kenangan di Penjara Kajang 2
Hukuman sebat adalah salah satu hukuman yang amat menyakitkan. Ianya digubal dalam undang2 Malaysia dengan tujuan supaya pesalah2 yang melakukan kesalahan serik dan tidak lagi berani malakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan. Sebahagian daripada banduan lebih rela menukarkan hukuman satu rotan kepada penjara empat bulan, lantaran tidak sanggup menahan azab sebatan. Ini kerana sebatan tersebut akan mengakibatkan luka luar dan dalam. Ianya mengambil masa lebih daripada sebulan lebih untuk sembuh keseluruhan. Parutnya akan kekal selama-lamanya. Kesakitannya dikatakan amat sakit, berdenyut2 ke seluruh tubuh. Di malam hari pesalah terpaksa tidur dalam keadaan meniarap untuk mengelakkan daripada kesakitan. Keadaan yang paling menyakitkan adalah ketika mahu membuang air besar!
Pesalah yang akan disebat akan dibuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mempastikan pesalah tersbut berkeadaan sihat dan tidak memberi kesan sampingan yang diakibatkan oleh penyakit lain apabila hukuman sebat dilaksanakan. Pesalah wanita dan lelaki yang berumur lebih daripada 5o tahun juga tidak akan disebat, khuatiri daya tahan tubuh mereka yang lemah tidak mampu menahan kesan sebatan tersebut.
Tukang sebat terdiri daripada kakitangan penjara yang telah dipilih melalui temuduga khas untuk melayakkan mereka menjadi tukang sebat yang bertauliah. Dalam proses pemilihan tukang sebat, setiap calon mesti menunjukkan aksi sebatannya yang paling kuat. Calon yang memiliki antara sebatan yang terkuat atau 'power' akan dipilih. Ini kerana tukang sebat mesti tidak ada perasaan kasihan ketika menyebat pesalah. Dia akan menyebat sekuat mungkin supaya pesalah merasai kesakitan daripada sebatannya yang paling kuat!
Tahun 2002, upah yang diperolehi oleh seorang tukang sebat ialah RM3.00 bagi sekali sebatan. Dipercayai upah telah ditambah sehingga RM5.00 sekali sebatan. Ini bermakna sekiranya seorang kena lima sebatan, makan dia akan mendapat RM5.00. Bayangkan sekiranya sekali sessi sebatan melibatkan 20 orang pesalah, berapakah bayaran yang diterima hasil daripada menyebat orang.
Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.
Tukang sebat akan memakai pakaian yang bersesuaian ketika pelaksanaan hukuman. Selalunya memakai baju T lengan pendek, memakai seluar unifom penjara dan berkasut sukan. Terdapat juga penutup mulut dan hidung disediakan untuk dipakai, tatapi adakalanya tidak dipakai. Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai2 saiz. Ada rotan yang akan direndam dengan air klorok terlebih dahulu bagi menyebat pesalah yang mempunyai penyakit HIV. Ini bertujuan sebagai langkah keselamatan dan supaya virus HIV akan mati.
Seorang pegawai kesihatan akan berdiri berdekatan untuk mempastikan tahap kesihatan pesalah tersebut semasa pelaksanaan tersebut dijalankan. Sekiranya seorang pesalah yang akan dikenakan 5 sebatan pada hari tersebut, telah disebat dua kali dan menunjukkkan tanda2 yang membahayakan, maka dia berkuasa menyuruh supaya dihentikan dan baki hukuman akan disambung pada hari yang lain. Bakinya sebatannya akan dilakukan pada suatu hari apabila luka sebatannya sudah sembuh. Sekiranya pesalah tersebut mempunyai daya tahan dan mampu menahan kesakitan, makan pelaksanaan hukuman sebat akan diteruskan sehingga sehingga habis.
Kejadian pesalah meraung, terkencing dan kadang2 terberak adalah perkara biasa berlaku ketika sebatan dijalankan. Selalunya apabila seseorang pesalah selesai disebat dan dibuka ikatan kaki dan tangannya, dua orang banduan lain akan akan datang memapah membawa ke bilik rawatan untuk disapu ubat. Ada juga kes pesalah yang disebat 10 sebatan tetapi kekuatan mentalnya membuatkannya berlagak biasa.
