PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Nov 29, 2007 at 06:57 o\clock

kebenaran Rasulullah SAW dan pembohongan amerika ke bulan

by: zaris

sewaktu aku masih kecil2 dahulu, aku dan kawan2 kerap disogokkan dengan cerita2 dan kisah tentang bijak dan hebatnya orang Amerika. mereka cukup hebat dan tidak ada benda yang mustahil sekiranya mereka ingin melakukannya. satu perkara yang cukup membuatkan mereka dianggap hebat ialah kapal angkasa mereka kononnya telah berjaya mendaratkan angkasawan mereka ke bulan.

hampir semua percaya cerita tersebut. ramai orang islam yang sedikit goyang aqidahnya. ini kerana ianya bertentangan dengan hadith nabi SAW tentang isra' dan mi'raj, hadith Baginda SAW tentang kedudukan bulan yang berada di langit ketiga! yang mana mustahil manusia akan sampai ke sana. maka pihak amerika menunjukkan bukti2 berupa gambar di bulan. gambar angkasawan mereka memacakkan bendera di bulan. bendera tersebut melambai2 ditiup angin. adakah angin begitu dibulan? kenapa bendera tersebut tidak jatuh kerana graviti bulan?  tentang suasana bulan, tentang pakaiannya dan lain2 terus dibongkar.

ketika itu imej amerika dianggap cukup kuat. ramai para intelek turut sama percaya dan diperbodohkan. buku2 pelajaran anak2 sekolahan pun mencetak gambar kehebatan amerika dengan NASA dan Apollonya. kasihan umat islam begitu senang diperbodohkan. kenapa begitu senang mereka diperbodohkan sebegitu? jawapannya adalah umat islam zaman tersebut amat jahil dengan ilmu pengetahuan. sebahagiannya baru mengecap nikmat merdeka. masih belum mengenal teknologi!

selepas lebih 30 tahun pembongkaran pembohongan demi pembohongan  amerika terus dibuka. kenapa tidak ada misi menghantar angkasawan seterusnya andaikata misi itu berjaya? beberapa pihak yang mengkaji sesahihan foto tersebut juga mendapati ianya adalah palsu. gambar tersebut didapati mempunyai kombinasi sistem pencahayaan yang bertujuan untuk menipu orang yang melihat gambar tersebut. ini adalah salah kerana satu2nya sumber cahaya bagi bulan adalah daripada matahari sahaja!

di malaysia, di kalangan tuan2 guru yang mempelajari agama di pondok awal2 lagi menolak berita tersebut. sampaikan di antara mereka mengandaikan mungkin tempat yang diambil gambat tersebut adalah sebuah 'pulau' di angkasa. mereka tetap yakin dengan hadith nabi tersebut. kuatnya iman mereka! betapa letih dan penatnya mereka menerangkan kepada orang awam dan murid2nya tentang benarnya sabda nabi SAW dan betapa pembohongnya kafir!

terdapat banyak blog dan laman web yang menceritakan tentang pembohongan amerika. saintis2 rusia, jepun mengakuinya. dikatakan mana2 objek atak kapal angkasa yang ingin memasuki kawasan bulan akan terpaksa melalui satu kawasan radioaktif yang akan mengakibatkan hancur menjadi debu! mana mungkin amerika sanggup ke sana. setakat ini masih belum ada teknologi yang dapat menahan radioaktif tersebut.

dikatakan tempat pendaratan pesawat apollo tersebut adalah pangkalan rahsia amerika yang tidak diketahui oleh seorang pun. tempat tersebut mungkin berada di tempat bernama Area 51. tetapi teknologi rusia secara sulit dapat mengetahui perkara tersebut.

apa pun pembohongan tersebut sepatutnya lebih menguatkan lagi iman kita., agar kita lebih menyakini lagi sabda Nabi Muhammad SAW daripada kata2 orang2 yang tidak beriman!

