kenangan di Penjara Kajang 4
ada orang selalu bertanya, bagaimanakah keadaan hidup banduan2 di dalam penjara? adakah sama seperti yang dilihat di dalam filem2 di televisyen dan pawagam? bagaimanakah pula keadaan banduan di penjara wanita? adakah mereka dicampur dengan banduan lelaki? adakah yang mengawal mereka terdiri daripada wadar2 penjara lelaki dan perempuan?
ramai juga yang suka bertanya mengenai kononnya banduan2 lelaki dan wanita yang kerap bergaduh dan ganas. begitu juga dengan kegiatan homoseks di kalangan banduan lelaki dan lesbian di kalangan banduan wanita.
di penjara kajang, apabila banduan dihantar dan sudah didaftarkan, maka mereka akan dihantar ke blok2 tempat tinggal mereka. di blok tersebut mereka akan di tempatkan di sebuah bilik yang berkeluasan lebih kurang 8x10 kaki atau lebih sedikit. di bahagian hujung terdapat tandas yang terdedah. sebahagian banduan meletakkan kayu ataupun kertas kotak untuk memisahkan antara tempat tidur mereka dengan bahagian tandas. sebenarnya ini adalah binaan yang agak baru dan terkini jika dibandingkan dengan penjara lama seperti di penjara pudu dan penjara johor bharu dan lain2 penjara lama.
menurut pegawai penjara senior yang pernah bertugas di penjara pudu, iaitu sebelum pembukaan penjara kajang, penjara tersebut adalah amat kotor, menjijikkan dan berbau cukup busuk. dikatakan pihak penjara secara sengaja melepaskan serangga jenis kotor dan jijik seperti pijat, lipas dan nyamuk supaya mengacau benduan. mana2 banduan yang memasuki penjara pudu akan serik untuk masuk lagi bagi kali yang kedua. ini disebabkan apabila mereka masuk penjara dalam keadaan sihat, bila keluar pasti akan ada penyakit kulit seperti kudis yang terkena badannya. dikatakan seekor anjing yang masuk ke dalam blok akan berpusing dan keluar balik kerana tidak tahan dengan bau busuk dan suasana yang terlalu kotor tersebut. sesetengah pegawai penjara yang bertugas di situ menghidap asma dan resdung kerana setiap hari terpaksa menghidu bauan tersebut!
kalau mengikut konsep lama, bilik banduan tidak disediakan tandas. meraka akan disediakan satu tong untuk membuang air besar/kecil di waktu malam apabila pintu sudah dikunci. mereka hanya disediakan lebih kurang sebaldi air untuk kegunaan satu malam yang akan dikongsi sama2 dalam bilik tersebut. tong yang berisi najis dan apa2 bahan buangan semalaman akan dibuang keesokan harinya.
bilik2 untuk banduan adalah berlantaikan simen. setiap banduan akan diberikan satu tilam bujang dengan ketebalan 2-3 jari orang dewasa. tilam itu apabila digunakan untuk tidur di malam hari akan digulung atau dilipat. banduan juga akan diberikan dengan sehelai kain selimut yang dipanggil 'blanket', yang digunakan untuk menyelimuti badan ketika tidur. di samping itu, dua helai seluar pendek berwarna hijau tua, seluar panjang putih, baju putih berkolar yang tertulis no banduan akan diberikan. itulah pakaian mereka tiap2 hari sepanjang menjalani kehidupan sebagai banduan dalam penjara.
selalunya pihak pengurusan penjara akan menempatkan banduan2 dibilik seramai seorang, 3 orang dan 5 orang. mereka ditempatkan dengan bilangan ganjil dengan tujuan dan sebab yang tertentu. berdasarkan pengalaman pegawai2 penjara, sekiranya mereka ditempatkan satu2 bilik dengan bilangan genap iaitu dua orang, empat dan enam, maka kemungkinan untuk mereka melakukan hubungan homoseksual adalah besar. ini kerana mereka masing2 mempunyai 'pasangan'. sekiranya mereka ditempatkan dalam bilangan ganjil iaitu seorang, tiga dan lima, makan seorang akan tiada 'pasangan' dan akan 'cemburu'. jadi ini sedikit sebanyak dapat mencegah daripada kegiatan terkutuk ini.
terdapat juga baduan lelaki yang mempunyai perwatakan lembut atau lebih dikenali sebagai pondan. mereka ini juga akan diasingkan dengan lain2 banduan. mereka akan diletakkan dalam satu blok yang dikenali sebagai blok asingan. blok asingan adalah satu blok yang menempatkan banduan khas yang mesti diasingkan daripada banduan2 lain kerana faktor keselamatan. penghuninya adalah ahli2 politik yang ada pengaruh, anggota polis yang mempunyai ramai musuh yang dikhuatiri akan ditikam jika dicampurkan dengan benduan lain2, pesalah2 lembut dan maknyah yang dikhuatiri akan diliwat serta lain2 baunduan yang perlu dipantau secara berterusan dan difikirkan merbahaya jika dicampurkan dengan banduan2 lain.
banduan yang dijatuhkan hukuman mati (selalunya seksyen 39B akta dadah merbahaya dan seksyen 302 membunuh dengan niat) akan tinggal berseorangan dalam bilik tanpa teman. kenapa? ini kerana mereka dikhuatiri bertindak ganas dan berpotensi untuk membunuh kawan sebiliknya. demikian juga dengan pesalah yang hukuman sepanjang hayat, iaitu hukuman menghabiskan hidupnya dalam penjara, juga akan diberikan bilik untuk dirinya sahaja tanpa dikongsi dengan orang lain. banduan yang sakit mental seperti gila juga akan diasingkan kerana dikhuatiri mengamuk dan membahayakan nyawa pesalah lain. tetapi bagi banduan yang berkeadaan biasa pula tidak akan diberikan bilik sendiri kerana takut menjadi gila atau sekurang2nya 'masuk air' di kepalanya kerana kebosanan, juga takut menbunuh dirinya sendiri kerana tertekan.
