BINGKISAN ANDARADJA

Jul 3, 2006 at 03:21 o\clock

HAJAT TAK SAMPAI

Mood: Lazy

Gerimis menitik kejam, di pagi Isnin yang kelabu. Setiap titisan hujan yang ligat terjunnya dari awan-awan yang hitam pekat meluntur semangat diriku. Semangat yang mulanya bagai ingin melompat keluar seakan disedut masuk kembali nyenyak. Aku hilang dalam keenakan bantal. Memang sukar kukekal rentak hidup yang sebegitu. Disiplin diri perlu berakar. Sifat ghairah perlu berumbi. Aah. Jika diizin, esok masih akan menyinar lagi. Akan kuusahakan. Dengan bantuan-Mu.

Jul 2, 2006 at 16:56 o\clock

PROLOG : BINGKISAN ANDARADJA

Mood: High
Listening to: Gurindam Dua Belas

Malam yang kian menyepi, menyelimuti insan dengan gebar kenikmatan, didodoi lena, menerawangi mimpi. Detik jam berpusing ligat. Meninggalkan mereka buntang atas ranjang kenikmatan.

Aku? Aku melekap di meja. Menekan butang-butang minda. Bertubi-tubi mencurah. Asyik dengan limpahan kekata. Bisu dalam keriuhan akal. Hingga buta pada betapa lincahnya masa berlalu.

Aku ghairah. Seghairah jemariku mengasak papan kekunci. Mencatat setiap pancaran idea. Aku betul-betul jatuh cinta. Dengan bahasa. Dengan akal. Dengan penyatuan gaya dan citra. Terhasil karya penuh warna.

Aku gadaikan empuk bantalku. Aku tinggalkan sejuk kamar tidurku. Aku kejar nikmat bermadah. Aku gapai sedapnya bersastera. Memuaskan.

Jul 2, 2006 at 09:22 o\clock

TEROPONG SUBUH

Mood: Melancholic
Listening to: Zabarjad - Karam

Kedinginan titisan embun Subuh,

mengucup segar rumput menghijau,

menghembus nafas tenaga,

menghadapi terik sinar Suria.

Kicauan pipit, nyanyian tiong,

mengejut seisi alam,

lengit dengan kekelatan,

dari manis mimpi semalam.

Kekecohan isi dunia,

bingkas mara,

menepis kabus,

menuju jalan merata.

Melaksana janji,

memakmur bumi,

menggerak nadi,

menjana budi.

Jul 2, 2006 at 09:17 o\clock

MONOLOG AKU (BERSAMA AYAH)

Mood: Sad
Listening to: Annie Lennox - No More I Love You's

Dalam kesayuan pagi

yang kelat dengan kemalasan,

aku menangisi kekosongan hati,

mengimbau kenangan lampau

yang masih mekar, mercup mewangi.

 

Aku redha dengan ketentuan azali

tapi, keperitan jiwa yang mencengkam

jalan-jalan kehidupanku,

menggalas tanggungjawab,

membuatku layu kesayuan.

 

Aku teringin membaringkan jasadku,

di sisimu,

mendakap semula kehangatan sayangmu

yang dahulunya menyinari siang malam.

 

Aku dambakan ketegasanmu,

membimbing aku setiap langkah perjalananku.

 

Aku lemah,

tidak berdaya menepis keperitan.

Berikan aku tenaga,

aku dahagakan semangatmu.

 

Oh Ayah!

Adakah kau mendengar pinta anakmu ini?

 

Oh, Ayah!

Aku gembira sekiranya titipan sayangku kau terima.

 

Akan ku junjung namamu,

akan ku dukung impianmu,

akan ku julang bayang dirimu,

agar kau tenang di alammu.

 

Sekalung doa,

sejambak Al-Fatihah,

ku kirimkan lagi ayah,

buat bekalanmu,

di alam Barzakh.