Nov 27, 2007 at 02:31 o\clock

penting untuk diketahui

by: zaris   Keywords: penting


Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika
no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.
Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg
diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan
kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai
seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera
akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah
disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang
diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg
seumpama ini. 

memakan sayur mentimun secara mentah dipercayai berpotensi mengakibatkan penyakit sejuk, iaitu kekerapan membuang air kecil. petua untuk mengelakkan daripada terkena penyakit sejuk ialah dengan tidak membuang/mengupas kulitnya. sebaliknya dimakan dengan kulutnya sekaligus. begitu juga jika memakan buah cuku, dipercayai berpotensi untuk mendatangkan penyakit sejuk. caranya sama sahaja, iaitu memakan dengan kulitnya. kulit ciku perlu dicuci dan dikikis butiran2 kasar di kulitnya. seterusnya dipotong dan dimakan. sekiranya banyak makan buah rambai, jangan buang 'pulur'nya, iaitu bahagian tengah yang memisahkan ulas2 rambai, makan pulurnya bersama2 isi rambai tersebut. selamat mencuba..

sekiranya kalian terasa pedih2 dan kadang2 sengal2 dalam dada kalian, kalian cuba amalkan tidur sekejap di siang hari selepas solat zohor, tetapi selepas sejam makan tengahari. makan pula janganlah terlalu banyak kerana melambatkan penghadaman. ini adalah sunnah nabi SAW. tidurnya pula bukan terlalu lama, lebih kurang setengah jam-satu jam, atau lebih sedikit. masa tengahari adalah masa rehat sekejap untuk badan, begitu juga dengan jantung. apabila bangun dari tidur di waktu pagi, jangan terus bangun. sebaliknya baring dulu dua minit sebelum bangkit.

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran/larangan  langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

Nov 27, 2007 at 02:11 o\clock

bahaya coke

by: zaris   Keywords: coke

10 kebaikan air Coke Cola

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik
yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan
kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang
berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan. boleh tak?



3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis
chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada
skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali
lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh
dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian :
Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala
dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur
cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

8. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah
penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap
Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawa kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo ,F&dan dll. Sama saja! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


10. Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, agaknya- agaknya gigi tu boleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama saja! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara
spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke agaknya? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur
berbangsa Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Nov 26, 2007 at 05:03 o\clock

warga asing di malaysia

by: zaris   Keywords: warga, asing

sekarang kerajaan melalui media cetak dan elektronik sedang hangat memperkatakan berkaitan tenaga kerja asing yang terlalu di malaysia. pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh menteri2 dan orang2 besar serta orang2 awam berkaitan perkara ini.

tetapi yang nyata dan hakikat yang terpaksa diterima ialah negara malaysia terpaksa menerima kehadiran mereka. sekiranya mahu menyekat mereka, maka tidak akan siaplah beratus2 projek pembinaan bangunan. semuanya akan terbengkalai. ladang2 kelapa sawit tidak akan terpetik buahnya. kilang2 tidak akan mempu mengaluarkan hasilannya kerena tiada pekerja. ekonomi malaysia akan hancur berkecai.

ketika berada di terengganu, aku  berbual dengan seorang pekerja ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh TDM. menurutnya 99.9% pekerja ladang adalah warga indonesia. orang indonesia adalah suatu bangsa yang cukup kuat jasmaninya, amat rajin bekerja, tahan lasak dan berani. dalam sehari mereka mampu mengait (memetik) buah kelapa sawit tiga kali ganda daripada orang tempatan. walaupun memiliki badan yang sama dengan lain2 bangsa, tetapi kelebihan yang dimiliki oleh mereka membuatkan mereka tahan, dipercayai dan diharapkan untuk melekukan kerja2 berat tersebut. orang2 tempatan biasanya hanya bekerja sebagai mandur dan pegawai sahaja.

tujuan pendatang indonesia datang ke malaysia adalah untuk mencari kehidupan. dalam sebulan pendapatan kasar mereka lebih kurang RM1600. jumlah itu dikira cukup banyak dibandingkan dengan kerja di negara mereka. mereka akan menyimpan dan dihantar ke negara mereka untuk membantu keluarga di sana. setiap hari mereka akan mengasah pisau pengait supaya lebih tajam dan mampu untuk memotong dahan dan buah kelapa sawit dengan sekali atau dua kali potongan sahaja.

pernah juga orang pihak pengurusan ladang mengambil orang india dan bangledesh untuk bekerja di ladang kelapa sawit. tetapi ternyata mutu kerja mereka tidak sehebat dan serajin orang indonesia, bahkan juga suka menipu dan mencuri di samping pemalas dan mencuri tulang. bangsa2 indonesia yang bekerja di sektor perladangan adalah seperti bugis, lombok, madura dam minang.