'masuk air' adalah istilah yang digunakan kepada banduan yang otaknya agak mereng kerana tertekan dan tidak dapat mengawal pemikirannya sendiri. selalunya mereka yang masuk air disebabkan tekanan perasaan tak terkawal dan berserabut. mereka selalunya akan bercakap merapu, tidak terurus, ingat2 lupa dan mudah dipermainkan oleh banduan lain serta pegawai2 penjara. agak kasihan melihat keadaan mereka yang masuk air. tetapi bagi pegawai penjara, keadaan tersebut adalah benda biasa yang mana akan kembali normal apabila banduan tersebut sudah dapat menyesuaikan diri dalam penjara.
bebenarnya ini adalah satu usaha atau pun ikhtiar pihak penjara untuk mencegah daripada berlakunya perlakuan yang terkutuk ini. sekiranya ia masih berlaku dan tidak ada laporan atau aduan kepada pihak penjara, maka pihak penjara akan menganggap tidak ada apa2 kejadian yang berlaku. sering terjadi kejadian banduan didapati bengkak muka dan mengalami luka ringan di anggota badan, dan apabila ditanya, mereka selalunya menyatakan bergurau dengan kawan2 sebilik untuk mengelakkan daripada kejadian yang berlaku di antara mereka bocor kepada pihak penjara.
seseorang banduan yang diistilahkan 'jambu' akan dipisahkan dengan banduan lain yang yang agak 'ganas' untuk mengelakkannya daripada menjadi 'mangsa'. istilah jambu di sini bermaksud seseorang banduan yang memiliki rupa paras yang cantik, hensem, kulit putih dan badan agak kecil. 'jambu' yang tinggal sebilik akan menjadi teman tidur malam, dipeluk, dicium, bahkan diperlakukan sama seperti objek seks (diliwat). sebagai balasannya, pemilik 'jambu' tersebut akan bertindak sebagai abang yang akan melindungi 'jambu'nya daripada dikacau oleh banduan lain.
keadaan 'adik, abang dan jambu' adalah suatu perkara yang biasa dan tidak janggal dalam sesuatu penjara. begitu juga keadaannya dengan banduanita di penjara wanita. perlakuan salahlaku seks sukar dibendung. cuba bayangkan seseorang yang dikurung untuk tempoh 5 tahun, 10 tahun, bahkan 20 tahun tanpa melihat manusia lawan jenisnya, sedangkan dalam masa yang sama naluri dan nafsunya sentiasa meronta!
cerita dari penjara wanita juga hampir sama dengan banduan di penjara lelaki. mana2 banduanita yang baru masuk, yang memiliki rupa paras yang cantik menawan, manis, potongan badan yang menarik akan menjadi rebutan senior. di samping itu, ada juga junior2 yang bertindak menulis surat cinta kepada kakak2 senior supaya dapat menjaganya daripada dibuli oleh banduan lain.
terdapat satu cerita yang agak lawak bagi warga penjara , tetapi mungkin menakutkn dan menjijikkan bagi orang2 awam. seorang banduan wanita yang berada di dapur cuba mencuri terung untuk memuaskan nafsunya. akan tetapi perbuatannya telah diketahui oleh banduan lain yang berada di dapur. kerana marah, dia bertindak melumur terung tersebut dengan sambal lada. kemudiannya mereka bertindak memegang banduanita tadi bertindak menyelak kainnya. seterusnya dirodoknya terung yang berlumuran sambal ke kemaluan banduanita yang mencuri tadi. apa lagi, meraung kesakitan dan kepanasanlah banduanita itu!
aku pernah beberapa kali dijemput untuk menghadiri program keagamaan seperti ceramah2 agama dan lain2 aktiviti yang dibuat oleh pihak penjara wanita. mereka akan dikumpulkan dalam satu dewan serbaguna yang merupakan bahagian bawah dalam blok penjara. menurut pegawai penjara wanita, dewan itu merupakan dewan serbaguna yang akan digunakan bagi apa jua program. banduanita akan memakai pakaian putih, berbaju putih dan memakai kain putih yang diikat di kepala yang boleh dianggap sebagai tudung.
apabila selesai majlis maka mereka akan membuka kain pembalut rambut tersebut. sebahagiannya berambut panjang, namun sebahagian lagi berambut seperti komando, iaitu amat pendek seperti botak. aku bertanya kepada kenapa mereka sanggup membotakkan kepala sebegitu? tidakkah ianya akan menyebabkan mereka menjadi kurang cantik? pegawai penjara wanita yang bertugas memberitahu, itulah taiko atau kepala2 yang boleh dianggap sebagai ketua2 di situ. kononnya banduanita lain akan takut dan gerun kepada mereka. aku bertanya kepada mereka bagaiman memotong rambut. mereka menjelaskan, rambut mereka akan dipotong sendiri dengan menggunakan jubin/mozek yang dipecahkan.
pegawai penjara yang bertugas akan selalu memantau setiap perlakuan dan keadaan banduan setiap masa. mana2 banduan yang menunjukkan perlakukan yang pelik dan mencurigakan akan disiasat. ini adalah sebagai langkah pencegahan awal agar perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan daripada berlaku berlaku. pemeriksaan mengejut diadakan dari semsa ke semasa oleh pegawai yang bertugas atau Unit Khas Penjara (UKP). sekiranya dalam bilik banduan terdapat benda2 dilarang maka akan dirampas dan disiasat.
