kenangan di penjara kajang 8
pernahkah kalian mendengar perkataan 'tayam'? sesetengah orang memanggilnya dengan perkataan 'bereng'. di penjara kajang, bahkan lain2 penjara di malaysia, perbuatan membuat 'tayam' di kalangan banduan adalah benda yang lumrah dan biasa. istilah tayam sebenarnya biasa digunakan oleh masyarakat india. akan tetapi ianya telah digunakan oleh masyarakat malaysia dan maklumi oleh mereka2 yang biasa dengan tayam.
membuat tayam adalah perbuatan memasukkan benda seperti bebola ke dalam ke dalam kemaluan lelaki. tujuannya dikatakan memberikan kenikmatan yang tidak terhingga kepada pasangan seksnya. dikatakan perempuan yang melakukannya hubungan seks dengan lelaki yang memasang tayam pada kemaluan akan mengalami kenikmatan yang amat hebat. mereka akan ketagihan dan akan meminta untuk melakukan lagi perlakuan seks untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.
kadang2 bukan hanya satu tayam yang dimasukkan. akan tetapi 2, 3, 4 dan lebih. ada antaranya kerana terlalu banyak tayam dimasukkan, kemaluannya menjadi menggelembung di sekeliling kemaluan seperti ubi kayu.
benda2 yang dimasukkan tersebut biasanya berbentuk bulat dan kemaluan lelaki tersebut akan menggelembung/membengkak mengikut besar atau kecilnya benda yang dimasukkan tadi. selalunya benda yang dimasukkan adalah bahan plastik berbentuk bulat, atau benda yang dibentuk menjadi bulat. benda yag sering digunakan adalah pemegang berus gigi. itulah sebabnya berus gigi yang diberikan kepada banduan akan dipatahkan/dibuang pemegangnya. tujuannya disamping untuk mengelakkan daripada dijadikan senjata, juga untuk mengelakkan daripada dijadikan tayam. dikatakan kalau di tanah arab, lelaki2 di sana menggunakan biji tasbih.
proses membuatnya agak mengerikan bagi mereka2 yang tidak biasa melihat dan mendengarnya. akan tetapi bagi yang sudah biasa adalah sudah maklum dengan caranya. bahagian kulit luar akan dilukakan sedikit. selepas itu bebola tersebut akan dimasukkan melalui bukaan kulit luar yang telah dilukankan tadi. proses itu dibuat secara berhati2 oleh sesama banduan di dalam biliknya sendiri. lebih kurang sebulan maka luka itu akan sembuh. apabila sembuh, maka bahagian kulit yang asalnya rata akan menjadi menggelembung mengikut bentuk bebola yang berada didalam kulitnya tadi.
sebenarnya pemakaian tayam adalah benda biasa di dalam penjara. dikatakan sebahagian besar banduan akan membuatnya semasa berada di penjara. apabila ditanya, mereka menyatakan ingin merasai nikmat seks apabila dibebaskan kelak. sekiranya dalam proses pembuatan tayam tersebut diketahui dan ditangkap oleh pegawai bertugas, maka pegawai akan menyuruh mengeluarkan kembali sebelum menjadi. kerap kali pagawai/wader bertugas bertindak memukul kemaluan banduan berkenaan. maka luka 'pembedahan kecil' membuat tayam akan pecah dan mengeluarkan darah yang banyak. banduan akan meraung kesakitan akibat pukulan tersebut.
ada setengah banduan berpendapat, pemakaian tayam bukan menggambarkan ciri2 lelaki sejati. ini kerana tayam adalah objek luar yang dimasukkan dan bukan menggambar 'kekuatan' asli seseorang lelaki. ini kerana seolah2 dia bergantung kepada tayam untuk melakukan hubungan seks.
aku telah bertanyakan banyak pihak tentang pemasangan tayam ini. kebanyakan ustaz berpendapat ianya adalah haram di sisi islam, dengan alasan mengubah ciptaan tuhan. aku telah bertanyakan seorang amir kumpulan tabligh, dia sependapat menyatakan haram. akan tetapi aku bertanya seorang tuan guru yang mahir dengan kitab2 lama, pendapatnya agak berbeza. dia menyatakan sebenarnya tidak ada satu ayat pun berkaitan pemakaian bebola dalam kemaluan lelaki. jadi, dia tidak berani mengatakan haram. dia cuma mengatakan kalau memakai mestilah untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya sahaja. akan tetapi seeloknya jangan dibuat tayam kerana untuk mengelakkan daripada terbuat benda2 haram.
ada juga berpendapat, tayam dibolehkan sekiranya seeorang lelaki mempunyai masalah seksual yang sudah tidak ada jalan lain untuk merawatnya. jadi ianya boleh dianggap sebagai ubat. namun begitu, pemakaian tayam adalah jalan terakhir. entahlah, aku pun tidak tahu hukumnya yang sebenar. cuma kalau ikutkan kaedah fekah, pendapat yang ramai itu lebih diutamakan, sedangkan pendapat yang sedikit boleh digunakan sekiranya terdesak dan darurat, bukan untuk keseronokan dan main2.