begitu juga dengan sektor pembinaan bangunan dan perumahan. sekiranya tiada pendatang indonesia, pasti tidak akan siap rumah tersebut. siapakah yang sanggup berjemur di tengah panas setiap hari tanpa rehat? siapakah yang sanggup mengambil risiko memanjat bangunan tinggi bergadai nyawa, yang mana sekiranya terjatuh dan mati tidak akan dibayar sesen pun? jawapnya adalah orang indonesia. mereka adalah bangsa yang berani dan rajin. mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan orang tempatan kerana ramai beragama islam dan bertutur dalam bahasa yang sampir sama.

sekiranya melihat kepada lain2 bangsa pendatang di indonesia, kita akan mendapati bangsa seperti bangledesh, nepal, myanmar dan lain2 lebih meminati bidang lain. pendatang bangledesh kelihatan lebih menyukai kerja2 yang ada kurang mengeluarkan peluh dan kelihatan agak 'smart'. mereka selalu bekerja di stesyen minyak, kedai makan dan kilang2. majoriti mereka juga dikatakan menyukai perempuan tempatan. bilangan orang bengledesh semakin ramai dari sehari ke sehari. jika dahulu mereka hanya berada di pantai barat melaysia seperti kuala lumpur, johor dan melaka, tetapi sekarang di stesyen minyak di pantai timur di terengganu juga sudah boleh dijumpai.

tindakan sebahagian daripada ahli politik malaysia yang terlalu menyalahkan mereka adalah tidak wajar. mungkin disebabkan segelintir dari mereka melakukan jenayah, tetapi sebagaian besar mereka adalah ikhlas datang merantau mencari rezeki ke malaysia. kadang2 kenyataan yang dikeluarkan oleh setengah pegawai tinggi bersikap sombong dan memandang hina kepada pendatang asing, khususnya dari Indonesia. mereka sepatutnya berfikir secara marang dan bijak, tentang pengorbanan keringat, air mata bahkan darah yang dicurahkan di bumi malaysia tercinta ini demi mendapat sesuap nasi!

setengah ahli politik yang mencadangkan hukuman yang lebih berat kepada pendatang tanpa izin seperti sebatan dua rotan juga perlu difikirkan kembali. sebahagian besar datang dengan niat baik untuk mencari rezeki. kesalahannya cuma tidak memiliki dokumen perjalanan sah. perlukah seseorang yang datang dengan niat yang baik, cuma kesalahan sekadar tidak memiliki dokumen perjalan disebat yang mengakibatkan wujudnya parut kekal seumur hidup di badannya? sebahagian dari merka menjadi mangsa penipuan ejen pekerja asing. sebilangan wanita pendatang indonesia juga tertipu dan terjebak ke lembah pelacuran.terdapat juga banyak kes melibatkan penderaan kepada pembantu rumah indonesia dan pihak berpakaian unifom seperti RELA ke atas pendatang indonesia. 

Aku mempunyai seorang sahabat yang pernah keluar berdakwah tabligh di Bangledesh. Menurutnya keadaan di sana tersangat sukar disebabkan penduduk yang tersangat padat. Di bandar Dhaka, polis trafik menggunakan sebatang tongkat/kayu untuk mengawal lalulintas. Penduduk yang sangat padat membuatkan pekerjaan sangat sukar untuk mencari rezeki. Sebahagian penduduknnya hanya berpakaian kain pelekat untuk ke bandar. Mereka menaiki keretapi sehingga ke bumbung dan ianya adalah perkara biasa. Suasana bandar cukup kelam kabut. Kaum wanitanya lebih banyak berada di rumah, untuk menguruskan rumahtangga. Sebahagian daripada rumah dibuat daripada jerami.

