Cinta 55 Newton Road

Jul 27, 2005 at 07:41 o\clock

Kaulah Ombak Yang Berlagu Melemaskan Diriku...

27 JULY 2005

1.20pm

Berapa lama Baby mampu merajuk??seminggu?dua minggu?sebulan?setahun?Tak mungkin Baby mampu merajuk sebegitu lama.Abang cukup mengerti dan kenal akan segala lorong lorong berliku yang ada di dalam hati Baby.Takkan Baby mampu merajuk selama lamanya.

Hari ini Abang merasa cukup bertuah dan beruntung mendapat khabar yang sungguh tak diduga.Minggu depan Abang akan kembali ke Newton Road.Tempat yang meninggalkan terlalu banyak kenangan kenangan indah.Tempat yang ingin sekali lagi Abang terokai khazanah yang belum ditemui oleh sesiapa pun sebelum ini.

Abang akan terus memburu cinta yang terdampar sepi di Newton Road.Jika bukan cinta Baby yang Abang dapat entah cinta siapa??Menatap wajah Baby untuk sekian kali setelah lama terpisah bagaikan memberi kekuatan yang tidak pernah Abang miliki sebelum ini.Abang dapat merasakan kudrat dan iradatNya mengalir di segenap saraf.

Abang dapat merasakannya Baby.Biarlah Baby tidak mampu merasakannya...biarlah cinta itu terus sahaja berkubur buat masa ini di mata Baby.Namun Abang akan tetap menjadi pemburu seperti Indiana Jones...tetap merasa puas biarpun cuma menemui petanda petanda khazanah berharga.

Betapa dalamnya kebencian Baby terhadap Abang dalam lagi kesetiaan Abang terhadap sumpah setia untuk bersama Baby.Sedalam 'Jurang Mariana' yang sememangnya terkenal sebagai jurang ynag paling dalam di dunia.Biarpun onak dan ranjau disepanjang perjalanan Abang di Newton Road nanti akan Abang terjah dengan semangat kepahlawanan yang setanding dengan yang dimiliki Hang Jebat.

Ingin Abang sebut nama Baby namun tak berupaya.Bilakah kita dapat bertemu lagi Baby?Dengarlah rayuan Abang ini.Hati Abang bergetar jantung berdebar.Abang merindui segala galanya.

Terkadang Abang merasakan diri jauh terbuang.Baby tinggalkan diri ini hingga kelemasan di lautan cinta.Ah...jika ini dinamakan dugaan sanggup Abang menerimanya.

Namun Baby janagn lupa persiapan Abang sudah lebih dari cukup kali ini untuk kembali ke Newton Road.Tidak pernah Abang ketinggalan mengambil 7 biji telor separuh masak setiap pagi bersama kopi ginseng dan cendawan 'Lingzhi'.Bersiap sedialah Baby....rasakan kekuatan yang ada pada Abang ini sedikit masa lagi........

 

Pasti Baby tersenyum puas kerana Abang bukanlah pondan seperti yang Baby sangkakan!

Jul 27, 2005 at 07:41 o\clock

Kaulah Ombak Yang Berlagu Melemaskan Diriku...

27 JULY 2005

1.20pm

Berapa lama Baby mampu merajuk??seminggu?dua minggu?sebulan?setahun?Tak mungkin Baby mampu merajuk sebegitu lama.Abang cukup mengerti dan kenal akan segala lorong lorong berliku yang ada di dalam hati Baby.Takkan Baby mampu merajuk selama lamanya.

Hari ini Abang merasa cukup bertuah dan beruntung mendapat khabar yang sungguh tak diduga.Minggu depan Abang akan kembali ke Newton Road.Tempat yang meninggalkan terlalu banyak kenangan kenangan indah.Tempat yang ingin sekali lagi Abang terokai khazanah yang belum ditemui oleh sesiapa pun sebelum ini.

Abang akan terus memburu cinta yang terdampar sepi di Newton Road.Jika bukan cinta Baby yang Abang dapat entah cinta siapa??Menatap wajah Baby untuk sekian kali setelah lama terpisah bagaikan memberi kekuatan yang tidak pernah Abang miliki sebelum ini.Abang dapat merasakan kudrat dan iradatNya mengalir di segenap saraf.

Abang dapat merasakannya Baby.Biarlah Baby tidak mampu merasakannya...biarlah cinta itu terus sahaja berkubur buat masa ini di mata Baby.Namun Abang akan tetap menjadi pemburu seperti Indiana Jones...tetap merasa puas biarpun cuma menemui petanda petanda khazanah berharga.

Betapa dalamnya kebencian Baby terhadap Abang dalam lagi kesetiaan Abang terhadap sumpah setia untuk bersama Baby.Sedalam 'Jurang Mariana' yang sememangnya terkenal sebagai jurang ynag paling dalam di dunia.Biarpun onak dan ranjau disepanjang perjalanan Abang di Newton Road nanti akan Abang terjah dengan semangat kepahlawanan yang setanding dengan yang dimiliki Hang Jebat.

