PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Nov 27, 2007 at 02:31 o\clock

penting untuk diketahui

by: zaris   Keywords: penting


Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika
no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.
Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg
diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan
kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai
seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera
akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah
disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang
diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg
seumpama ini. 

memakan sayur mentimun secara mentah dipercayai berpotensi mengakibatkan penyakit sejuk, iaitu kekerapan membuang air kecil. petua untuk mengelakkan daripada terkena penyakit sejuk ialah dengan tidak membuang/mengupas kulitnya. sebaliknya dimakan dengan kulutnya sekaligus. begitu juga jika memakan buah cuku, dipercayai berpotensi untuk mendatangkan penyakit sejuk. caranya sama sahaja, iaitu memakan dengan kulitnya. kulit ciku perlu dicuci dan dikikis butiran2 kasar di kulitnya. seterusnya dipotong dan dimakan. sekiranya banyak makan buah rambai, jangan buang 'pulur'nya, iaitu bahagian tengah yang memisahkan ulas2 rambai, makan pulurnya bersama2 isi rambai tersebut. selamat mencuba..

sekiranya kalian terasa pedih2 dan kadang2 sengal2 dalam dada kalian, kalian cuba amalkan tidur sekejap di siang hari selepas solat zohor, tetapi selepas sejam makan tengahari. makan pula janganlah terlalu banyak kerana melambatkan penghadaman. ini adalah sunnah nabi SAW. tidurnya pula bukan terlalu lama, lebih kurang setengah jam-satu jam, atau lebih sedikit. masa tengahari adalah masa rehat sekejap untuk badan, begitu juga dengan jantung. apabila bangun dari tidur di waktu pagi, jangan terus bangun. sebaliknya baring dulu dua minit sebelum bangkit.

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran/larangan  langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

Nov 27, 2007 at 02:11 o\clock

bahaya coke

by: zaris   Keywords: coke

10 kebaikan air Coke Cola

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik
yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan
kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang
berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan. boleh tak?



3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis
chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada
skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali
lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh
dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian :
Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala
dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur
cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

8. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah
penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap
Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawa kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo ,F&dan dll. Sama saja! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


10. Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, agaknya- agaknya gigi tu boleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama saja! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara
spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke agaknya? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur
berbangsa Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.