Teknik menyebat bergantung kepada kemahiran dan keselesaan tukang sendiri. selalunya tukang sebat akan berdiri dalam keadaan sedikit mengangkang memasang kuda kuda dan menarik nafas dan mengangkat rotas setinggi mungkin. bersamaan dengan hayunan sebatan dilepaskan, dia melepaskan nafas supaya sebatan menjadi sekuat mungkin. setengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. setengah yang lain menyebat dengan cara sentap. dikatakan sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar!
Terdapat juga pesalah yang mempunyai ilmu mistik dalam usaha mengelakkan daripada kesakitan akibat disebat. Apabila sebatan dilepaskan, rotan tersebut yang sepatutnya terkena punggung pesalah seolah2 terkena angin. begitulah yang terjadi bagi pukulan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Keadaan ini membuatkan tidak akan ada kesan sebatan di punggung pesalah tersebut. Walau pun keadaan ini terjadi, palaksanaan hukuman telah dilaksanakan dan tidak akan dibuat kali kedua, walaupun sebatan hanya mengenai angin sebelumnya!
kadang2 kami kakitangan penjara sambil minum2 bersembang berkaitan hukuman sebatan yang dilaksanakan dipenjara2 malaysia kurang menepati dengan hukuman rotan yang terdapat dalam hukum Islam. perbezaan yang paling ketara adalah cara sebatan yang dilakukan, iaitu menyebat dengan sekuat hati mengikut undang2 malaysia, manakala bagi undang2 Islam keadaan tidak diangkat habis. dengan agakan sekiranya sebuah buku diletakkan dibawah ketiak, apabila tangan diangkat untuk menyebat, maka buku itu tidak terjatuh. dijangka sebatan tersebut kurang menyakitkan berbanding dengan hukuman sekarang.
dalam islam pelaksanaan hukuman rotan lebih kepada mendidik orang ang disebat. disamping itu ia juga berkait dengan kesalahan dosa yang dilakukan oleh pesalah tersebut. dikatakan hukuman sebat perlu dipertontonkan kepada orang awam supaya mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut. contoh yang dikenakan hukuman sebat adalah kesalahan zina dan minum arak.
Terdapat juga cadangan daripada sesetengah pihak supaya hukuman rotan dipertontonkan kepada orang awam. Ianya bertujuan supaya orang awam melihat sendiri hukuman tersebut dan akan menakutkan orang yang ada keinginan untuk membuat kesalahan. Ini memandangkan situasi sekarang di malaysia yang kadar jenayahnya semakin banyak setiap hari seolah2 seperti tiada jalan penyelesaiannya. namun begitu cadangan sebegini dibantah keras oleh setengah ngo lain yang beranggapan sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang.
Tukang sebat yang ditugaskan menyebat banduan sebenarnya amat bersedia sekiranya ditugaskan untuk menyebat di khalayak ramai. namun begitu mereka mahukan supaya dipakai sarung kepala supaya tidak dikenali oleh ramai. ini kerana dikhuatiri saudara mara atau kawan2 yang disebat akan menaruh dendam dan akan membalasnya bila ada kesempatan disebabkan rasa kasihan kepada pesalah yang disebat dan perasaan geram kepada tukang sebat!
Kini kerajaan Malaysia menggubal undang2 yang lebih luas terhadap hukuman sebatan rotan kepada pesalah2. Jika dahulu hukuman rotan lebih banyak dikenakan kepada pesalah2 jenayah seksual, tetapi sekarang pendatang tanpa izin (PTI) juga akan dikenakan hukuman dua sebatan. Sebahagian NGO membantah perlaksanaan hukuman tersebut kerana dianggap kejam. Ini kerana sebahagian PTI hanya datang untuk mencari rezeki dan bukan melakukan jenayah2 yang boleh menganggu ketenteraman awam. Pihak Penjara terpaksa melaksanakan hukuman tersebut kerana ainya adalah arahan yang datang daripada pihak atasan!