Ingin Abang sebut nama Baby namun tak berupaya.Bilakah kita dapat bertemu lagi Baby?Dengarlah rayuan Abang ini.Hati Abang bergetar jantung berdebar.Abang merindui segala galanya.

Terkadang Abang merasakan diri jauh terbuang.Baby tinggalkan diri ini hingga kelemasan di lautan cinta.Ah...jika ini dinamakan dugaan sanggup Abang menerimanya.

Namun Baby jangan lupa persiapan Abang sudah lebih dari cukup kali ini untuk kembali ke Newton Road.Tidak pernah Abang ketinggalan mengambil 7 biji telor separuh masak setiap pagi bersama kopi ginseng dan cendawan 'Lingzhi'.Bersiap sedialah Baby....rasakan kekuatan yang ada pada Abang ini sedikit masa lagi........

Pasti Baby tersenyum puas kerana Abang bukanlah pondan seperti yang Baby sangkakan!

Jul 15, 2005 at 08:56 o\clock

Oh Mon...oh Baby...

15 July 2005

2.55pm

Oh Baby...sesungguhnya MON itu tidaklah mampu melawan keayuan dan kemanisan mu Baby.....

Jul 15, 2005 at 03:15 o\clock

Kuharap Panas Sampai Ke Petang....

15 July 2005

9.00pagi

Setelah bermuhasabah diri dan mencari jawapan yang hakiki Abang memutuskan untuk kembali mencoret diruangan yang tidak pernah padam dengan cerita cerita asmara.

Betul juga kata kata  "Journeys end in lovers meeting, Every wise man's son doth know." dari Shakespeare...Buat kali pertama dalam hidup Abang baru kini Abang dapat merasakan ketenangan hidup yang saban waktu Abang mendambakannya.

Baby......satu nama yang sering meniti di hamparan jiwa ini.Buat pertama kali juga Abang tidak lagi perlu risaukan keadaan Baby yang berada di kejauhan sana.Abang insaf dengan ketentuan Ilahi.Untuk apa kita bertemu Baby?Jika hanya penuh derita.Kepedihan di hati Abang melayarkan bahtera impian sudah cukup membuatkan Abang serik untuk menagih cinta dari Baby.

Apakah Baby tidak merasakannya?Merasakan kepiluan yang bersarang di hati Abang.Ledakannya cukup hebat.Lebih hebat dari bom atom yang gugur di Hiroshima dan Nagasaki......

 

 

Jul 13, 2005 at 03:27 o\clock

PENGUMUMAN PENTING

13 JULY 2005

DENGAN  RASMINYA PENULIS AKAN BEREHAT SEBENTAR KERANA ANCAMAN 'PUTING BELIUNG TOH'

PENULIS  AKAN  PULANG  KE  KAMPUNG  HALAMAN  DI  BATU  PAHAT  UNTUK  MENCARI  KETENANGAN  YANG ABADI.

KEPADA PEMINAT PEMINAT  YANG INGIN  MENGIKUTI  PERKEMBANGAN  SELANJUTNYA  SILA  HUBUNGI  PENULIS  DI  TALIAN  BEBAS  TOL  63331411

 

SALAM  SAYANG

Jul 9, 2005 at 11:47 o\clock

Derita Ini Kutanggung Sendiri

9 July 2005

5.15 petang

Rajuk hati ini tiada siapa yang mampu memujuk.Biarlah Abang sendirian membawa haluan Abang demi melihat Baby bahagia.Biarlah Abang tinggalkan segala kenangan silam Newton Road terpahat kemas di dada Abang yang berbulu ini.

Akan Abang buka lembaran baru di sini bersama kenangan pahit yang amat payah untuk dilontarkan sejauh mungkin.Baby pilih lah siapa saja yang Baby rasa mampu meredah kehidupan abadi bersama Baby.Pilihlah JIMAN kalau Baby berkenan.Ambillah LEBAI MIE jika Baby ingin hidup dikelilingi bau bauan semerbak mewangi.Suntinglah Pendekar dari Bedok jika Baby memang berhajat memakai celak seumur hidup.

Abang redha dengan pilihan Baby walau siapa pun yang Baby mahu.Cuma satu yang Abang pinta....janganlah Baby merayu untuk kembali pada Abang seandainya cinta Baby tidak disemai dan dibajai suatu hari nanti.Abang tidak sanggup untuk memperdagangkan cinta suci Abang terhadap Baby untuk kali kedua.Bukan Abang mengharapkan Baby tidak bahagia cuma Abang tidak mahu cinta Abang ini menjadi 'cinta kristal' seperti di dalam lagu Rahim Maarof penyanyi dari Kelantan itu.