Betapa bersyukurnya mereka dapat datang ke Malaysia yangaman makmur. kadang-kadang mereka terbawa-bawa perangai kelam kabut ke Malaysia. Mereka melihat wanita malaysia bebas keluar rumah dan lebih berani. Sebab itu sebahagiannya mencuba mengusik gadis tempatan apabila di sana kurang peluang untuk berbuat demikian. Sayangnya setengah gadis tempatan mudah terpikat dengan mereka dan amat menyesal apabila ke sana setelah mendapati kehidupan di sana amat susah dan sengsara di bandingkan dengan di Malaysia. 

hari ini malaysia adalah negara makmur dan tidak mustahil suatu hari nanti akan jatuh. tidak mustahil rakyat malaysia akan ke indonesia untuk mencari kerja. Happy

Nov 20, 2007 at 08:09 o\clock

kenangan di Penjara Kajang 3

by: zaris   Keywords: penjara, kajang

tahukah kamu bagaimanakah perlaksanaan hukuman mati dilakukan di panjara2 di malaysia? di negara2 di dunia, perlaksanaan hukuman mati adalah berbeza. setengah negara menggunakan hukuman pancung seperti di Arab Saudi. di Indonesia menggunakan kaedah tembak. amerika pula menggunakan kerusi elektrik dan suntikan maut. terdapat juga setengah negara yang menggunakan kaedah tikam. sementara di Malaysia menggunakan cara gantung sampai mati!

di penjara2 di malaysia yang melaksanakan hukuman gantung terhadap pesalah2, prosesnya akan dilakukan oleh unit khas yang telah dilatih khusus. semuanya adalah kakitangan penjara yang akan nekad melakukannya supaya perlaksanaan akan dilakukan dengan tanpa kesilapan. sebarang kesilapan akan mengundang padah yang mesti dijawab kepada semua pihak, sama ada pihak atasan, pihak keluarga pesalah, pihak kesihatan, pihak perundangan dan badan hak asasi manusia.

arahan untuk melaksanakan hukuman gantung akan diterima oleh pengarah penjara secara rahsia daripada pihak atasan. kemungkinan 1-2 bulan sebelum tarikh perlaksanaan tersebut. kerahsiaan tersebut akan terus dirahsiakan sehinggalah 2-3 hari sebelum hukaman dijalankan. mesyuarat tertutup akan dijalankan melibatkan pegawai tertinggi yang terlibat dengan hukuman tersebut, termasuklah tukang gantung.

kadang2 sesuatu perkara yang agak pelik seseorang banduan yang bakal digantung keesokannya seolah2 mengetahui bahawa dia akan digantung. dia seolah2 seperti mengetahui akan meninggalkan dunia ini untuk selama2nya. dia membersihkan biliknyanya (lokap), melipat baju dan pakaiannya dan menyusun elok2 tidak seperti sebelumnya. sukar untuk dijelaskan perkara ini, tetapi yang mengetahui nasibnya mungkin dirinya sahaja.

pelaksanaan hukuman dilaksanakan di waktu pagi kira2 10 minit selepas azan subuh. selalunya dilakukan hari khamis pagi jumaat. terdahulu sebelum itu, keluarga pesalah akan dimaklumi dan dibenarkan untuk berjumpa sepuas2nya seharian, dari pagi sehingga petang dengan pesalah. hari tersebut tangisan dan air mata adalah benda yang biasa dilihat. pertemuan yang sungguh menyayat hati tersebut akan dikawal ketat oleh pegawai penjara.

keluarga pesalah dibolehkan memeluk mencium sepuas2nya pesalah tersebut. daripada riak muka pegawai penjara yang bertugas di situ tergambar juga perasaan kasihan, tetapi mereka tetap melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan tegas dan tidak kalah kepada perasaan. pesalah akan diberikan semua kehendaknya, makanan apa yang dimintanya sehinggalah kepada rokok. ada juga pesalah yang berpuasa hari tersebut.

malam itu pesalah tersebut akan dibawa ke bilik menunggu yang berada di blok chamber. bilik menunggu tersebut adalah lokap yang bersebelahan dengan bilik hukuman gantung. sepanjang malam banduan tersebut akan menunggu di bilik tersebut dengan penuh debaran. sepanjang 5 tahu aku berada di penjara kajang, tidak pernah sekali aku melihat banduan yang menunggu gantung akan tidur malam tersebut. sebahagian banduan akan duduk berzikir sambil menangis dan melakukan solat sunat sepanjang malam. ada juga yang mundar mundir seolah2 memikirkan sesuatu, kemungkinan menyesal dengan perbuatannya yang lepas. kadang2 suasana tersebut menimbulkan suasana yang menginsafkan kepada pegawai penjara yang bertugas.

