orang asing di bumi bertuah
Tiga malam lepas apabila selesai menunaikan solat Tarawih di surau di Kajang Utama, aku sempat menegur dan bersembang dengan sorang jamaah dari Palestin. Kami bersembang dengan bahasa bercampur2, tetapi kami memahaminya. Aku cuba bersembang dengan bahasa Arab yang aku belajar 7 tahun dulu semasa belajar di KUSZA, diselang seli dengan bahasa Melayu dan Inggeris. Sungguh rancak perbualan kami.
Mungkin melihatkan keadaan aku yang agak muda, dia bertanyakanku samaada aku sudah berkahwin atau belum? dengan tersenyum aku menyatakan sudah dan dia tersenyum simpul. dia menyatakan masih belum berkahwin dan sedang mengumpul duit. aku hairan kenapa seorang yang berpendidikan tinggi dengan pendapatan yang lumayan masih belum berkahwin. dia menyatakan menjadi perkara biasa bagi bangsa arab berkahwin dalam usia agak lewat kerana perlu menyediakan perbelanjaan yang banyak untuk isteri selepas kahwin.
Rupanya dia adalah seorang pensyarah di MMU, Cyberjaya. Memang seorang Arab yang mempunyai pendidikan tinggi dan menyewa di sebuah apartmen di taman kajang utama. Apabila mengetahui dia berasal dari Palestin, terus aku bertanyakannya keadaan di sana sekarang. Apa cerita dengan bangsa Palestin yang berperang dengan Israel, bahkan sesama sendiri berbunuh-bunuhan!
Ternyata jawapan yang diberi amat menarik. Al Fatah dan Hamas, bahkan lain-lain pertubuhan tidak mengikuti Islam sebenar. Dia menyatakan Mahmud Abbas adalah seorang yang bermasalah. Sebaliknya Syeikh Ahmed Yasin adalah seorang yang cukup bagus. Dia amat dihormati disebabkan keberaniannya, kewarakannya, kepimpinannya, keilmuannya dan kebijaksanaannya. Ketika dia masih menerajui kepimpinan Hamas, lebih daripada separuh bangsa Palestin menyokong dan menyukainya. Tetapi selepas kematiannya, pemimpin yang menggantikankannya seolah2 tidak dapat menandingi kewibawaannya.
Selanjutnya pemuda Arab tersebut menyatakan seronok tinggal di Malaysia. Malaysia negara yang aman, makmur dan tiada peperangan. Semua orang bebas keluar mencari rezeki. Dia bertanyakan aku siapakah yang lebih aku sukai antara Dr Mahathir dan Abdullah Badawi. Aku cuma menjawab dengan gelak ketawa....
