kebenaran Rasulullah SAW dan pembohongan amerika ke bulan
sewaktu aku masih kecil2 dahulu, aku dan kawan2 kerap disogokkan dengan cerita2 dan kisah tentang bijak dan hebatnya orang Amerika. mereka cukup hebat dan tidak ada benda yang mustahil sekiranya mereka ingin melakukannya. satu perkara yang cukup membuatkan mereka dianggap hebat ialah kapal angkasa mereka kononnya telah berjaya mendaratkan angkasawan mereka ke bulan.
hampir semua percaya cerita tersebut. ramai orang islam yang sedikit goyang aqidahnya. ini kerana ianya bertentangan dengan hadith nabi SAW tentang isra' dan mi'raj, hadith Baginda SAW tentang kedudukan bulan yang berada di langit ketiga! yang mana mustahil manusia akan sampai ke sana. maka pihak amerika menunjukkan bukti2 berupa gambar di bulan. gambar angkasawan mereka memacakkan bendera di bulan. bendera tersebut melambai2 ditiup angin. adakah angin begitu dibulan? kenapa bendera tersebut tidak jatuh kerana graviti bulan? tentang suasana bulan, tentang pakaiannya dan lain2 terus dibongkar.
ketika itu imej amerika dianggap cukup kuat. ramai para intelek turut sama percaya dan diperbodohkan. buku2 pelajaran anak2 sekolahan pun mencetak gambar kehebatan amerika dengan NASA dan Apollonya. kasihan umat islam begitu senang diperbodohkan. kenapa begitu senang mereka diperbodohkan sebegitu? jawapannya adalah umat islam zaman tersebut amat jahil dengan ilmu pengetahuan. sebahagiannya baru mengecap nikmat merdeka. masih belum mengenal teknologi!
selepas lebih 30 tahun pembongkaran pembohongan demi pembohongan amerika terus dibuka. kenapa tidak ada misi menghantar angkasawan seterusnya andaikata misi itu berjaya? beberapa pihak yang mengkaji sesahihan foto tersebut juga mendapati ianya adalah palsu. gambar tersebut didapati mempunyai kombinasi sistem pencahayaan yang bertujuan untuk menipu orang yang melihat gambar tersebut. ini adalah salah kerana satu2nya sumber cahaya bagi bulan adalah daripada matahari sahaja!
di malaysia, di kalangan tuan2 guru yang mempelajari agama di pondok awal2 lagi menolak berita tersebut. sampaikan di antara mereka mengandaikan mungkin tempat yang diambil gambat tersebut adalah sebuah 'pulau' di angkasa. mereka tetap yakin dengan hadith nabi tersebut. kuatnya iman mereka! betapa letih dan penatnya mereka menerangkan kepada orang awam dan murid2nya tentang benarnya sabda nabi SAW dan betapa pembohongnya kafir!
terdapat banyak blog dan laman web yang menceritakan tentang pembohongan amerika. saintis2 rusia, jepun mengakuinya. dikatakan mana2 objek atak kapal angkasa yang ingin memasuki kawasan bulan akan terpaksa melalui satu kawasan radioaktif yang akan mengakibatkan hancur menjadi debu! mana mungkin amerika sanggup ke sana. setakat ini masih belum ada teknologi yang dapat menahan radioaktif tersebut.
dikatakan tempat pendaratan pesawat apollo tersebut adalah pangkalan rahsia amerika yang tidak diketahui oleh seorang pun. tempat tersebut mungkin berada di tempat bernama Area 51. tetapi teknologi rusia secara sulit dapat mengetahui perkara tersebut.
apa pun pembohongan tersebut sepatutnya lebih menguatkan lagi iman kita., agar kita lebih menyakini lagi sabda Nabi Muhammad SAW daripada kata2 orang2 yang tidak beriman!
