anak yatim si peminta sedekah
minggu lepas aku dan isteriku ke pekan kajang. kamudian kami minum2 di kedai mamak 'aiza'. seperti biasa suasana dalam kedai makan tersebut cukup ramai dengan orang yang sedang minum dan berbual bersama keluarga dan kawan2. bermacam2 gelagat yang dapat dilihat yang menambahkan lagi kemeriahan kedai tersebut.
ketika sedang enak2 minum teh tarik dan makan nasi beriani, tiba2 dua orang kanak2 memasuki kedai tersebut dengan membawa bersamanya sebuah beg yang disangkut di bahu. dari semeja ke semeja mereka berjalan menawarkan barang jualannya. aku perhatikan tidak ramai orang di kedai tersebut yang membeli, sebaliknya memberikan isyarat tidak berminat untuk membelinya.
seperti yang aku duga, kanak2 tersebut akhirnya sampai ke meja tempat aku dan isteriku berada. seperti biasa dia pun menawarkan barang jualannya. aku aku pura2 bertanya tentang barang jualannya, tentang harganya, tentang tempat tinggalnya. akhir sekali aku bertanya tentang ustaznya, iaitu orang yang menyuruhnya menjual seolah2 meminta sedekah dia.
seolah2 seperti telah dilatih, dengan lancar kanak2 tersebut menyatakan bahawa menjual barangan tersebut adalah dengan kerelaannya sendiri. bukan paksaan daripada 'ustaz'nya. kerelaannya melakukan pekerjaan tersebut adalah semata2 untuk mengutip derma untuk sebuah pusat tahfiz Al-Qur'an. kadang2 dia menyatakan untuk kegunaan asrama anak yatim. kadang2 untuk pengajian sekolah takfiz. dia menyatakan 'ustaz'nya berada tidak jauh dari situ.
sebetulnya dilihat dari segi fizikal, orang ramai termasuk aku sememangnya merasa kasihan kepada kanak2 tersebut. akan tetapi terdapat cerita2 yang kadang2 menyedihkan disebalik kegiatan mereka menjual pelbagai barangan2 agama. kadang2 ada yang menyatakan sekiranya tidak dapat mencapai sasaran yang disasarkan pada hari tersebut, maka kanak2 tersebut akan dipukul. kanak2 tersebut tidak akan diberikan sesenpun hasil jualan tersebut, sebaliknya semuanya akan diambil oleh 'ustaz'nya.
sebenarnya sebelum ini, sekiranya aku berada di sekitar kawasan tersebut, maka pasti akan ada kanak2 begitu di sana. dia bukan menghantar orang yang sama, tetapi pakaiannya adalah sama, iaitu dengan bersongkok dan berpakaian kemas. aku pernah menjumpai seorang kanak2 begit, juga ditempat yang sama, tetapi di hidungnya terdapat kesan darah. apabila aku bertanya, maka dengan pantas dia menjawab kerana terjatuh.
perbuatan menpergunakan kanak2 yatim untuk kepentingan sendiri adalah amat keji dan tercela. islam sentiasa menyuruh supaya mengasihi anak2 yatim, bukan menganiaya serta mempergunakannya. amat kasihan melihat keadaan mereka diperlakukan sedemikian. doa anak2 yatim adalah antara doa' yang mudah dikabulkan. ini sebenarnya adalah manusia yang tiada perasaan belas kasihan, hidup bertopengkan agama dan memiliki sifat munafik yang menebal dalam diri.
kalau dulu kumpulah 'almansur' juga menggunakan kaedah dan tektik yang sama untuk mendapatkan wang dengan cara yang cukup mudah. ketua kumpulan tersebut digelar sebagai 'ayahanda' didakwa sebagai seorang yang cukup hebat . dia mampu mengubat orang yang menghidap bermacam2 penyakit. tetapi caj yang dikenakan amat mahal. sehingga sekarang perniagaan kumpulan tersebut masih beroperasi di setengah kawasan seperti di pasaraya warta di bangi. pihak JAKIM telah mewartakan ajaran kumpulan tersebut sebagai sesat. akan tetapi sesuatu yang menimbulkan persoalan kenapa perniagaannya masih wujud!
