~~i'm all alone in my own world~~

Sep 9, 2006 at 15:54 o\clock

Youtube dan Cantik...cantik ke?

by: suci

Mood: kenyang
Listening to: losing grip by avril lavigne

YOUTUBE ni actually dah popular di kalangan warga dunia nih. perkhidmatan yg ditawarkan boleh tahan la..dia bagi option untuk pelayar2 internet sesaper yang nak kongsi video dan tgk rakaman apa2 dgn beri kebenaran upload video tuh dgn syarat mestilah jadik ahli dan benda yang nak diupload tu pulak tak boleh lebih dari 5 minit dan juga kapasitinya kurang daripada 10000 megabite.

hmm..memula aku kenal benda nih sebab aku guna friendster. pehtu, aku baru tau benda tu boleh diguna untuk banyak benda lain lagi selain drpd hiburan semata.contohnya, boleh tau aper yg berlaku masa Malaysia merdeka dulu tuh...huuu siap bervideo lagi.cayalah..sesaper adek atau anak2 yang nak wat kejer sejarah bolehlah rujuk kat situ.

tapi ader gak kelemahan youtube nih..kengkadang buleh buat kita leka dan lalai. contohnyer, malam tadi aku buleh tak tido semata2 nak abehkan tgk America Next Top Model. pehtu, abehkan lagi masa dengan tengok Janice Dickinson Modelling Agency. haa.....saper nak jawab?jawab sendiri la ek. dah tu nak wat cemana, aku nih mmg minat sgt2 dgn bidang modelling. aduhai..bukan nak tunjuk kita cantik, tp aku suka tgk keindahan dan kecantikan seorang pompuan. kengkadang, sekadar yang kat tepi jalan tu je dikutip2 jadik model n at last jadiklah tersohor.


huu..penuh emosi aku.aku bukan aper..dulu2 maser sekolah aku ingat lagi..aku nih org kisah tak kisah jer. yang diorang (cecikgu & students) care sgt ialah pasal bebudak yang cantik. aduhai..aku nih tak lah cantik mana (bak kata jujur Naya, org takdelah nak tgk 2 ato 3 kali)..

bayangkanlah siapa tak sedih, dulu sekolah aku dalam batch Alhamdulillah yang terpandai. asyik conquer no.1 ranking kelas n batch jer..tp, org tak hirau. yg diorang kisah eh, budak mana tu yang cantik. budak mana yang pandai nyanyi tu. budak mana yang kuat lari tu...aku? aku pon boleh berlakon, tapi tak mendapat tempat, takder rupa kot...aku tak kisah sgt la tu..tp, aku pon hebat dalam berdebat..tp, yang diamik org yg cantik. dalam persatuan, aku pon boleh memimpin, tp yang diamik, org canti gaks. aku bosan dgn cikgu cikgi yang penoh kepura2an tu.

and then, aku harap sangat nanti interview kerja tak dilihat pada paras rupa semata2. tgklah achievement2 aku. aduhai..sedihnya berada dalam bangsa yang begini ghopenyer..

Sep 9, 2006 at 14:12 o\clock

my cengkerang

by: suci

Mood: biasa biasa
Listening to: dambaan pilu by khai

dah beberapa hari aku terperuk kat dalam bilik aku yang kecil nih.enggan keluar bilik. aku pon taktau kenapa, sejak akhir2 nih aku prefer untuk bersendirian dalam bilek berbanding kelua. kalo boleh, makan pon nak kat dalam bilik. tp, sebab Naya ni la yang buat aku akhirnya terpaksa keluar dari cengkerangku yang indah ni :)

dalam bilik ni, takder aper sgt yang aku buat..cuma, bgn pagi, gosok gigi, mandi, tgk blog aku yg baru nak idup nih, tgk e-paper (hahaha takyah kuar gi beli paper lagi), dgr lagu, jenguk2 draf PSM, tgk youtube sampai naik gile dan tido balik. itu jer, bila lapar makan, tp, slalunya mesti lupa nak minum..

hmm..best, semalam tgk youtube..sampai lebam2, nanti aku tulis lagi ape yg aku tgk dr youtube..dan tak lupa juga berita sensasi mengenai Carolyn Kepcher..siapa dia?nantilah..nak pegi makan dulu dgn Naya.. 

