sebetulnya sudah lama aku tidak berjalan2 memasuki bangunan2 bersejarah di bandar melaka. jika aku datang ke melaka pun sekali sekala adalah atas urusan kerja yang diarahkan oleh bos aku. seminggu sebelum ini aku juga datang ke melaka atas urusan kerja dan menginap di Melaka Raya, Bandar Hilir.
jadi, hari sabtu tu aku bersama isteriku dan adik iparku yana bertolak lebih kurang jam 9.00 lebih ke bandar melaka. dari gemencheh kereta wiraku meluncur laju melalui alor gajah terus ke bandar melaka. yana adik iparku yang bersekolah di jasin rupanya kurang arif tentang jalan terdekat mahu ke bandar melaka. beberapa kali yana dan isteriku bercanggah pendapat mengenai jalan mana yang lebih dekat. aku cuma tersenyum, tak kisah kerana yang penting tercapai hasratku untuk melihat2 bandar melaka dengan tempat bersejarahnya yang telah lama tidak dilihat di depan mata.
kami tiba di bandar hilir dan menjumpai tempat parking di tebing sungai melaka yang bersejarah itu. sebenarnya tempat parking tersebut adalah tanah lapang yang sedang dalam proses pembinaan. tetapi kerana menyedari keuntungan yang banyak, maka seorang lelaki bertindak mengutip bayaran RM2 bagi sekali masuk kereta.
sebelum tiba di tempat parking tersebut, kami terpaksa menempuh kesesakan bandar melaka yang cukup sibuk. entah macam mana kami termasuk ke kawasan deretan kedai cina yang bahagian atas jalan dihiasi tanglung. agak penat memikirkan jalan keluar, tetapi syukurlah dapat keluar dari kawasan tersebut walaupun dengan cara mengagak saja jalannya.
kami berjalan menyusuri tebing sungai melaka menuju ke jambatan kecil untuk ke tempat2 yang ingin dilawati yang terletak di seberang sungai. air sungai kelihatan agak sedikit keruh, mungkin kesan pembinaan sebuah jeti baru tidak jauh dari situ. beberapa pelancong asing juga kelihatan bersama2 kami ingin ke tempat yang sama.
kami berjalan tidak lama apabila sampai di depan gereja christ, bersebelahan dengan bangunan stadthuys. kedua2nya dibina oleh belanda, bekas penjajah yang berjaya merampas dari tangan portugis. bangunan ini yang berwarna merah jambu dikatakan dibina dengan batuan yang dibawa dari negara belanda lagi.
di depan kedua-dua bengunan ini begitu ramai pengunjung daripada penduduk tempatan dan pelancong asing. kelihatan banyak beca yang dihiasi cantik yang turut dilengkapi dengan bunyian muzik yang pelbagai. suasananya cukup meriah dengan pelbagai ragam pelancung, ditambah lagi oleh lagu yang berbagai jenis dari beca tersebut.
kami mengambil keputusan untuk tidak masuk bangunan tinggalan belanda tersebut. kemudiannya kami menaiki tangga untuk melihat kubu dan sisa2 tinggalan portugis, kota a famosa.
ketika melihat binaan kubu a famosa, aku merasa seolah2 dapat membayangkan bangsa portugis suatu masa dahulu yang bertungkus lumus membina kubu tersebut. setengah pakar sejarah menyatakan orang portugis telah memaksa orang2 melayu yang kalah perang supaya mendirikan kubu tersebut. binaan kubu tersebut dikatakan menggunakan batu nisan kubur orang islam melayu melaka dan batu2 masjid yang diruntuhkan.
dikatakan penjajah portugis telah membina kubu a famosa yang cukup kuat . di katakan keadaan kubu tersebut cukup sempurna pada masa tersebut, yang mana dilengkapi dengan bilik tahanan menyeksa tahanan, gudang makanan, stor senjata, kediaman askar dan bangsawan portugis dan lain2. kedudukannya pula di tempat yang amat strategik, iaitu di puncak bukit menghadap ke selat melaka. kubu tersebut mampu menahan berpuluh2 kali serangan dari laut dan darat. musuh portugis yang paling digeruni di masa tersebut adalah kerajaan acheh yang amat kuat, dilengkapi persenjataan armada angkatan laut yang dibekalkan oleh kerajaan turki uthmaniah.
