imam menangis
hari Jumaat malam Sabtu, Solat tarawih di Surau Al-Muhajirin dipimpin oleh seorang imam yang bukan imam2 yang sebelumnya. melihat kepada gaya berpakaiannya, dengan jubah putih dan berserban memberikan sekilas pandangan bahawa dia seorang yang alim, warak dan mengingati banyak ayat2 Al-Qur'an. kedatangannya agak lewat dan selepas solat Isya' kakitangan Surau terus mempersilakannya untuk memimpin solat tarawih pada malam tersebut.
dia memimpin solat tarawih dengan caranya yang tersendiri. pada rakaat yang terakhir solat witir, selepas bangun dari rukuk dia membaca doa qunut dan disambung dengan doa' yang lain. doanya amat panjang yang diagak melebihi daripada 15 minit untuk menghabiskannya. cukup lenguh berdiri menadah tangan mengaminkan doa tersebut. aku merasakan dia merangkumkan banyak doa'2 dan dibacakan sekaligus ketika itu.
aku merasakan si imam kemungkinan bukas pelajar dari Arab Saudi, ataupun sekurang2nya daripada institusi pendidikan di Timur Tengah. Ini kerana semasa aku belajar di Kusza dahulu, pengarah Kusza adalah daripada Arab Saudi, Dr Ibrahim Shukri. caranya mengadakan doa' pada qunut adalah sama. tetapi tidak sepanjang seperti yang dibawa pada malam itu.Ini merupakan suatu perkara yang agak janggal bagi orang2 yang masih belum biasa dengan cara demikian.kasihan kepada orang2 tua dan orang2 yang sakit kerana terpaksa berdiri lama mengaminkan doa' tersebut!
yang agak menarik hati makmun pada malam itu ialah sikap imam yang terlalu suka menangis ketika membaca ayat2 Al-Qur'an dalam solat. jelas kedengaran sebaknya, bahkan adakalanya terhenti seketika untuk menenangkan dirinya. sebaknya bukan sahaja pada ayat2 yang sunat, tetapi pada bacaan Al-Fatihah juga sering menangis. begitu juga ketika berdoa'.
sebenarnya di Surau tersebut terdapat ramai orang Arab yang sama2 berjamaah di sana. Apabila selesai solat, seorang arab memperkatakan kepada kawannya berkenaan imam tadi yang kurang betul dan caranya yang dia kurang setuju. walaupun dia bercakap dengan bahasa arab, tetapi aku dapat menangkap maksud percakapan mereka tersebut.
