PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jul 22, 2007 at 06:21 o\clock

TORNADO DI KUDAT

by: zaris   Keywords: Puting, beliung, di, tanah, Kudat

Di Kudat berlaku banyak kejadian yang cukup pelik akhir-akhir ini. Antaranya adalah tornado atau puting beliung yang berlaku di Laut Kudat. Fenomena ini adalah suatu yang amat kurang, bahkan hampir dekat 20 tahun dahulu dikatakan pernah terjadi. Tetapi ketika dahulu orang ramai takut dengan kejadian ini. Mereka bertempiaran lari apabila melihat fenomena ini.

Tetapi kini dengan generasi baru yang lebih terpelajar, kejadian ini lebih merupakan sesuatu yang menarik dan mungkin boleh dipelajari di sebaliknya. Kenapa ianya berlaku adalah persoalan yang perlu difikirkan bersama.

Kejadian tersebut berlaku ketika desas desus projet pembinaan Patung Dewi Laut di tepi Masjid As Syakiriin, di tepi laut di Pekan Kudat. Projet tersebut menimbut keributan yang cukup getir kepada masyarakat Islam seluruh Kudat. Mereka menganggap tindakan mahu mendirikan patung tersebut seolah-olah mencabar kedudukan Masjid tersebut sebagai masjid utama di Kudat.

Beberapa orang yang ahli agama menyifatkan kehadiran puting beliung tersebut sebagai tanda amaran awal daripada Allah SWT berkaitan dengan situasi semasa di Kudat ketika itu. Mungkinkah Allah SWT menunjukkan supaya jangan memperlekehkan masjid sebagai rumah ibadat yang amat suci dengan membuat binaan lain yang jelas bercanggah dengan aqidah Islam?

 

Jul 20, 2007 at 10:34 o\clock

kata-kata romantis 1

by: zaris   Keywords: romantis, bersyukur, dengan, apa, yang, ada

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

 Crazy Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
 

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..



Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...


Jul 19, 2007 at 07:26 o\clock

salib di keningau

by: zaris   Keywords: bayangan, salib, di, pokok, kelapa

Aku mencuba untuk mencari kalau-kalau masih ada lagi kejadian seperti yang terjadi di Kudat beberapa hari lepas. Ini kerana aku telah mendengar daripada beberapa kawan-kawan aku bahawa sebelum ini telah berlaku kejadian yang hampir sama di keningau. Cuma yang membezakannya di keningau pokok kelapa adalah rendah dan tidak setinggi di Kudat. Happy

Aku terjumpa dalam beberapa laman web berkaitan dengan kemunculan bayangan salib di sebuah kampung di Keningau. Terdapat banyak gambar yang disertakan untuk menjadukannya lebih menarik dan meungkin sebagai bukti bahawa ianya memang wujud. Terdapat juga ruangan untuk bersoal jawab.

http://beliahnct.blogsome.com/2007/06/10/miracle-at-keningau/

http://masboi.blogdrive.com/archive/8.html

Akan tetapi gambar yang dipaparkan tersebut hampir sama dengan yang di Kudat. Pada daun kelapa terdapat garisan yang menyerupai salib. Sekiranya diamati adalah secara kebetulan mungkin disebabkan oleh gigitan serangga semasa daun tersebut masih muda. Jadi bila membesar, maka ianya akan membentuk seperti jaluran yang selari. Bila dipadankan dengan warna pelepah muda yang keputihan, makin jelas menunjukkan berbentuk salib.

Melihat kepada gambar-gambar yang ada dalam laman web tersebut, ada beberapa keping yang menunjukkan beberapa penduduk yang memasang lilin di pangkal pokok kepala tersebut. Mungkin ini adalah kepercayaan yang terdapat pada ajaran agama mereka. Akan tetapi terdapat ramai juga yang memberi respon dengan mengatakan itu tidak boleh dijadikan bukti saintifik. ianya masih banyak boleh dipertikaikan sekiranya dikaji.

Aku juga mendapat satu lagi laman yang menunjukkan terdapat juga fenomena yang sama berlaku tidak lama dahulu di Palembang, Indonesia. Ianya juga menunjukkan pucuk kelapa yang mempunyai imej salib yang sama. Juga mengandungi beberapa gambar yang mana sekiranya diamati adalah benda biasa yang berlaku dengan semulajadi. Bukannya sesuatu yang aneh yang boleh menyokong hujah bahaya tuhan telah menunjukkan bahawa Kristian itu adalah agama yang benar!

