homestay semenyih aznur

Mar 19, 2017 at 16:59 o\clock

rezeki aznur di bulan mac

 

Assalamualaikum... kepada pembaca blog sekalian...

 

Pada bulan Mac yang lepas, syukur Alhamdulillah rezeki hasil perniagaan homestay dan lain-lain barangan agak banyak. Jumlahnya melebihi RM2,000.00 lebih. Ini adalah rekod tertinggi setakat ini. Sebahagian daripada tempahan terpaksa kami tolak kerana telah ditempah lebih awal oleh pihak lain.

 

Pihak yang menginap di Aznur Homestay kerana mempunyai pelbagai urusan. Ada yang mempunyai urusan perkahwinan, pertunangan, kursus / program di lokasi berdekatan, pelajar sekolah yang ada program hari sukan, kumpulan mendaki Bukit Broga, kontraktor yang nak menyiapkan projek di lokasi berdekatan dan lain-lain. Macam-macam urusan orang yang memerlukan penginapan yang selesa dan sesuai semasa menguruskan program tersebut.

 

Alhamdulillah setakat ini banyak pihak yang berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di Aznur Homestay. Hampir keseluruhan pihak yang menginap di Aznur Homestay juga menjaga dengan baik kemudahan di homestay. Mungkin kerana cara perbincangan yang baik antara kami (pemilik homestay) dengan mereka (penyewa) sebelum memasuki homestay. Lagi satu, sekiranya penyewa mahu keluar agak lewat kerana ada urusan, maka kami tidak keberatan untuk membenarkannya, kecuali sekiranya pada malamnya sudah ada orang lain yang tempah.

 

Lain-lain rezeki dari perniagaan AZNURNIAGA RESOURCES juga semakin menampakkan kemajuan. Jualan madu lebah hutan, madu tualang dan madu kelulut semakin laku dan sudah ada pembeli tetap. Lokasi jualan madu juga semakin bertambah. Banyak pihak telah menyedari kewujudan Madu Aznur dan ingin merasainya. Ini adalah perkembangan yang bagus dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.

 

Saya telah bertanya kepada pelanggan perniagaan kami mengenai pengetahuan mereka tentang barangan dan perkhidmatan yang AZNURNIAGA RESOURCES tawarkan. Jawapan daripada mereka adalah pelbagai. Sebahagiannya tahu daripada iklan di internet seperti iklan percuma seperti mudah.net, iklanekamaya, Facebook, blog, email dan laman diskusi di portal, web dan blog. Ada yang mengetahui melalui perkongsian di group whatts Apps. Ada juga mengetahui daripada mulut ke mulut, iaitu bertanyakan orang. Ada juga yang mengetahui daripada iklan kain rentang (banner) yang saya gantung di tempat strategik.

 

Semoga perniagaan kami akan semakin diberkati dan lebih maju di masa depan. Amiin..

 

untuk menempah homestay atau lain-lain produk kami, hubungi ~~

 

017 6371728 (AZHAR)

012 6745995 (AZLIZA) 

 


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.