seperkara lagi yang merupakan benda biasa dalam penjara adalah tatu. pembuatan tatu yang berleluasa dengan bermacam2 gambar dan objek adalah sesuatu yang tidak pelik. antara corak tatu yang paling 'cantik' adalah seperti yang dilukis oleh ahli2 gusti WWE, WWF, TNA dan lain2. terdapat ramai pakar2 yang mahir dalam membuat tatu dalam penjara walaupun tanpa peralatan yangmencukupi.
sebenarnya bagi kakitangan penjara, pelbagai corak dan jenis tatu yang terlukis di badan banduan langsung tidak menimbulkan kegerunan. ianya dianggap sebagai keadaan biasa dan tidak bermakna apa2, walaupun pada pandangan sesetengah orang ianya ada hubungan dengan satu2 kumpulan kongsi gelap, gangster dan lain2. bagi yang ada hubungan dengan kumpulan2 haram biasanya mereka menggemari tatu burung helang, naga, harimau dan lain2. terdapat juga yang bertatu kala jengking dan ular. semua tatu itu dilukis di dada, perut, belakang badan, belakang leher, lengan dan lain2 anggota badan.
ada juga banduan yang kaki perempuan melukis tatu perempuan bogel di dadanya. ada yang melukis tatu bunga ros di lengannya, di samping menulis nama kekasihnya seperti ina, wati, ayu dan ida. bila ditanya kenapa dia membuat begitu, katanya supaya ingatannya tetap berkekalan dan menunjukkan cintanya yang sejati dengan kekasihnya tersebut.
di samping itu, ada juga yang menulis kalimah alif, ba' dan ta' di betis kakinya. unit agama akan memarahinya dan akan menyuruhnya menghilangkannya walau dengan apa cara sekalipun.
dikatakan cara untuk menghilangkan tatu ialah dengan mengikis sehingga kulit kemerahan, selepas itu disapu simen putih di atasnya. melalui cara ini dikatakan dapat mengelakkan daripada berlaku kecacatan pada anggota badan sekiranya cara menbuang tatu dibuat dengan cara menghiris menggunakan pisau. sekiranya cara membuang tatu dengan cara kasar iaitu dengan menghiris dengan menggunakan pisau, maka bahagian kulit yang dihiris akan mengalamai kecacatan dan tidak seperti asal!
terdapat satu cerita yang menarik berkaitan tatu. kisahnya berlaku bilamana 2-3 orang paderi kristian datang ke penjara untuk mengadakan sembahyang/pray/doa. sememangnya pihak penjara telah memberikan kebenaran kepada paderi/sami dan lain2 ahli agama untuk datang mengadakan kelas agama masing2 mengikut jadual pada hari2 yang telah ditentukan.
satu hari, satu rombongan paderi telah datang dengan membawa bersama2 mereka gitar untuk pray dan menyanyikan lagu2 kerohanian mereka. ini adalah perkara biasa bila mereka menggunakan petikan gitar sambil bertepuk tangan secara harmoni menyanyi lagu kerohanian. pihak penjara kemudiannya menyediakan satu bilik yang memang dikhususkan untuk majlis mereka. seterusnya pegawai penjaraa mengarahkan supaya dipanggil mana2 penganut kristian yang berminat untuk sama2 pray dengan paderi2 tadi. selalunya yang datang lebih kurang 20 orang, terdiri daripada bangsa india dan cina.
akan tetapi ada seorang banduan yang berwajah melayu mahu ikut serta ke majlis tersebut. pegawai yang bertugas merasa pelik dan hairan dan terus menahan serta bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku. banduan tersebut kelihatan serba salah dan sedikit ketakutan. pegawai tersebut yang semakin curiga dengan pelbagai persoalan kemudiannya memanggilnya ke dalam sebuah bilik untuk membincang dengan lebih lanjut. seterusnya membuka failnya untuk melihat data peribadinya. ternyata rekodnya menunjukkan dia seorang melayu yang beragama Islam.
setelah menyiasat, memeriksa dan berbincang dari hati ke hati, maka banduan melayu tersebut mengahu bahawa dia sebenarnya telah murtad dan masuk agama kristian. dia menunjukkan tatu salib di lengan kanannya, sementara tatu lilin di lengan kirinya. dia menyatakan dia telah masuk kristian semasa bekerja di kilang kim tecnition di senawang pada tahun 1985, melalui seorang paderi berbangsa india. katanya sebilangan wanita melayu yang masuk kristian melukiskan tatu di bahu.
menurutnya, dia masuk kristian kerana dibuang keluarganya gara2 terlalu teruk menghisap dadah. kumpulan mubaligh kristian datang ke kilang tersebut dan menawarkan imbuhan sebanyak seribu ringgit kepada sesiapa yang masuk kristian. sebelum itu, pihak mubaligh telah mengumpulkan mereka dalam sebuah bilik dan mengadakan ceranah singkat. kerana terdesak kekurangan duit, maka dia dia telah masuk kristian. bersamaan dengannya, telah masuk kristian beberapa wanita melayu. kemudiannya mereka disuruh minum air holy water.
setelah berbincang dari hati ke hati, banduan itu disuruh memikirkan semasak2nya keputusannya masuk kristian. di disuruh memikirkan tentang masa depannya, orang tua dan keluarganya, akhirnya dia kembali mengucapkan dua kalimah syahadah dan bertaubat.