pihak penjara akhir2 ini semakin berusaha mendekatkan diri dengan masyarakat dengan menyertai pameran2 di ekspo2 dan tempat2 yang dikunjungi ramai orang. pihak sekolah dan universiti2 tempatan kerap menjemput pihak penjara untuk melakukan pameran dan ceramah. kalau di awal penyertaan pihak penjara pasti akan membuat demo sebatan. pihak penjara akan membawa 2-3 orang tukang sebat, patung demo dan rotan yang digunakan untuk menyebat. selalunya orang awam yang melihat aksi sebatan tersebut akan terdiam dan terkejut melihat betapa kuatnya sebatan yang dibuat. mereka seolah2 dapat membayangkan betapa sakitnya akibat hukuman sebatan tersebut.
pernah sekali pihak penjara dijemput ke sebuah sekolah yang mana muridnya terkenal dengan kenakalan yang sukar untuk kawal. apabila tukang sebat yang berbadan besar bangun, berjalan kearah patung dengan memek muka yang bengis (mungkin menakutkan budak sekolah, tapi bagi orang penjara adalah biasa) seterusnya menghayun rotannya sekuat hati ke arah patung, terus terdiam semua pelajar sekolah. seolah2 terkejut dengan bunyi yang kuat dan menakutkan kesan daripada pukulan tersebut. seorang guru berkata kepada pegawai penjara 'sebelum ni bermacam2 agensi seperti polis diraja malaysia, bomba dan lain2 kami panggil untuk menarik perhatian murid2 sekolah, tetapi murid2 seolah2 tidak hairan dan tidak takut. tetapi apa bila melihat demo rotan, terus mereka semua terdiam. ini adalah rekod. moga2 ini lebih mendisiplinkan pelajar2 supaya lebih berdisiplin dan tidak melanggar peraturan sekolah'.
tetapi kini demo sebat tidak lagi dibenarkan dilakukan apabila membuat pameran di luar tembok penjara. ini kerana ada rungutan dan aduan yang diterima daripada individu dan setengah pertubuhan yang berpendapat tidak sesuai ditunjukkan kepada umum. mereka berpendapat seolah2 malaysia adalah negara yang barbarian dan ganas. mereka juga khuatir menjadi ikutan kepada anak2 muda untuk melakukan perbuatan sebat seperti yang dilihat. oleh itu, apabila pihak penjara membuat pameran hanyalah sekadar menunjukkan gambar kesan sebatan, cd sebatan, rotan, di samping kasil2 kraf yang diusahakan oleh banduan.
suatu masa dahulu sedikit heboh bila mana cina penjual cd menjual cd yang mengandungi aksi menyebat di penjara. tidah dipastikan aksi sebatan tersebut dilakukan di penjara mana. walau pun begitu, keadaan dan cara sebatan tersebut memang betul2 dilakukan ketika hukuman dilakukan. di sini timbul persoalan bagaimana pelaksanaan hukuman sebat tersebut dapat dirakam. ini kerana rakaman ketika tersebut adalah dilarang. kemungkinan besar ada seseorang di kalangan kakitangan penjara membawa kamera sulit dan merakam aksi sebatan tersebut.
kamera tersebut pastinya canggih sehinggakan tidak seorang pun kakitangan penjara yang dapat mengesan bila dia merakam aksi tersebut. sebelum ini pun pernah beberapa kali pihak polis yang menyamar sebagai pesalah/banduan merakam penyeludupan dadah dalam penjara kajang oleh pegawai penjara sendiri. kaedah pengintipan yang menggunakan teknologi moden sebegini bertujuan untuk melihat salahlaku jenayah oleh pegawai bertugas. akan tetapi sekiranya pengintipan begini dengan tujuan untuk mengaut keuntungan tidak sepatutnya dilakukan dan ia merupakan satu kesalahan.
apapun pihak penjara mesti mengikuti arahan yang datang dari pihak atasan. mungkin setengah orang berpendapat ianya bagus. akan tetapi ada juga yang tidak menyukainya. apabila mesyuarat diputuskan supaya demo sebat tidak perlu lagi dibuat, maka ianya mesti dilaksanakan.


