PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 25, 2008 at 09:49 o\clock

kenangan di penjara kajang 8

by: zaris   Keywords: penjara, kajang

pernahkah kalian mendengar perkataan 'tayam'? sesetengah orang memanggilnya dengan perkataan 'bereng'. di penjara kajang, bahkan lain2 penjara di malaysia, perbuatan membuat 'tayam' di kalangan banduan adalah benda yang lumrah dan biasa. istilah tayam sebenarnya biasa digunakan oleh masyarakat india. akan tetapi ianya telah digunakan oleh masyarakat malaysia dan maklumi oleh mereka2 yang biasa dengan tayam.

membuat tayam adalah perbuatan memasukkan benda seperti bebola ke dalam ke dalam kemaluan lelaki. tujuannya dikatakan memberikan kenikmatan yang tidak terhingga kepada pasangan seksnya. dikatakan perempuan yang melakukannya hubungan seks dengan lelaki yang memasang tayam pada kemaluan akan mengalami kenikmatan yang amat hebat. mereka akan ketagihan dan akan meminta untuk melakukan lagi perlakuan seks untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

kadang2 bukan hanya satu tayam yang dimasukkan. akan tetapi 2, 3, 4 dan lebih. ada antaranya kerana terlalu banyak tayam dimasukkan, kemaluannya menjadi menggelembung di sekeliling kemaluan seperti ubi kayu.

benda2 yang dimasukkan tersebut biasanya berbentuk bulat dan kemaluan lelaki tersebut akan menggelembung/membengkak mengikut besar atau kecilnya benda yang dimasukkan tadi. selalunya benda yang dimasukkan adalah bahan plastik berbentuk bulat, atau benda yang dibentuk menjadi bulat. benda yag sering digunakan adalah pemegang berus gigi. itulah sebabnya berus gigi yang diberikan kepada banduan akan dipatahkan/dibuang pemegangnya. tujuannya disamping untuk mengelakkan daripada dijadikan senjata, juga untuk mengelakkan daripada dijadikan tayam. dikatakan kalau di tanah arab, lelaki2 di sana menggunakan biji tasbih.

proses membuatnya agak mengerikan bagi mereka2 yang tidak biasa melihat dan mendengarnya. akan tetapi bagi yang sudah biasa adalah sudah maklum dengan caranya. bahagian kulit luar akan dilukakan sedikit. selepas itu bebola tersebut akan dimasukkan melalui bukaan kulit luar yang telah dilukankan tadi. proses itu dibuat secara berhati2 oleh sesama banduan di dalam biliknya sendiri. lebih kurang sebulan maka luka itu akan sembuh. apabila sembuh, maka bahagian kulit yang asalnya rata akan menjadi menggelembung mengikut bentuk bebola yang berada didalam kulitnya tadi.

sebenarnya pemakaian tayam adalah benda biasa di dalam penjara. dikatakan sebahagian besar banduan akan membuatnya semasa berada di penjara. apabila ditanya, mereka menyatakan ingin merasai nikmat seks apabila dibebaskan kelak. sekiranya dalam proses pembuatan tayam tersebut diketahui dan ditangkap oleh pegawai bertugas, maka pegawai akan menyuruh mengeluarkan kembali sebelum menjadi. kerap kali pagawai/wader bertugas bertindak memukul kemaluan banduan berkenaan. maka luka 'pembedahan kecil' membuat tayam akan pecah dan mengeluarkan darah yang banyak. banduan akan meraung kesakitan akibat pukulan tersebut.

ada setengah banduan berpendapat, pemakaian tayam bukan menggambarkan ciri2 lelaki sejati. ini kerana tayam adalah objek luar yang dimasukkan dan bukan menggambar 'kekuatan' asli seseorang lelaki. ini kerana seolah2 dia bergantung kepada tayam untuk melakukan hubungan seks.

aku telah bertanyakan banyak pihak tentang pemasangan tayam ini. kebanyakan ustaz berpendapat ianya adalah haram di sisi islam, dengan alasan mengubah ciptaan tuhan. aku telah bertanyakan seorang amir kumpulan tabligh, dia sependapat menyatakan haram. akan tetapi aku bertanya seorang tuan guru yang mahir dengan kitab2 lama, pendapatnya agak berbeza. dia menyatakan sebenarnya tidak ada satu ayat pun berkaitan pemakaian bebola dalam kemaluan lelaki. jadi, dia tidak berani mengatakan haram. dia cuma mengatakan kalau memakai mestilah untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya sahaja. akan tetapi seeloknya jangan dibuat tayam kerana untuk mengelakkan daripada terbuat benda2 haram.

