Kutukan bukan Melayu kepada Melayu (Bumiputra)
Adakah orang-orang Melayu Malaysia dan lain-lain bumiputra menyedari apakah yang sering diperkatakan oleh segelintir lain-lain bangsa ketika bersembang sesama mereka? Mereka sering mengutuk dalam bahasa yang dirasakan tidak difahami oleh orang-orang Melayu. Sedangkan apabila berhadapan memuji dan menepuk bahu. Begitu mudah melayu ditipu dan tertipu.
Aku sering beberapa kali terdengar kata-kata yang menyakitkan hati. Kawan-kawanku yang faham bahasa asing juga seringkali mendengarnya. Kadang-kadang kata-kata tersebut cukup menghina dan tak sepatutnya dikeluarkan. Tetapi itulah hakikatnya yang terbuku di hati mereka, dan apabila tak tertahan akan dihamburkan.
Ada sekali aku berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang cukup sibuk. Secara tiba-tiba lebih kurang tiga depa di depanku seorang perempuan meraung bertempik. Serentak dengan itu sebuah motosikal dipulas minyak dan berdesup lari dicelah-celah kereta yang banyak. Rupa-rupanya kes ragut yang melibatkan dua pemuda Melayu bermotosikal. Mangsanya juga seorang gadis melayu. Menangis teresak-esak tak tahu apa mahu dibuat.
Kebetulan seorang wanita Cina pertengahan umur terus menghamburkan kata-kata kesat " Celaka punya Melayu, dasar pemalas, orang lain kerja nak mampus dia senang-senang ragut, tak nak bekerja, tahu hisap dadah saja...." itu dalam bahasa Melayu. Entah apa lagi dalam bahasa Cina.
Terkedu aku mendengar kata-kata tersebut. Serba salah memikirkan kata-katanya tersebut. Perasaan bercampur baur, kesal, marah, malu dan kecewa.
Seorang kawanku di Kudat, Sabah. Dia berbangsa Melayu Brunei, pernah bersekolah Cina dan tahu sedikit sebanyak bahasa Cina. Sekali mahu menaiki feri ke sebuah pulau, tiba-tiba seorang berbangsa Cina merungut dalam bahasa Cina " Busuk betul air kat sini, ni tentu kencing Melayu ni, teruk betul busuknya...."
Kawanku yang bertudung terus menjawab dalam bahasa Cina, membalas kata-kata tersebut dengan ucapan yang agak pedas. Terkejut Cina tersebut dan tidak menyangka orang bertudung pun tahu bahasa Cina.
Kerap kali orang-orang berbangsa India menyatakan " barang perempuan Melayu sedap dan senang didapati, cukup mudah dengan hanya perlu bersikap 'gentle'. " Demikian juga kata-kata orang-orang asing seperti Bangla, Nepal dan lain-lain. Sekiranya berwajah kacak dan sasa maka legi senang mencari peluang meratah gadis Melayu.
Gadis dan perempuan asing sering mengutuk gadis Melayu yang kononnya sopan dan kuat beragama, memakai tudung dan menjauhi pergaulan bebas dengan alasan 'haram', hakikatnya amat suka beromen,menganggap menontoh video lucah adalah kebiasaan dan mudah melakukan hubungan seks sekiranya ada peluang. Mereka hipokrit kononnya pakainyanya yang bertudung menunjukkan mereka itu baik.
Ramai orang asing menyatakan " orang Melayu adalah pemalas, tidak berani mencuba, penakut berniaga walaupun kerajaan sudah memberikan berbagai-bagai kemudahan. Ramai yang suka mengambil jalan singkat untuk kaya seperti menjual kontrak kepad orang Cina. kalau meniaga suka menipu tapi tak pandai menipu dan tak tahu menjaga pelanggan" Agaknya ini kenyataan yang betul sekiranya dilihat kepada situasi semasa.
Berkaitan dengan pelajar di Universiti dan Kolej, orang asing menyatakan pelajar-pelajar Melayu sebagai " pemalas, asyik bercinta dan cuma mengharapkan wang bantuan kerajaan untuk berjaya, sedangkan keputusannya teruk"
Pemimpin Melayu dahulu dikatakan cukup bodoh dan tidak berpandangan jauh kerana memberikan 'Singapura' menjadi negara berasingan, sedangkan negara dan bangsa lain di dunia sanggup berperang mempertahankan wilayahnya. Semenanjung Tanah Melayu hampir jatuh ke tangan bangsa asing kerana kebodohan pemimpin Melayu.
Orang melayu terlalu menitikberatkan protokol yang remeh temah. Ketika ucapan terlalu banyak gelaran seperti Yang berbahagia Tan Sri, Tuan Haji dan lain-lain...
Banyak lagi kata-kata yang menyinggung hati Melayu dan Bumiputra. Kadang kala Melayu sendiri yang berperangai seperti kata-kata tersebut. Siapakah yang salah?