Jul 19, 2007 at 03:10 o\clock

salib 'cross' di puncak pokok kelapa

by: zaris   Keywords: salib

Selama hampir satu minggu seluruh daerah Kudat bising dengan kemunculan cahaya salib di puncak pokok kelapa. Ada yang menyatakan bayangan Virgin Mary sedang mendukung Jesus. Ada juga yang menyatakan melihat seperti bayangan mayat yang berbungkus kain kapan seperti hantu pocong

 

Untuk mempastikan adakah ianya cerita benar atau yang diada-adakan, petang pada 15 Jun 2007 aku bersama-sama Muamar pergi ke tempat tersebut. Berpuluh-puluh buah kereta diletakkan di tepi jalan berdekatan dengan lokasi tempat kejadian tersebut. Cukup susah hendak mencari ruang untuk meletak kereta. Tetapi mujurlah secara kebetulan sebuah kereta keluar. Terus aku membelok dan mengambil tempat tersebut.

  

Dari dalam kereta lagi aku melihat puncak kelapa tersebut. Tiada apa-apa keanehan yang kelihatan. Aku bertanyakan Muamar sama ada dia ada melihat apa-apa. Ternyata dia pun tidak dapat melihat apa-apa yang pelik. Ketika mahu membelok dan meletakkan kereta, kami disapa oleh seorang pekerja pembersihan PLD yang kebetulan berada di tempat tersebut. Dengan mesra dia mengajak untuk sama-sama melihat kejadian aneh tersebut.

 

Untuk mempastikan sama ada terdapat sudut tertentu yang mungkin dapat melihat objek tersebut, kami mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. Berdiri di luar kereta pemandangan lebih terang dan terbuka. Kelihatan pokok kelapa yang berketinggian lebih kurang 20 kaki dari tanah. Di puncak pokok kelapa tersebutlah kononnya terdapat bayangan tersebut. Berdekatan dengan pokok kelapa tersebut adalah kawasan sawah.

 

Ketika aku dan Muamar mendongak melihat puncak kelapa tersebut, tiba-tiba pekerja pembersihan tadi menyapa dari belakang. Kelihatannya cukup bersemangat dengan membawa teropong dan sekeping gambar yang kononnya telah dirakam kelmarin. Katanya dia membeli gambar tersebut dari sebuah kedai gambar di Pekan Kudat.

 

Pada gambar tersebut terdapat bayangan samat-samar salib di puncak pokok kelapa. Ia telah di menggunakan jarak dekat (zoom). Aku lantas meminta teropong tersebut untuk mengetahui sama ada adakan dapat dilihat dari jarak yang lebih dekat. Ternyata tidak ada apa-apa yang kelihatan, melainkan daun kelapa yang sesekali ditiup angin lembut.

Beberapa lelaki yang berdekatan di situ juga meminjam teropong tersebut. Tetapi ternyata mereka juga tidak melihat apa-apa. Sad

 

Kemudiannya aku menyapa seorang gadis Rungus, bertanyakan dimanakah tempat yang dapat melihat objek tersebut. Dia menyatakan di berdekatan dengan sebuah pondok di pinggir sawah. Kelihatan begitu ramai orang di sana, mungkin dapat dilihat dari arah sana. Tanpa berlengah kami terus menuju ke tempat tersebut.

 

Rupa-rupanya keadaannya sama sahaja. Tidak kelihatan apa-apa objek aneh seperti yang dicakapkan oleh gadis tadi. Aku beberapa kali meminjam kamera digital telefon bimbit orang-orang di sebelah menyebelah, namun ternyata tiada apa-apa yang kelihatan. Tetapi sesuatu yang agak aneh ialah pada telefon bimbit seorang remaja lelaki yang dirakam jelas terdapat imej salib. Dengan bangga menunjukkan pada aku kecanggihan bimbit jenis nokianya. Beberapa telefom bimbit jenis nokia juga dapat merakam bayangan salib tersebut. Tetapi jenis lain langsung tidak kelihatan.

 

Kami yang masih belum berpuas hati terus berjalan menuju kearas pokok kelapa tersebut. Sesekali kami berhenti dan mendongak untuk melihat dengan lebih jelas. Kami terus berjalan sampai ke pangkal pokok kelapa. Kami mendongak untuk melihat apa-apa yang pelik, tetapi ternyata tidak ada.

 

Kerana jam sudah menunjukkan jam 6.30 petang dan sudah masuk waktu maghrib, kami mengambil keputusan untuk menuju ke kereta dan pelang untuk solat Maghrib. Aku berpendapat tidak ada gunanya menghabiskan masa tanpa solat Maghrib. Langsung tak berbaloi berasak-asak dengan orang Kristian yang fanatik agamanya semata-semata untuk melihat sesuatu yang kurang jelas.