ada juga berpendapat, tayam dibolehkan sekiranya seeorang lelaki mempunyai masalah seksual yang sudah tidak ada jalan lain untuk merawatnya. jadi ianya boleh dianggap sebagai ubat. namun begitu, pemakaian tayam adalah jalan terakhir. entahlah, aku pun tidak tahu hukumnya yang sebenar. cuma kalau ikutkan kaedah fekah, pendapat yang ramai itu lebih diutamakan, sedangkan pendapat yang sedikit boleh digunakan sekiranya terdesak dan darurat, bukan untuk keseronokan dan main2.

seperkara lagi yang merupakan benda biasa dalam penjara adalah tatu. pembuatan tatu yang berleluasa dengan bermacam2 gambar dan objek adalah sesuatu yang tidak pelik. antara corak tatu yang paling 'cantik' adalah seperti yang dilukis oleh ahli2 gusti WWE, WWF, TNA dan lain2. terdapat ramai pakar2 yang mahir dalam membuat tatu dalam penjara walaupun tanpa peralatan yangmencukupi.

sebenarnya bagi kakitangan penjara, pelbagai corak dan jenis tatu yang terlukis di badan banduan langsung tidak menimbulkan kegerunan. ianya dianggap sebagai keadaan biasa dan tidak bermakna apa2, walaupun pada pandangan sesetengah orang ianya ada hubungan dengan satu2 kumpulan kongsi gelap, gangster dan lain2. bagi yang ada hubungan dengan kumpulan2 haram biasanya mereka menggemari tatu burung helang, naga, harimau dan lain2. terdapat juga yang bertatu kala jengking dan ular. semua tatu itu dilukis di dada, perut, belakang badan, belakang leher, lengan dan lain2 anggota badan.

ada juga banduan yang kaki perempuan melukis tatu perempuan bogel di dadanya. ada yang melukis tatu bunga ros di lengannya, di samping menulis nama kekasihnya seperti ina, wati, ayu dan ida. bila ditanya kenapa dia membuat begitu, katanya supaya ingatannya tetap berkekalan dan menunjukkan cintanya yang sejati dengan kekasihnya tersebut.

di samping itu, ada juga yang menulis kalimah alif, ba' dan ta' di betis kakinya. unit agama akan memarahinya dan akan menyuruhnya menghilangkannya walau dengan apa cara sekalipun.

dikatakan cara untuk menghilangkan tatu ialah dengan mengikis sehingga kulit kemerahan, selepas itu disapu simen putih di atasnya. melalui cara ini dikatakan dapat mengelakkan daripada berlaku kecacatan pada anggota badan sekiranya cara menbuang tatu dibuat dengan cara menghiris menggunakan pisau. sekiranya cara membuang tatu dengan cara kasar iaitu dengan menghiris dengan menggunakan pisau, maka bahagian kulit yang dihiris akan mengalamai kecacatan dan tidak seperti asal!

terdapat satu cerita yang menarik berkaitan tatu. kisahnya berlaku bilamana 2-3 orang paderi kristian datang ke penjara untuk mengadakan sembahyang/pray/doa. sememangnya pihak penjara telah memberikan kebenaran kepada paderi/sami dan lain2 ahli agama untuk datang mengadakan kelas agama masing2 mengikut jadual pada hari2 yang telah ditentukan.

satu hari, satu rombongan paderi telah datang dengan membawa bersama2 mereka gitar untuk pray dan menyanyikan lagu2 kerohanian mereka. ini adalah perkara biasa bila mereka menggunakan petikan gitar sambil bertepuk tangan secara harmoni menyanyi lagu kerohanian. pihak penjara kemudiannya menyediakan satu bilik yang memang dikhususkan untuk majlis mereka. seterusnya pegawai penjaraa mengarahkan supaya dipanggil mana2 penganut kristian yang berminat untuk sama2 pray dengan paderi2 tadi. selalunya yang datang lebih kurang 20 orang, terdiri daripada bangsa india dan cina.

akan tetapi ada seorang banduan yang berwajah melayu mahu ikut serta ke majlis tersebut. pegawai yang bertugas merasa pelik dan hairan dan terus menahan serta bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku. banduan tersebut kelihatan serba salah dan sedikit ketakutan. pegawai tersebut yang semakin curiga dengan pelbagai persoalan kemudiannya memanggilnya ke dalam sebuah bilik untuk membincang dengan lebih lanjut. seterusnya membuka failnya untuk melihat data peribadinya. ternyata rekodnya menunjukkan dia seorang melayu yang beragama Islam.