sekiranya pesalah beragama Islam, maka ustaz akan masuk lebih awal untuk memberi sedikit sebanyak nasihat berkenaan agama. sekiranya banduan tersebut beragama kristian, hindu, sikh dan lain2, maka orang agama masing2 akan dijemput untuk memberikan nasihat sebelum hukuman dilaksanakan. pegawai agama akan masuk lebih kurang setengah jam sebelum azan subuh dilaungkan. kebiasaannya banduan akan mendengar dengan teliti dan penuh minat apa yang dikatakan oleh ustaz dan minta maafkan segala yang tersilap selama ini.

saat yang cukup mendebarkan bermula apabila masuknya waktu subuh. ustaz yang bertugas serta merta menyuruh tahanan tersebut sembahyang subuh. ini kerana selepas 10 minit, bila2 masa sahaja tukang gantung akan datang dan melaksanakan 'misinya', tak kira tahanan tersebut sudah sembahyang atau tidak. si ustaz tidak dapat berbuat apa2 sekiranya tahanan tidak berminat untuk sembahyang. segalanya bergantung kepada tahanan tersebut.

lebih kurang 10 minit pegawai2 tinggi penjara masuk bersama2 pegawai kesihatan dan majistret. keadaan masa tersebut adalah sunyi sesunyi2nya. tiba2 kumpulan tukang gantung seramai lebih kurang 6-7 orang lelaki berbadan sasa berpakaian biasa masuk dan terus ke lokap. mereka akan bertindak pantas menggari tangan ke belakang tahanan. sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju dan mengeluarkan sehelai kain hitam. kain itu akan dimasukkan ke kepala pesalah.

dengan pantas tanpa sepatah kata mereka akan membawa tahanan tersebut ke bilik gantung bersebelahan lokap. di bilik itu sudah tersedia tali gantung, siap dengan nama dan nombor tahanan, tinggi dan berat. dalam masa beberapa saat, apabila tali sudah dimasukkan ke tengkuk dan pegawai tinggi memberi isyarat ibu jari diturunkan ke bawah, seorang petugas akan menarik besi pintu tempat berdiri pesalah, maka berdentumlah bunyi pesalah terjatuh ke tingkat bawah dengan tali mencekik/menyentap lehernya.

apasila selesai melihat mayat tergantung, ustaz akan berdoa. membaca doa selamat kerana semuanya selesai. masing2 yang berpeluh sejuk sejak tadi menarik nafas lega apabila tugasan yang amat berat dijalankan berjalan dijalankan.

sementara itu, di tingkat bawah sudah bersedia beberapa pegawai khas untuk melakukan tindakan mengambil mayat yang tergantung. pegawai2 ini akan membuka tali di leher pesalah tadi yang sudah menjadi mayat. biasanya apabila sahaja tali dilonggarkan untuk ditanggalkan dari leher, akan keluar suara seolah2 seperti dengusan dari mulut mayat tersebut. bersamaan dengan itu angin akan keluar dari mulut dan pegawai tersebut akan mengelak daripada terkena angin tersebut ke mukanya. sebenarnya angin itu adalah angin dari perut yang tersekat di kerongkong apabila leher dijerut.

seterusnya mayat pesalah akan dibaringkan untuk diperiksa bagi tujuan pengesahan oleh pegawai perubatan/doktor dan majistret. biasanya muka mayat kelihatan kebiruan. sesetengah pesalah yang digantung akan meninggalkan kesan berbekas merah di lehernya, kesan daripada jerutan tali gantung. ada yang lebih teruk dan mengerikan, kulit di leher akan terkoyak dan menampakkan warna merah darah kesan dari luka koyakan tersebut. mana2 pesalah yang meronta ketika digantung berkemungkinan besar akan mengalami koyakan di leher. sebaliknya bagi yang hanya menunggu dengan redha tanpa meronta biasanya tidak terkoyak. 

seterusnya pegawai2 termasuk pegawai kesihatan dan majistret akan ke tingkat bawah untuk melihat mayat. pegawai kesihatan akan memastikan pesalah tadi sudah tidak bernyawa. majistret akan memastikan pelaksanaan hukuman telah dijalankan. masing2 menurunkan tandatangan sebagai penyaksian bahawa tugas dan pelaksanaan hukuman yang diarahkan oleh undang2 malaysia telah selesai.

ada orang yang beranggapan mayat yang digantung akan terjelir lidahnya. anggapan itu sebenarnya tidak benar. itu hanyalah kata2 orang yang tidak mengalaminya sendiri. jika pun terkeluar, lidah tersebut hanya sedikit sahaja, tidak panjang seperti yang dijangka oleh ramai orang.

