PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Sep 13, 2007 at 06:16 o\clock

Gempa bumi kecil di Putrajaya

by: zaris   Keywords: Gampa, bumi, di, Putrajaya

Seawal jam 8.15 pagi, ketika kakitangan kerajaan mahu memulakan kerja di Parcel D dan pancel C, tiba-tiba berlaku gegaran kecil yang lebih dirasai di tingkat yang lebih atas. Bilik ruang pejabat di tingkat 7 menyaksikan bangunan sedikit berayun, pokok buanga plastik hiasan bergerak berayun-ayun seolah-olah ditiup angin. Beberapa barang yang berada di atas meja bergetar.

Ramai yang beranggapan ianya adalah kesan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia malam sebelumnya. Gegaran tersebut turut dirasai di Kuala Lumpur, Malaysia dan di Thailand. Kerosakan yang berlaku di Indinesia agak besar dan dikhuatiri kejadian yang sama akan berlaku di Malaysia.