kenangan di Penjara Kajang 6
sambungan..
di bhg. rawatan dan pemulihan dadah (RPD), penjara kajang, proses pemulihan berteraskan kerohanian dilakukan dengan cara yang lebih tersusun. di sini terdapat unit Halaqah dan Unit TC (Therapeutic Community), di samping pengajaran kelas agama harian di surau Blok Bahagia. di samping itu, seperti di penjara utama, solat jumaat juga diadakan setiap minggu. ianya diadakan di surau blok bahagia.
suraunya terletak di dalam blok penginapan. teks khutbah yang dibaca disediakan oleh unit agama. selalunya teks khutbah diambil daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan lain2 agensi agama tempatan. bilal yang bertugas adalah daripada banduan daripada unit Halaqah yang telah dilatih. imam dan pembaca khutbah pula dari kalangan pegawai penjara dan ustaz dari unit agama.
Unit TC adalah satu unit yang menggunakan kaedah pemulihan cara barat. caranya adalah dengan mewujudkan satu keluarga yang mengamalkan terapi khas. satu keluarga/komuniti akan mempunyai cara2 tersendiri yang sama2 ahli akan berusaha mebantu sama lain dalam menyelesaikan masalah. terdapat banyak sessi dan kaedah yang digunakan di sini. satu kaedahnya ialah dengan cara meluahkan semua apa yang terpendam di hati.
melalui cara ini, seseorang yang mempuayai perasaan tak puas hati pada ahli komuniti tersebut bebas untuk memperkatakan apa sahaja, sama ada marah, maki, carut dengan suara sekuat mungkin. yang kena marah pula akan kena dengar dan bersikap reda sahaja. tujuannya adalah untuk membuang dan meluahkan semua yang terpendam semoga merasa lebih lega dan puas. sesuatu yang tidak pelik melihat banduan di unit ini meraung, bertempik, menjerkah sehingga menghempas kerusi semata2 mahu meluahkan apa yang tersimpan di hati.
sekiranya seorang ahli komuniti melakukan kesalahan melanggar etika komuniti, maka terdapat cara2 atau kaedah sendiri sebagai menghukum ahli tersebut. satu cara ialah dengan duduk di atas kerusi sambil menghadap dinding selama 2-3 jam, bergantung kepada budibicara ketuanya, dengan tujuan supaya memikirkan kesalahannya yang telah dilakukan. terdapat juga kaedah menghukum dengan membuat suatu topi yang berbentuk tengkolok daripada kertas. di tengkolok tersebut akan ditulis kesalahan yang dibuat, serta hukuman yang dikenakan kepadanya. tengkolok itu mesti dipakai sehingga tempoh hukuman selesai.
di unit ini juga ada satu sessi pengajian agama yang dinamakan 'terapi agama'. masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam, yang mana kebiasaannya dilakukan pada hari jumaat. cara kelas agama di unit TC adalah ustaz pengajarnya akan berceramah berdiri dengan disediakan sebuah restrum. manakala ahli komuniti akan duduk secara di atas kerusi yang disusun teratur. mana2 ahli yang mahu menulis nota juga tidak ditegah.
unit TC ini penghuninya daripada pelbagai bangsa dan agama. keluarga/ahlinya seramai lebih kurang 40-60 orang. mana2 banduan yang berminat untuk memasuki komuniti ini mesti melalui proses temuduga. pegawai2 yang mengendalikan unit ini adalah pernah terbat dengan kursus khas, bahkan ada yang pernah berkursus di amerika syarikat. sebahagiannya adalah kaunselor yang dikira berpengalaman.
manakala unit halaqah pula adalah program yang memberikan pendidikan agama secara tersusun. ianya seperti juga unit TC yang memiliki jadual yang telah diatur. akan tetapi yang membezakan dengan TC, halaqah memberikan pengajaran agama sahaja. jadualnya bermula dari lepas subuh sehinggalah kepada maghrib, iaitu sehingga pintu bilik ditutup.
di sini ahli jemaah akan diajar ilmu aqidah, fekah, akhlak, baca Al-qur'an, nasyid, qasidah, zikir dan lain2 secara bergilir mengikut jadual. selepas habis tempoh selama enam bulan, maka banduan akan diberikan sijil penyertaan. seterusnya banduan akan ditukarkan ke blok2 atau ke penjara utama. akan tetapi banduan muallaf yang masih belum mendalami agama akan dikekalkan untuk terus berada di unit halaqah.