terdapat orang yang bertanya sekiranya adakah pesalah yang telah digantung pasti mati? adakah ada orang yang telah digantung masih hidup? jawapannya adalah mengikut hukum adatnya, setiap pesalah yang digantung akan mati, kecuali Allah menghendakinya hidup. ini kerana pada bulatan tali gantung diletakkan besi yang berbentuk ladam. besi ini berfungsi ialah menghentak bahagian atas leher serentak ketika tali gantung itu menjerut leher pesalah. ia akan mematahkan bahagian atas leher yang pasti membunuh pesalah tersebut.

bagi yang terlibat secara langsung dengan tugas khas menggantung pesalah, mereka selalunya mengamalkan beberapa petua yang dipercayai untuk menguatkan semangat dan mengelakkan daripada terkena badi mayat. sesetengah orang mempercayai mayat mempunyai badi, setengah lagi tidak mempercayai dan menganggap berkaitan dengan psikologi sahaja.

bagi petugas yang beragama Islam, biasanya malam sebelum tugas tersebut, mereka akan melakukan solat hajat berdoa supaya semuanya berjalan lancar dan menguatkan semangat ketika melakukan tugas tersebut. apabila mahu melihat mangsa yang tergantung, tidak digalakkan melihat dari bahagian atas dahulu, maknanya melihat dari bahagian kaki dahulu, naik ke atas terus ke kepala. begitu juga apabila melihat mayat yang terbujur di tingkat bawah, jangan terus melihat kepada muka mayat. mulakan dulu dengan melihat dari bawah.

apabila tugas tersebut selesai dilakukan dan pulang ke rumah, semua pakaian yang yang dipakai semasa melakukan tugas tersebut dimasukkan dalam baldi dan dibasuh/dialirkan air ke atas pakaian tersebut. sesetengahnya pula membuang terus pakaian dengan mengalirkan ke sungai supaya kononnya badi mayat mengalir pergi bersama2 pakaian tadi. semasa keluar untuk melakukan tugas tersebut, petugas tidak akan memberitahu tujuan sebenar untuk menggantung orang. mana2 petugas yang kebetulan isterinya mengandung tidak digalakkan menyertai tugas tersebut kerana dikhuatiri badi mayat menganggu isteri dan bayi dalam kandungan. 

terdapat pertanyaan yang sukar dijawab oleh ulama' tentang pelaksaan hukuman mati di malaysia. adakah bentuk hukuman tersebut dibolehkan. ini kerana dalam islam hukuman mati terhadap pesalah biasa dilakukan dengan cara pancung. tujuannya supaya pesalah tidak merasa tersiksa menanggung azab sakaratul maut. ianya dikatakan amat berbeza dengan hukuman gantung kerana menghukum dengan cara gantung akan membunuh pesalah dengan cara sentap dan mati dengan cara yang seolah2 mengejut dan kejam. 

sebahagian besar ulamak di malaysia mengambil langkah berdiam diri berkaitan masalah ini. sebahagian ulama berpendapat semua individu yang mengambil bahagian dalam pelaksanaan hukuman mati tersebut berdosa, bergantung kepada tugas yang dibuatnya ketika itu. ini kerana masing2 redha dengan cara membunuh tersebut walau pun bertentangan dengan syarak. semua individu yang terlibat daripada tukang gantung yang menggantung pesalah, pengarah penjara yang memberi isyarat arahan menggnatung, pegawai penyelia bilik hukuman dan tali gantung, majistret mahkamah, doktor yang mengesahkan kematian, pegawai2 pengiring pesalah sehinggalah kepada ustaz yang memberikan pesanan ugama dan membaca doa' selamat selepas selesai pelaksanaan hukuman. 

sebenarnya amat sukar untuk menetukan hukum dalam hal ini. ini kerana pegawai penjara yang menjalankan tugas tersebut adalah kerana tugas dan tanggung jawab. tugas berkaitan pelaksanaan hukuman mati adalah sesuatu yang amat berat. semua pihak kena nekad dan tabahkan hati. walaupun cara pelaksanaan tersebut bertentangan dengan hati nurani...

 

 http://www.youtube.com/watch?v=PROXKU5xr3E