setelah menyiasat, memeriksa dan berbincang dari hati ke hati, maka banduan melayu tersebut mengahu bahawa dia sebenarnya telah murtad dan masuk agama kristian. dia menunjukkan  tatu salib di lengan kanannya, sementara tatu lilin di lengan kirinya. dia menyatakan dia telah masuk kristian semasa bekerja di kilang kim tecnition di senawang pada tahun 1985, melalui seorang paderi berbangsa india. katanya sebilangan wanita melayu yang masuk kristian melukiskan tatu di bahu.

menurutnya, dia masuk kristian kerana dibuang keluarganya gara2 terlalu teruk menghisap dadah. kumpulan mubaligh kristian datang ke kilang tersebut dan menawarkan imbuhan sebanyak seribu ringgit kepada sesiapa yang masuk kristian. sebelum itu, pihak mubaligh telah mengumpulkan mereka dalam sebuah bilik dan mengadakan ceranah singkat. kerana terdesak kekurangan duit, maka dia dia telah masuk kristian. bersamaan dengannya, telah masuk kristian beberapa wanita melayu. kemudiannya mereka disuruh minum air holy water.

setelah berbincang dari hati ke hati, banduan itu disuruh memikirkan semasak2nya keputusannya masuk kristian. di disuruh memikirkan tentang masa depannya, orang tua dan keluarganya, akhirnya dia kembali mengucapkan dua kalimah syahadah dan bertaubat.

Jan 21, 2008 at 06:33 o\clock

kawan lama dari kem KEMTA

by: zaris   Keywords: kem, KEMTA

ketika sedang minum2 suatu petang di sebuah kedai mamak dengan seorang teman, secara tiba2 datang seorang kenalan yang sudah lama yang berjumpa. rupa2nya dia sekarang sudah bertugas di kem tahanan di KEMTA, Perak. menurutnya ramai kawan2 yang lain juga berada di KEMTA, di samping lain2 penjara, setelah diarahkan berpindah oleh pengarah penjara kajang.

beberapa kali dia mengeluh kerana terpaksa berjauhan dengan isterinya yang bekerja di kajang, di samping anak2nya yang bersekolah di kajang. begitu juga dengan rumahnya yang berada di kajang. dia juga mengatakan sekiranya mendapat kerja yang lebih elok di sekitar kuala lumpur dan kajang, maka dia kana berhenti dari kerjaya wader penjara memandangkan jarak yang jauh menyukarkannya untuk berulang alik seminggu sekali ke kajang dari KEMTA.

menurutnya, bertugas di tempat tahanan seperti KEMTA cukup mencabar dan memberi banyak pengalaman baru yang sukar didapati di lain2 penjara. ini disebabkan penghuninya diistilahkan sebagai sebagai 'tahanan' dan bukan 'banduan'. sebahagiannya adalah ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).

kejadian diludah oleh tahanan adalah perkara biasa. begitu juga dengan diugut oleh tahanan. selalunya tahanan akan mengugut akan mengapa2kan pegawai penjara dan ahli keluarganya apabila sudah bebas. pegawai penjara akan melaporkan kepada pihak polis sebagai langkah berjaga2 sekiranya apa2 yang bakal berlaku apabila tahanan tersebut dibebaskan kelak. pegawai penjara sedaya upaya perlu menahan sabar daripada bertindak memukul tahanan kerana tahanan mempunyai hak untuk melantik peguam dan mendakwa orang yang memukulnya.

banyak kejadian2 yang menarik berlaku disana. sebahagiannya merupakan rahsia2 kerajaan yang tidak boleh disebarkan kerana dikhutiri mengancam keselamatan negara. menurutnya beberapa kali pagawai FBI dan CIA datang ke kem tahanan tersebut mahu mengambil suspek pengganas yang ditahan di sana, akan tetapi perdana menteri malaysia , Pak Lah tidak mahu menyerahkan tahanan tersebut. antara yang ditahan di sana termasuklah perisik kerajaan asing seperti singapura, pegawai tinggi PDRM yang menjadi talibarut asing, pegawai TLDM yang belot dan menjual maklumat penting pertahanan negara kepada negara singapura, panglima perang MORO yang diburu kerajaan manila dan berlindung di malaysia dan lain2 lagi.