Sep 8, 2006 at 12:05 o\clock

aduhai wanita...

by: suci   Keywords: pahala, wanita, berkahwin

Mood: happy
Listening to: demi waktu by ungu

heee...dalam aku tgh wat PSM ni, tiba2 teringat satu artikel yang menulis mengenai kekurangan bagi wanita yang enggan berkahwin..tapi kenapa aku nak letak kat sini ek??aku mmg ingin kawen, tp salah satu ciri2 tuh, aku takder..pahala mempunyai anak sendiri..aduhai..nak kena pk balik nih..

 sumber mana ek benda nih..yang penting ilmu yang ingin disampaikan...

"hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami
maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami."

wassalam

 

alahai..kena pk balik nih..anak itu penting.harta aku bila mati nanti.amanah Allah tu...Ya Allah bantulah hambaMu ini..

Sep 8, 2006 at 09:55 o\clock

permulaan yang baik

by: suci

Mood: blur
Listening to: demi waktu

hmm..at last terjumpa gaks weblog yg best.

ive been searching high and low to view which weblog gives the best deal to the users..n i found this one. aku raser weblog nih originally not from US o UK..mb fro german. i think few words yg digunakan ialah bahasa jerman..hahah selamba badak je bagi opinion sendiri. alah bialah..nak cakap aper..org lain takyah kesah..Happy

weblog ini akan ku jadikan seperti diari aku. yg akan menghiasi idupku..aku nak letak lirik lagu ke..upload lagu ke..hee up to me.nak kritik ke ape ke..up to me gaks..tis is my weblog. aku hnya ada satu ruang yg kecil ni jer utk aku jadikan sandaran..hehe..

 oklah..tak saba nak setat nih..lets go suci..Happy

Sep 8, 2006 at 04:33 o\clock

anak sendiri

by: suci   Keywords: anak

Mood: konfius

 

sejak akhir2 nih aku sering bergado (i mean tak sependapat) dgn Naya. da berapa kali aku cakap kat Naya, aku tanak anak sendiri..tapi dia berkeras gak..hmm ni semua bermula selepas aku tgk satu video..

video ibu bersalin..tu lah..gatal sangat nak tengok buat apa..kan dah fobia..hehe bukan apa, aku ngeri tgk keadaan ibu bersalin tu. dalam bilik pembedahan tu..aku nampak dr. tu potong perut dia smpi memancut darah merah pekat n air keluar..sbb tgk benda ni jugak la yang huat aku migrai, dizzy, pening n rasa loya tekak..tp, yg heran tu..dalam dizzy2 tuh, ati nih nak gak tgk video tu sampai abis..hehehe curik2 tengok di celah2 jarik jer tuh..kejap pejam mata kejap bukak mata

bukan aku tak bersyukur dgn rezeki Allah..tp, takut la nak alami situasi tu. aku hairan, macam mana la ibu2 kita nih bersalin?aku nih penakot bukan main..ye lah sedangkan nak bermalam pertama pon aku takut..inikan nak keluarkan anak dari laluan yang sangat kecil itu..Masya Allah sungguh besar kuasa Allah.

hmm..yang pasti..aku amat gusar kini..kalau tak turuti kata suami..alahai Naya. semalam, waktu makan, aku bersidang lagi dgn Naya hal yang sama. siap aku ulang semula pendirianku dan tak lupa juga aku benarkan Naya untuk kahwen lagi satu..tapi, Naya senyum je..alaa perli la tu. Naya kata..takpelah, kita tunggu. nanti siapa yang mintak nak anak sendiri..(aik macam amaran je Naya ni) hmm..takpelah, kita tunggu je...kalau da rejeki..ngak bisa ditolak ya? ;p

 foto nih, aku sedut dari saifulnang.fotopages..photographer yang aku kagumi

baby

dalam aku tanak anak tu..aku boleh pulak merancang nama baby dgn Naya. heheh lawakla aku ni..aku dah plan nak letak nama anak ape..tp, tugas aku untuk anak lelaki, Naya pulak anak perempuan..tp sampai sekarang Naya tak keluar lagi nama anak2 dia lagi..nama yang dah kami setuju ialah:-

 Luq Al-Hakim, Luqman Al-Hafizi, Luqman Al-Hafiz, Luqman Al-Haris

sedap nama anak2 aku tu kan? Happy tapi nak letak kat sape ek kalo aku pon tanak anak..hm..smalam da cakap kat Naya amik anak agkt..bulah di tanak..dia kata tak sama anak agkt dgn zuriat sendiri. uhuhu..ke bley letak kat anak agkt?ke mintak kat madu aku tu nanti, nama anak2 dia letak nama2 yg aku pilih ni..hmm rasa macam tu bagus..tapi, kalau dia taknak macamana ek?