bilangan ahli jamaah yang berada di unit halaqah di satu2 masa seramai 40-50 orang. penghuninya seperti juga dengan yang berada di unit TC diambil daripada bermacam2 kes, tetapi setelah dipastikan tidak akan menimbulkan masalah keselamatan. namun begitu tahap keselamatan tetap diambil berat. ini kerana banduan tetap banduan dan pihak penjara tidak boleh mempercayai 100% akan apa yang dibuat oleh banduan. mana2 banduan yang menunjukkan aksi yang mencurigakan dan membahayakan akan segera dicadangkan untuk ditukarkan ke blok2 penginapan.
terdapat satu cerita yang amat memalukan bagi warga unit halaqah khususnya dan banduan islam umumnya. satu ketika pihak jabatan penjara malaysia telah merancang untuk mengadakan majlis tilawah Al-Qur'an peringkat seluruh Malaysia. piahak penjara kajang telah diamanahkan menjadi tuan rumah, dan telah bersetuju menjadikan padang kawad RPD sebagai tapak majlis tersebut. majlis tersebut akan diadakan selama tiga malam dan akan dirasmikan oleh dato' ketua pengarah penjara malaysia.
penjara kajang telah membuat saringan pemilihan tentang banduan yang akan mewakili penjara kajang. setelah saringan dibuat, maka tempat pertama telah dipilih untuk mewakili. akan tetapi 3-4 4 hari sebelum majlis tersebut, wakil penjara kajang yang merupakan penghuni unit halaqah telah ditangkap meliwat. ada pihak yang menyatakan dia bukan meliwat, tetapi menyerahkan dirinya supaya diliwat oleh banduan lain. setelah itu pihak penjara telah serta merta menukarkan dengan yang ditempat kedua. tetapi yang berlaku, 2-3 hari telah ditangkap kerana kes yang sama. iaitu melakukan hubungan homoseksual. betapa jijiknya dan betapa kecewanya ustaz yang mengajarnya!
penghuni di unit TC dan Halaqah akan diberikan kemudahan katil untuk tidur malam. mereka juga akan diberikan sedikit keistemewaan berbanding banduan lain. ini kerana sebarang lawatan daripada pihak luar, maka unit halaqah dan TC pasti akan dilawati. jadi, untuk menunjukkan kepada pihak luar bahawa pihak penjara menitikberatkan pemulihan, maka kedua unit ini akan dititikberatkan.
kadang2 terdapat juga pelajar2 daripada IPTA/S dan Kolej Swasta datang untuk membuat praktikal dan amali di penjara kajang. biasanya, pelajar2 ini adalah dari jurusan pengajian islam dan kaunseling. banduan2 amat menggemari kelas2 dan sessi2 yang melibatkan pelajar2 ini, lebih2 lagi sekiranya melibatkan pelajar perempuan. sekiranya kelas atau sessi yang melibatkan pelajar perempuan, maka banduan yang terpilih tidak akan melepaskan peluang untukmemasuki dan mengalami kelas tersebut.. mereka akan memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian tanpa berkelip. seluruh tubuh badan pelajar tersebut akan direnung sedalam2nya sehingga menimbulkan perasaan yang kurang senang kepada pelajar tersebut. kadang2 pegawai penjara terpaksa memarahi banduan tersebut kerana perbuatannya yang menunjukkan minat yang keterlaluan.
apabila sessi soal jawab, maka banyaklah soalan2 yang mengada2 ditujukan kepada pelajar berkenaan. pelajar perempuan biasanya sedaya upaya akan cuba menunjukkan reaksi bersahaja dan berani. akan tetapi melihat kepada raut muka dan reaksinya, usahanya untuk cuba menyembunyikan gemuruh dan perasaan takutnya sukat dilakukan.
terdapat juga setengan pelajar kaunseling perempuan yang umurnya agak dewasa, di sekitar 40 an. kaunselingnya terlalu banyak bercakap dan menjadi seperti berleter dan membebel. banduan sering saja menyatakan kurang menggemari dengan cara membebel begini. katanya, sungguh membosankan membebel macam maknya di kampung! mungkin kaunselor itu perlu memikirkan cara yang lebih sesuai apabila mahu mengadakan kaunseling kepada golongan banduan! ini kerana banduan memiliki perangai dan karektor yang sukar diramal. hanya golongan yang rapat dan sering bergaul dengannya yang memahami mereka seperti kawan2 banduannya dan pegawai penjara.