ada setengah pegawai berpendapat, tindakan kerajaan meletakkan beberapa orang panglima perang MORO dengan tujuan untuk menyimpan dan mengawalnya. di samping itu ia juga bertujuan untuk mengelakkannya daripada menjadi sasaran ejen dari manila yang mungkin akan membunuhnya. begitu juga dengan ejen2 dari negara2 lain yang berjaya ditangkap, akan disimpan di KEMTA dengan tujuan yang yang tertentu. rupa2nya kalau disusuri dan diselidiki terdapat banyak ancaman keselamatan negara yang terpaksa ditangani dengan berhati2 oleh pegawai2 tinggi kerajaan malaysia.

terdapat juga ramai suspek pengganas antarabangsa (JI) yang sebahagian besarnya warganegara indonesia, setengahnya adalah pakar senjata, mahir memandu pesawat pejuang dan pakar bom. di samping itu, individu2 yang mendatangkan bahaya kepada negara juga ramai ditahan di sana kerana menghasut dan melakukan usaha2 berunsur provokasi membenci kerajaan malaysia.

selalunya tahanan yang masih baru ditahan dan ditempatkan di KEMTA sering menunjukkan aksi agresif dan memberontak. pihak pengurusan sebenarnya sudah lali dan biasa dengan keadaan ini. apabila keadaan reda dan tahanan sudah dapat menerima hakikat yang terjadi atas dirinya serta membiasakan diri serta membiasakan diri dengan suasana di kem, maka keadaan tahanan akan lebih stabil dan normal.

ada seorang teman yang pernah ditugaskan di sana memberitahu, kata2 makian yang berunsur peribadi adalah mencabar kesabaran. sebagai contohnya, seorang yang berstatus ustaz semasa berada di luar pernah menghinanya 'kucing yang aku bela ni lebih mulia dari kamu2 semua yang bekerja di sini. kamu semua ni anjing2 kerajaan'. berderau darah teman tersebut, menggigil menahan kemarahan. namun begitu terpaksa ditahan untuk mengelakkan kejadian yang lebih teruk akan berlaku.

teman tersebut memberitahu, 'ustaz' tersebut tidak sepatutnya tidak mengeluarkan kata2 tersebut. perbuatannya bercakap begitu tidak menggambarkan ilmunya dan statusnya sebagai orang yang dihormati di luar. teman itu hanyalah bekerja sebagai kakitangan jabatan kerajaan yang hanya bertindak menjaga tahanan, memberi makan minum dan kebajikan tahanan tanpa menjentik sedikit pun. dia hanya mengikut arahan pihak atasan. dia bekerja untuk mendapatkan wang yang halal untuk menyara anak dan isterinya!

sesetengah pihak berpendapat, ada kalangan tahanan yang bertindak mengeluarkan kata2 kesat dan menghina mempunyai tujuan yang tertentu. kemungkinan tujuannya mengeluarkan kata2nya supaya pegawai penjara tersebut naik marah dan bertindak memukulnya. kesan daripada pukulan tersebut akan digunakan kembali sebagai bukti kezaliman pihak penjara, kononnya menderanya semasa menahannya di kem tersebut.

terdapat setengah tahanan yang menangis teresak2 apabila dibebaskan. mungkin terharu, atau sedih bercampur baur. ini kerana sepanjang dia ditahan di kem tersebut, kereta yang dimilikinya telah ditarik gara2 tidak menjelaskan bayaran bulanan. begitu juga dengan rumah yang dilelong oleh pihak bank. begitu juga dengan keadaan keluarganya yang tidak terurus semasa dia ditahan di kem tersebut.

Jan 17, 2008 at 08:28 o\clock

aurat wanita masa kini 4

by: zaris

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)



DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.



Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

source : www.zaharuddin.net

Jan 11, 2008 at 09:11 o\clock

Aurat wanita masa kini 3

by: zaris   Keywords: aurat, wanita

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .



Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32) 

Jan 11, 2008 at 08:53 o\clock

Aurat wanita masa kini 2

by: zaris

 PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

  

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-


ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.



Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

 

Jan 11, 2008 at 08:16 o\clock

Aurat wanita masa kini 1

by: zaris   Keywords: aurat, wanita

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman  

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.



BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur" 

Jan 11, 2008 at 05:51 o\clock

kenangan di penjara kajang 7

by: zaris   Keywords: penjara, kajang

adakah kalian pernah melihat orang bergaduh menggunakan senjata tajam di depan mata? pergaduhan yang bukan sekadar mahu mencederakan, tetapi mahu membunuh. di penjara kajang terdapat beberapa kejadian penggunaan senjata tajam dalam pergaduhan. walaupun pihak penjara sedaya upaya cuba menyekat dan berulang kali mengadakan pemeriksaan untuk mengelakkan daripadasebarang benda merbahaya berada di tangan banduan, tetapi ada juga yang tersorok dan disimpan ditempat tersembunyi.

satu kejadian yang yang agak menakutkan telah berlaku dalam satu blok penginapan. seorang banduan yang merupakan 'checker' (dilantik oleh pihak penjara sebagai ketua blok/mengira banduan) hampir mati kena sembelih dengan pisau pemotong kertas (pisau yang nipis dan boleh ditolak dan ditarik untuk mengeluarkan matanya) oleh dua orang yang mendendaminya sekian lama. ini kerana checker tersebut disyaki menjadi 'hantu' oleh banduan2 lain di blok berkenaan. maksud 'hantu' di sini ialah menjadi tali barut bagi pihak penjara untuk mengetahui rahsia2 banduan2  lain.

checker ini digelar 'arab' di kalangan banduan dan pegawai2 penjara. ini kerana dia berbadan besar. biji kemaluannya sudah tinggal sebiji gara2 pernah dibuang oleh musuhnya ketika bergaduh di penjara sungai buluh. dia dilantik sebagai checker kerana pihak penjara mendapatinya berbadan besar, sedikit ditakuti oleh banduan lain dan mudah menuruti arahan pihak penjara.

kewujudan hantu merupakan sesuatu yang dianggap merbahaya oleh banduan2. ini kerana mereka amat khuatir rahsia2 mereka akan diketahui oleh musuh dalam selimut dan akan membocorkan kepada pihak penjara. kesalahan2 seperti memiliki barang terlarang seperti dadah, tembakau, meliwat dan senjata merbahaya. begitu juga dengan maklumat2 seperti perancangan untuk memukul seseorang banduan lain (musuhnya) serta lain2 perancangan yang bertentangan dengan undang2 penjara.

kisah kejadian ini bermula apabila dua orang musuhnya telah membuat perancangan dengan menyembunyikan pisau tersebut. tidak dapat dipastikan bila dan dimana pisau tersebut didapatinya. ketika si arab seorang diri menonton tv di dalam blok sambil duduk di atas kerusi, dua orang yang sudah nekad datang dari arah belakang.

secara tiba2 seorang memegang lehernya dan dalam masa yang serentak pisau sudah tersedia terus menghiris/mengelar leher si arab. mujur si arab secepat kilat meronta dan dia terus cuba melindungi lehernya dengan lengannya. maka hirisan pisau tersebut terkena lengannya dan bersambung dengan pipinya. kerana kuatnya hirisan dan keadaan kelam kabut tersebut, mata pisau tersebut telah patah. maka bergelut dan bergaduhlah dua lawan satu dengan bermandikan darah si arab tersebut. apabila mendapati kekecohan yang berlaku maka berkejaranlah pegawai penjara melihat kejadian dan menyuraikannya.

seterusnya semua yang terlibat digari dan dibawa ke bilik timbalan penguasa penjara untuk di siasat. keadaan muka si arab dikatakan agak teruk. kulit mukanya mukanya dikatakan boleh dilipat kesan daripada hirisan tersebut. untuk itu, doktor telah menjahit mukanya dan meninggalkan kesan yang buruk yang panjang dimukanya. tidak lama selepas kejadian itu, keadaan si arab semakin pulih dan kini keadaan seperti sediakala, cuma mukanya yang sedikit cacat.

banduan yang cuba membunuh si arab memiliki badan yang kecil, tetapi mempunyai keberanian dan tindakan yang tidak dapat dijangka.

sebenarnya ada lagi kejadian yang mungkin menakutkan bagi orang awam yang berlaku di dalam tembok penjara. pergaduhan kecil2 adalah benda biasa dan sebolehnya pihak penjara tidak mahu memanjangkan ke pihak lain. itulah sebabnya sekiranya ada mana2 banduan yang dilihat berpotensi bermusuh dan dikhuatiri menimbulkan kekecohan, maka pihak penjara akan memisahkannya ke blok yang lain.

satu perkara yang mungkin tidak diketahui oleh orang awam ialah bilamana berlaku kematian ketika pergaduhan semasa banduan dalam penjara, maka si pembunuh tidak akan dikenakan hukuman mati!