Jul 2, 2006 at 09:14 o\clock

BURNING

Mood: Hot
Listening to: Diana Degarmo - Dreams

A flicker of the flame

Cast giant shadows of life

On the surface of reality

Wavering a daunting past

Burning the present

Illuminating an uncertain future

Burning secrets

Engulfing truths

Scuplturing silhouettes

Of dismals

On the walls of an endless journey

Beneath the cold wax of doubt

Let the flame of courage burn on

Let the heat of strength

Pull weakened pulse of hope

Into the shadows

Melt the chill of failure

Into the sea of would be success

Just like the summer shine

Pulling the curtains of a freezing winter

Revealing a field of joyous desire.

Jul 2, 2006 at 09:11 o\clock

Re: DEFINITION

Mood: Maddeningly Frustrating

Angst. Unfulfilled desires.

Boredom. Constricted mind.

Constipated Love. Loss of heart.

Death. End in mind.

Enchanting pain. Sceptism embraced.

Failure. Stifled dreams.

Greatness. Egoistic fulfillment.

Happiness. Endorphines overload.

Imagination. Borderless needs.

Justify. Letting go.

Kleptomanic. Global strains.

Loss. Path unrestored.

Machiavellian. Men.

Needs. Hidden wants.

Optimistic. Individualists.

Pain. Misunderstood norms.

Quest. Foolishness.

Reality. Unreal.

Sanity. Temporary shelter.

Tears. Failure personified.

Universe. Macro dimension.

Versatility. Lack of choice.

Wisdom. Bullshit.

Xenophobic. Humans.

Youth. Stale freshness.

Zealout. Me.

Jul 2, 2006 at 09:08 o\clock

YogyakartA

Mood: HopefuL

Di atas bumi Yogyakarta,

Yang digegarkan gempa,

Yang digoyahkan derita,

Yang dirantai duka.

 

Masih terlekat kekuatan semangat,

Yang marak baranya,

Meredah tiupan bencana,

Melindungi diri dari hujanan musibah.

 

Kesatuan ummah,

Mengusung pergi jasad nestapa,

Menjunjung nafas harapan,

Memerangi perang kenistaan.

 

Memberi sinar pada si tua,

Mereda tangisan anak di jalanan,

Menanam benih-benih harapan,

Tempat penduduk berpaut penuh kepasrahan.

 

Oh Tuhan!

Lindungilah insan-insan ini,

Jauhkanlah seksa dan azab ini,

Hujanilah mereka dengan

Rahmat dan KurniaMu.

 

Oh Tuhan!

Oh Tuhan!

Oh Tuhan!

Ya-Rabbi.

Jul 2, 2006 at 08:58 o\clock

ImaN

Mood: ReflectivE

Keutuhan iman berakar pada kesucian ibadah,

berkiblatkan rukun,

berpaksikan ilmu.

 

Keutuhan iman payah diwarisi,

walau dari seorang bapa kepada anaknya,

dari Tok Guru ke anak buahnya,

yang termampu hanyalah,

dari kepercayaan,

terus ke hati.

 

Keutuhan iman melakar peta ketenangan,

ianya membangun rangka ketaqwaan,

ia menanam asas keperibadiaan,

membina tugu kepercayaan.

 

Pelihara keimanan,

dengan memperhalus ibadah,

menghimpun ilmu,

menggenggam hadith dan sunnah.

 

Pohonlah pelita nur,

menjadi suluh,

menerangi lorong kehidupan,

di dunia yang fana,

sambil menanti,

alam abadi,

di hujung jalan.

Jul 2, 2006 at 08:41 o\clock

BiraI SasterA

Mood: RefresheD

Wadah dibuka,

limpahan rasa,

tarian jiwa,

terpalit di muka.

Nyanyian madah,

simpulan kata,

menusuk sukma,

terpateri di minda.

Lestari bahasa,

subur dibaja

mekar selama,

di pentas dunia.