perlu lagi memakai minyak pengasih, ayat2 jampi mentera dan berbagai lagi ilmu orang dulu2. zaman sekarang sudah berubah di mana perempuan keluar dari rumah dan mudah dipikat. bahkan sebahagian perempuan pula tanpa segan silu lebih berani memikat lelaki jika mereka mahu.perempuan zaman sekarang tak kira anak dara ke, tunang orang ke isteri, janda ke sangat mudah dan berani mengikut mana2 lelaki yang baru dikenali keluar berdua2an. itu belum lagi termasuk dengan jumpa client mana2 syarikat. hal ini amat mudah mendedahkan perempuan zaman ini kepada kata2 manis yang penuh kepalsuan lelaki jahat.
banduan itu mengatakan dia hanya bermodalkan wajah yang kacak, telefon bimbit dan yang paling penting kata2 manis yang disusun untuk menarik perhatian kaum hawa. dia pernah menjadi bekerja dengan bapa ayam dengan memperdayakan ramai perempuan muda (anak dara) dengan bermodalkan wajahnya yang kacak dan kata2 manis. perempaun tersebut apabila mempercayainya akan diatur pertemuan di suatu tempat, yang mana sudah disusun dengan orang2 bapa ayam.
sesetengah perempuan yang diperdayanya bukan hanya untuk dijual kepada bapak ayam. ada juga perempuan yang ditipunya semata2 untuk hidup senang iaitu dengan mengikis dan menipu duitnya.
perempuan itu selepas diperdayakan akan dijual kepada bapa ayam dengan harga sekurang2nya 2000 ringgit seorang. itu harga masa tersebut, 7-10 tahun lepas. masa sekarang mungkin lagi meningkat. kalau dia dapat perempuan sebulan tiga orang dekat enam ribu dia akan habuannya. perempaun itu selalunya sebelum dijual kepada cina, dia akan 'pakai' dahulu selepas mengayat semanis mungkin.
katanya bosnya dulu adalah cina yang mengendalikan pelacuran di jalan imbi, kuala lumpur. gadis melayu dikatakan lebih mahal harganya kerana lebih sukar diperolehi daripada gadis cina dan indonesia. gadis india pula kurang diminati kerana kulitnya hitam dan banyak mulut. mana2 perempuan yang terjebak selalunya sukar untuk melepaskan diri. ini kerana tauke2 pelacuran mempunyai ramai kaki yang sentiasa memantau kelakuan pihak berkuasa. selalunya tauke2 pelacuran melakukan kowtim dengan pihak penguasa seperti polis, sama ada kowtim berupa wang ringgit, perempuan ataupun belanja main golf dan penginapan pelancongan.
menurut banduan yang terlibat secara langsung dengan sindiket pelacuran di malaysia, sebenarnya pelacuran amat sukar dibendung. ini kerana ianya mempunyai permintaan yang amat tinggi. ramai pendatang tanpa izin dari india, bangledesh, indonesia melanggani pelacur ini. lelaki dari malaysia juga tidak ketinggalan. pelacur2 adalah daripada berbagai kelas. harganya dari serendah 15 ringgit sehingga ribuan ringgit. terdapat juga pelacur perempaun yang masih dara. harganya agak mahal sehingga mencapai 500 ringgit sekali langgan. setiap tingkat masyarakat ada pelacur yang tersendiri. sama ada golongan buruh yang melanggan di celah2 bangunan di chow kit, golongan pertengahan di hotel2 pertengahan sehinggalah golongan vvip di hotel2 mewah yang tidak boleh dimasuki oleh orang biasa dan penguatkuasa.
satu faktor lagi yang membuatkan pelacuran sukar dihapuskan kerana ianya melibatkan golongan orang kenamaan bergelar dato' dan tan sri daripada bangsa cina, melayu dan india. walaupun pada mata kasarnya orang kenamaan ini dihormati oleh masyarakat, hakikatnya dia juga merupakan bapa ayam yang besar. kalau pun bukan bapak ayam, sekurang2nya ada juga hubungan dengan pelacuran di malaysia.
kadang2 pihak polis terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk membongkar sindiket pelacuran ini. seorang banduan memberitahu dia pernah melanggan seorang pelacur melayu muda. tanpa disangkanya rupa2nya pelacur itu adalah seorang anggota polis yang menyamar demi menyelesaikan kes pelacuran. anggota polis itu sanggup ditiduri oleh mana2 pelanggan terlebih dahulu asalkan tugasnya berjaya!