Jan 8, 2008 at 01:50 o\clock

anak yatim si peminta sedekah

by: zaris   Keywords: anak, yatim, minta, sedekah

minggu lepas aku dan isteriku ke pekan kajang. kamudian kami minum2 di kedai mamak 'aiza'. seperti biasa suasana dalam kedai makan tersebut cukup ramai dengan orang yang sedang minum dan berbual bersama keluarga dan kawan2. bermacam2 gelagat yang dapat dilihat yang menambahkan lagi kemeriahan kedai tersebut.

ketika sedang enak2 minum teh tarik dan makan nasi beriani, tiba2 dua orang kanak2 memasuki kedai tersebut dengan membawa bersamanya sebuah beg yang disangkut di bahu. dari semeja ke semeja mereka berjalan menawarkan barang jualannya. aku perhatikan tidak ramai orang di kedai tersebut yang membeli, sebaliknya memberikan isyarat tidak berminat untuk membelinya.

seperti yang aku duga, kanak2 tersebut akhirnya sampai ke meja tempat aku dan isteriku berada. seperti biasa dia pun menawarkan barang jualannya. aku aku pura2 bertanya tentang barang jualannya, tentang harganya, tentang  tempat tinggalnya. akhir sekali aku bertanya tentang ustaznya, iaitu orang yang menyuruhnya menjual seolah2 meminta sedekah dia.

seolah2 seperti telah dilatih, dengan lancar kanak2 tersebut menyatakan bahawa menjual barangan tersebut adalah dengan kerelaannya sendiri. bukan paksaan daripada 'ustaz'nya. kerelaannya melakukan pekerjaan tersebut adalah semata2 untuk mengutip derma untuk sebuah pusat tahfiz Al-Qur'an. kadang2 dia menyatakan untuk kegunaan asrama anak yatim. kadang2 untuk pengajian sekolah takfiz. dia menyatakan 'ustaz'nya berada tidak jauh dari situ. 

sebetulnya dilihat dari segi fizikal, orang ramai termasuk aku sememangnya merasa kasihan kepada kanak2 tersebut. akan tetapi terdapat cerita2 yang kadang2 menyedihkan disebalik kegiatan mereka menjual pelbagai barangan2 agama. kadang2 ada yang menyatakan sekiranya tidak dapat mencapai sasaran yang disasarkan pada hari tersebut, maka kanak2 tersebut akan dipukul. kanak2 tersebut tidak akan diberikan sesenpun hasil jualan tersebut, sebaliknya semuanya akan diambil oleh 'ustaz'nya.

sebenarnya sebelum ini, sekiranya aku berada di sekitar kawasan tersebut, maka pasti akan ada kanak2 begitu di sana. dia bukan menghantar orang yang sama, tetapi pakaiannya adalah sama, iaitu dengan bersongkok dan berpakaian kemas. aku pernah menjumpai seorang kanak2 begit, juga ditempat yang sama, tetapi di hidungnya terdapat kesan darah. apabila aku bertanya, maka dengan pantas dia menjawab kerana terjatuh.

perbuatan menpergunakan kanak2 yatim untuk kepentingan sendiri adalah amat keji dan tercela. islam sentiasa menyuruh supaya mengasihi anak2 yatim, bukan menganiaya serta mempergunakannya. amat kasihan melihat keadaan mereka diperlakukan sedemikian. doa anak2 yatim adalah antara doa' yang mudah dikabulkan. ini sebenarnya adalah manusia yang tiada perasaan belas kasihan, hidup bertopengkan agama dan memiliki sifat munafik yang menebal dalam diri.

kalau dulu kumpulah 'almansur' juga menggunakan kaedah dan tektik yang sama untuk mendapatkan wang dengan cara yang cukup mudah. ketua kumpulan tersebut digelar sebagai 'ayahanda' didakwa sebagai seorang yang cukup hebat . dia mampu mengubat orang yang menghidap bermacam2 penyakit. tetapi caj yang dikenakan amat mahal. sehingga sekarang perniagaan kumpulan tersebut masih beroperasi di setengah kawasan seperti di pasaraya warta di bangi. pihak JAKIM telah mewartakan ajaran kumpulan tersebut sebagai sesat. akan tetapi sesuatu yang menimbulkan persoalan kenapa perniagaannya masih wujud!