salib di keningau
Aku mencuba untuk mencari kalau-kalau masih ada lagi kejadian seperti yang terjadi di Kudat beberapa hari lepas. Ini kerana aku telah mendengar daripada beberapa kawan-kawan aku bahawa sebelum ini telah berlaku kejadian yang hampir sama di keningau. Cuma yang membezakannya di keningau pokok kelapa adalah rendah dan tidak setinggi di Kudat.
Aku terjumpa dalam beberapa laman web berkaitan dengan kemunculan bayangan salib di sebuah kampung di Keningau. Terdapat banyak gambar yang disertakan untuk menjadukannya lebih menarik dan meungkin sebagai bukti bahawa ianya memang wujud. Terdapat juga ruangan untuk bersoal jawab.
http://beliahnct.blogsome.com/2007/06/10/miracle-at-keningau/
http://masboi.blogdrive.com/archive/8.html
Akan tetapi gambar yang dipaparkan tersebut hampir sama dengan yang di Kudat. Pada daun kelapa terdapat garisan yang menyerupai salib. Sekiranya diamati adalah secara kebetulan mungkin disebabkan oleh gigitan serangga semasa daun tersebut masih muda. Jadi bila membesar, maka ianya akan membentuk seperti jaluran yang selari. Bila dipadankan dengan warna pelepah muda yang keputihan, makin jelas menunjukkan berbentuk salib.
Melihat kepada gambar-gambar yang ada dalam laman web tersebut, ada beberapa keping yang menunjukkan beberapa penduduk yang memasang lilin di pangkal pokok kepala tersebut. Mungkin ini adalah kepercayaan yang terdapat pada ajaran agama mereka. Akan tetapi terdapat ramai juga yang memberi respon dengan mengatakan itu tidak boleh dijadikan bukti saintifik. ianya masih banyak boleh dipertikaikan sekiranya dikaji.
Aku juga mendapat satu lagi laman yang menunjukkan terdapat juga fenomena yang sama berlaku tidak lama dahulu di Palembang, Indonesia. Ianya juga menunjukkan pucuk kelapa yang mempunyai imej salib yang sama. Juga mengandungi beberapa gambar yang mana sekiranya diamati adalah benda biasa yang berlaku dengan semulajadi. Bukannya sesuatu yang aneh yang boleh menyokong hujah bahaya tuhan telah menunjukkan bahawa Kristian itu adalah agama yang benar!
