~~i'm all alone in my own world~~

Sep 8, 2006 at 04:33 o\clock

anak sendiri

by: suci   Keywords: anak

Mood: konfius

 

sejak akhir2 nih aku sering bergado (i mean tak sependapat) dgn Naya. da berapa kali aku cakap kat Naya, aku tanak anak sendiri..tapi dia berkeras gak..hmm ni semua bermula selepas aku tgk satu video..

video ibu bersalin..tu lah..gatal sangat nak tengok buat apa..kan dah fobia..hehe bukan apa, aku ngeri tgk keadaan ibu bersalin tu. dalam bilik pembedahan tu..aku nampak dr. tu potong perut dia smpi memancut darah merah pekat n air keluar..sbb tgk benda ni jugak la yang huat aku migrai, dizzy, pening n rasa loya tekak..tp, yg heran tu..dalam dizzy2 tuh, ati nih nak gak tgk video tu sampai abis..hehehe curik2 tengok di celah2 jarik jer tuh..kejap pejam mata kejap bukak mata

bukan aku tak bersyukur dgn rezeki Allah..tp, takut la nak alami situasi tu. aku hairan, macam mana la ibu2 kita nih bersalin?aku nih penakot bukan main..ye lah sedangkan nak bermalam pertama pon aku takut..inikan nak keluarkan anak dari laluan yang sangat kecil itu..Masya Allah sungguh besar kuasa Allah.

hmm..yang pasti..aku amat gusar kini..kalau tak turuti kata suami..alahai Naya. semalam, waktu makan, aku bersidang lagi dgn Naya hal yang sama. siap aku ulang semula pendirianku dan tak lupa juga aku benarkan Naya untuk kahwen lagi satu..tapi, Naya senyum je..alaa perli la tu. Naya kata..takpelah, kita tunggu. nanti siapa yang mintak nak anak sendiri..(aik macam amaran je Naya ni) hmm..takpelah, kita tunggu je...kalau da rejeki..ngak bisa ditolak ya? ;p

 foto nih, aku sedut dari saifulnang.fotopages..photographer yang aku kagumi

baby

dalam aku tanak anak tu..aku boleh pulak merancang nama baby dgn Naya. heheh lawakla aku ni..aku dah plan nak letak nama anak ape..tp, tugas aku untuk anak lelaki, Naya pulak anak perempuan..tp sampai sekarang Naya tak keluar lagi nama anak2 dia lagi..nama yang dah kami setuju ialah:-

 Luq Al-Hakim, Luqman Al-Hafizi, Luqman Al-Hafiz, Luqman Al-Haris

sedap nama anak2 aku tu kan? Happy tapi nak letak kat sape ek kalo aku pon tanak anak..hm..smalam da cakap kat Naya amik anak agkt..bulah di tanak..dia kata tak sama anak agkt dgn zuriat sendiri. uhuhu..ke bley letak kat anak agkt?ke mintak kat madu aku tu nanti, nama anak2 dia letak nama2 yg aku pilih ni..hmm rasa macam tu bagus..tapi, kalau dia taknak macamana ek?


Comment this entry


Captcha

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.