kenangan berbuka puasa
Bebuka puasa beramai2 adalah amat berbeza berbuka puasa seorang diri. ketika aku masih bujang dan bekerja dengan Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Selangor, aku selalunya selepas habis waktu kerja akan berjalan melilau di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Apabila dirasakan sudah hampir waktu berbuka, maka aku akan mengatur langkah untuk berbuka puasa di Masjid Negara.
Soronok dan cukup senang berbuka puasa di Masjid Negara. Dapat berbuka puasa beramai2 tanpa mengeluarkan duit sesen pun. Selalunya terdapat di sekitar 50 orang lebih yang berbuka puasa tiap-tiap hari di situ.Terdapat 3-4 biji kurma, seketul kuih pemanis mulut, dan sebungkus nasi berlauk dalam polisterin, di samping air segelas.
Selalunya aku berbuka puasa di Masjid Negara, kemudiannya solat maghrib berjamaah. selepas itu aku akan melilau sekejap sebelum solat Isya' dan terus bertarawih di Masjid Jame'. Apabila sudah habis, maka barulah aku mencari bas untuk pulang ke rumah.Di Kuala Lumpur jam 9.00 malam masih awal dan sibuk. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Di samping Masjid Negara, pernah juga aku pergi berbuka puasa di Masjid Jame' di Jalan Tun Perak. namun begitu, aku tidak begitu menggemari berbuka puasa di Masjid Jame' kerana terlalu ramai orang, beratus berbaris mehu mandapatkan bubur lambuk yang diberikan secara percuma. Layanan dan tutur bicara kakitangan Masjid Jame' juga tidak menyenangkan, seolah-olah orang yang datang untuk berbuka puasa di situ menyusahkan mereka!
Pernah juga beberapa kali aku berbuka puasa dengan air liur dalam bas gara-gara nak balik cepat berbuka puasa di rumah. Namun kesudahannya terpaksa berbuka puasa dalam bas keraja jalam terlalu sesak dan lambat sampai ke rumah.
Ketika aku bertugas di Kajang, aku menyewa rumah dengan kawan2. Berbuka puasa dengan 2-3 orang kawan serumah. Namun begitu kadang2 aku berbuka puasa seorang diri bila kawan2 aku bekerja. Pernah juga aku berbuka puasa dalam kereta sorang2. Sesekali aku juga berbuka puasa di Masjid Jame' Pekan Kajang.
ketika aku bertugas di sabah, terdapat 2-3 perkara yang melucukan berlaku ketika mahu berbuka puasa. Sekali peristiwa aku bersama Ustaz Agus dari Tawau, Kak Puad dari Kota Belud dan Liana dari Pitas mahu berbuka puasa di Esplanade Sidek, kononnya mahukan mendapatkan kelainan dengan berbuka puasa di luar beramai2.Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Ketika kami sampai, datang seorang pekerja mahu mendapatkan pesanan. Maka kami pon saling memesan. Untuk memudahkan cepat masak, kami meminta masakan sama, iaitu nasi goreng Seafood. Tetapi melihat kepada keadaan fizikal dan mental pekerja tersebut, kami agak sangsi dia dapat mengingati pesanan kami. Ini ditambah pula dengan tidak mahu menulis apa yang dipesan. 2-3 kali kami bertanya adakah dia mengingati apa yang kami pesan. Dia cakap faham dan ingat.
Kami menunggu sungguh lama sehinggalah azan berkumandang. yang datang hanyalah air. Aku pun terus mengisyaratkan kepada tuan kedai berkenaan pesanan yang tidak sampai2. Apabila dia tanya kepada pekerja yang mengambil pesanan tadi, pekerja tadi menyatakan tidak ingat, serta mesra dimarahnya depan2 pelanggan..
Sekali peristiwa kami dari Kudat mengadakan jamuan berbuka puasa dengan orang kampung di sebuah Masjid di Kota Marudu. Majlis berjalan lancar dengan acara2 yang dirancang, daripada berbuka puasa, Solat Maghrib berjamaan, kuliah maghrib, sehinggalah tarawih dan moreh. Ketika moreh, ada seorang bercakap Bahasa Bajau kepada kawannya, menyuruh menghulurkan kuih ubi kepada kami, kawannya menyatakan 'dorang tu bukan pandai makan' juga dalam bahasa bajau. tetapi kawannya tetap juga menyuruh supaya memberikan kuih tersebut. Kemudian dia pun terus menghulurkan kuih tersebut!
Kami mengambil dan terus memakan kuih tersebut. Orang tadi terus bercakap pada kawannya ' ha, kan aku diah cakap, dorang pandai makan'. Yang lawaknya, seorang rombangan kami, Sabli, adalan Bajau Tuaran. Dari awal lagi dia memahami percakapan tadi, cuma mendiamkan diri nak tahu reaksi seterusnya. Seterusnya Sabli selepas memakan kuih tersebut berkata dalam bahasa Bajau ' sedap kuih ni'. Apa lagi tercengang malu mereka yang bercakap tadi!!! lawak2....