Antara cinta dan airmata Abang lebih rela memilih airmata seandainya itulah yang membuatkan Baby bahagia.Abang lebih rela tidur bertemankan sendu asalkan Baby nyenyak diulit mimpi indah di malam hari.Abang bukanlah seperti lelaki lelaki metropolitan yang senang benar mengungkapkan janji janji palsu terhadap sang wanita.Abang hanyalah seorang insan yang cuma cuba memayungi cinta seorang Baby.Namun sayangnya Baby cepat benar beralih arah...

Usah Baby risau tentang diri ini.Usah dirisaukan tentang makan minum Abang disini.Usah dirisaukan apa yang Abang rasa saat ini.Gelodak batin ini tak mungkin Baby merasakannya.Setiap hembusan nafas Abang mana mungkin baby merasakan kegawatannya.Degupan nadi Abang masih lagi di paras 120/80.Suatu petanda baik dalam istilah perubatan.Walau apa pun Baby lakukan terhadap Abang akan Abang ikat kemas kemas dan lontarkan ke dalam lubuk sanubari Abang.

Jika ini sudah tertulis di Loh Mahfuz itulah hakikat yang harus Abang telan.Haruskah Abang menyalahkan takdir?........

Jul 8, 2005 at 07:33 o\clock

Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu......

08 July 2005

1 tengahari

Hancur.Luluh.Bagaikan dirobek robek tangkai jiwa ini pabila Baby memuja muja seorang lelaki bernama JIMAN.Apakah kurangnya Abang?Apakah istimewanya JIMAN?Apakah Abang tidak mampu membahagiakan Baby hingga ke hembusan nafas Abang yang terakhir?Apakah Baby pasti JIMAN mampu mempertahan Baby hingga ke titisan darahnya yang terakhir?

Belum pun sampai sepurnama Abang terasing di daerah yang tidak menjanjikan kebahagiaan ini Baby sudah beralih hati.Ah!Dunia ciptaan Ilahi ini kadangkala sukar untuk dimengertikan.Apatah lagi dengan kehadiran insan insan yang bernama'wanita' yang seringkali mempermain mainkan harapan dan cinta suci seorang lelaki sejati seperti Abang ini.

Seringkali hati ini berdetik,apakah tidak cukup pengorbanan yang Abang curahkan selama ini terhadap Baby?Umpama menjirus air ke daun keladi lagaknya cinta Abang terhadap Baby.Tidak sedikit pun Baby tahu menilai antara intan dan kaca...antara ruby dan sapphire...antara cinta dan percintaan...antara pengorbanan dan pengharapan.Sungguh tepat sekali kata kata Pak Lebai semasa Abang berada di kampung dulu."Nafsu wanita terlampau hebat.Umpama bahtera yang belayar di lautan yang tak bertepi.Dihembus angin barat tak semestinya bahtera menuju timur.Lelaki lah yang harus menjadi nakhoda bahtera itu agar perjalanan yang jauh itu berlabuh jua di pelabuhan akhirnya."

Baru sekarang Abang akui kebenaran kata kata Pak Lebai itu.Apatah lagi Baby kini mengagung agungkan JIMAN.Secalar mana pun hati Abang tetap akan Abang berdiri teguh seteguh tugu Monas yang terpacak di tengah Bandaraya Jakarta.Biarlah sekalian alam beserta unggas unggas yang melata di muka bumi ini menyaksikan kesetiaan Abang menjunjung kasih Baby.

Abang tahu dan sedar JIMAN lelaki berharta...apatah lagi mampu memiliki sebuah kereta merah yang saban hari meluncur di atas dada jalan di Newton Road yang banyak sekali meninggalkan kenangan pada Abang.Bukan seperti Abang hatta kereta sorong pun belum tentu  Abang mampu persembahkan pada Baby.Kejamnya hati seorang wanita...menilai harga cinta seorang lelaki optimis seperti Abang seperti harga sebuah kereta milik JIMAN.

Abang cuba pujuk hati ini dikala mentari sudah mula tegak segalah di waktu ini.Jangan lah bimbang dan ragu,hati ini berbisik sayu.Usahlah difikirkan JIMAN dan kereta merahnya itu.Empat hari lagi bonus Abang menanti belikan saja Baby sebuah kereta yang diingini.

Oh!Hampir terlupa Abang....setelah dihitung hitung rupanya rupanya Abang juga mampu membuatkan Baby tersenyum riang.

Katakanlah Baby....katakanlah..kereta apa yang Baby idamkan?Akan Abang hadiahkan padamu Baby.Syaratnya cuma satu...........

 

Baby mesti pass lesen dulu.

 

Jul 2, 2005 at 02:48 o\clock

Suatu pagi di hujung tanjung

2 July 2005

8.45pagi

Deruman kenderaan yang melintas tak sedikit pun mengalihkan pandangan hati abg kepada baby.sayu sungguh rasanya bila baby tiada di samping abg.mungkin inilah yang dikatakan dugaan hidup.

semoga baby tabah menghadapi liku liku perjalanan di Newton Road.hanya doa kudus yang mampu abg persembahkan pada baby...