keadaan kubu tersebut sebenarnya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini, samaada dari segi taknik binaannya, lokasi bilik2 rahsianya dan strategi pertahanannya. ini kerana bangsa2 lain yang berjaya merampas bumi melaka seperti belanda dan inggeris telah bertindak untuk menghancurkan terus kesan2 portugis. dikatakan wiliam farquhar telah bertindak menyuruh dan mengupah orang melayu supaya menggali dan meranapkan semua kubu2 portugis. ini kerana kubu tersebut ditanam cukup dalam supaya teguh dan mampu menahan ancaman peluru2 meriam yang menghentamnya.
kenapa inggeris begitu bersungguh sekali mahu menghancurkan kubu tersebut? setengah pakar berpendapat, inilah sifat dan perangai bangsa inggeris apabila dimana sahaja mereka berada. mereka akan menghancurkan semua kehebatan bangsa lain dan akan menonjolkan kehebatan bangsanya. sebarang binaan, bangunan, kitab2 pelbagai jenis akan dibakar dan dimusnahkan supaya bangsa lain akan belajar daripadanya, mengikut cara dan budayanya. melalui cara itu, inggeris akan dapat mempengaruhi pemikiran bangsa yang dijajahnya dalam tempoh yang lama!
di dalam sisa kubu a famosa di atas bukit tersebut terdapat kuburan2 yang mungkin merupakan bangsawan, mubaligh dan pahlawan portugis yang meninggal dunia. di sisinya tercatat nama2 masing ditulis dalam bahasa portugis yang amat sukar untuk disebut. terdapat juga bilik yang kononnya digunakan untuk menyeksa pesalah2 yang terdiri daripada pahlawan melayu.
setelah melihat tinggalan kubu di atas bukit, kami pun turun ke sisa pintu gerbang kubu a famosa melalui tangga. sesampai di bawah, berhampiran dengan pintu gerbang tersebut, kelihatan seorang lelaki kelihatan berpeluh meniup serunai sambil mengutip sumbangan ikhlas orang ramai. lagunya agak sedap didengar. agak kasihan melihatnya yang kelihatan begitu bersungguh2 meniup serunainya di bawah sinar terik cahaya matahari. beberapa orang pelancong Inggeris yang duduk di satu sudut merenungnya dengan mendalam, mungkin kasihan dengan lelaki tersebut.
di bahagian pintu gerbang pula terdapat seorang lelaki dengan iguananya yang diletakkan di atas bahunya. memberitahu sesiapa yang berminat untuk bergambar dengan iguananya, akan dikenakan bayaran 3 ringgit sekali bergambar. agak ramai yang berminat iguananya yang agak besar, panjangnya lebih daripada sehasta.
waktu tengahari kami makan di gerai masakan tradisional. aku makan nasi ayam hainan sementara isteriku dan adik iparku memakan sizzling. kelihatan berasap sizzling tersebut membangkitkan seleraku.
apabila selesai makan aku terus ke sinki untuk membasuh tanganku. walaupun aku memakai sudu dan garfu, tetapi apabila mahu menikmati ayam aku lebih gemar memegang menggunkan tangan. ketika sedang membasuh tangan, tiba2 aku disapa seseorang dari dapur gerai makan tersebut. aku cuba mengamati tukang masak tersebut, namun gagal untuk mengingatinya.
akan tetapi apabila dia mengatakan mengenaliku semasa berada di penjara kajang, maka aku mula menekanya. sama ada dia adalah bekas benduan atau pun kakitangan penjara. tekaan aku tepat apabila dia mengatakan dia adalah bekas banduan dan mengecam wajahku. dia tidak merasa hairan keadaan aku yang tidak mengecamnya kerana bilangan banduan yang ramai berbanding kakitangan yang amat sedikit, boleh dinisbahkan 1:3. kami bersembang sekejap sahaja memandangkan dia sibuk dengan tugasnya menyediakan makanan untuk pelanggannya.
jauh disudut hatiku sebenarnya bersyukur kerana dia kini berusaha mencari duit dengan cara yang halal, tidak lagi seperti dulu yang menagih dadah. semoga apa yang didapatinya dalam penjara kajang menginsafkannya dan memberikan pengajaran supaya menjadi seorang yang berguna kepada kepada keluarganya dan masyarakat.
sebenarnya sebelum ini aku telah beberapa kali ditegur oleh bekas banduan ketika di kl. sebahagiannya ada yang mengajak aku minum dan membelanjaku. aku bersyukur kerana tidak ada seorang pun dikalangan bekas banduan yang mendendamiku. kemungkinan semasa mereka berada di penjara kajang dan bergelar banduan aku melayannya selayaknya sebagai seorang manusia. kecualilah kepada mereka yang masih menunjuk lagak membuat perkara2 yang bertentangan dengan undang2 penjara.