homestay semenyih aznur

Mar 21, 2018 at 04:46 o\clock

Tempahan Aznur Homestay Di Musim Cuti Sekolah

by: zarissani   Keywords: tempahan, homestay, cuti, sekolah


Assalamualaikum wbt...
 
Alhamdulillah, tempahan Aznur Homestay pada cuti sekolah amat memberangsnagkan. 

Feb 27, 2018 at 01:06 o\clock

Cara Dan Teknik Pemasaran Homestay

by: zarissani   Keywords: teknik, pemasaran, homestay


ASSALAMUALAIKUM WBT...
 
Pada masa sekarang permintaan terhadap homestay semakin menggalakkan. Orang ramai di Malaysia semakin meminati untuk menginap di homestay berbanding hotel kerana banyak kemudahan berbanding menginap di hotel. Penginapan di homestay juga lebih senang berunding dengan pemiliknya mengenai kadar sewa dan masa keluar dan masuknya. walau pun begitu, bagi mereka yang mengusahakan homestay, terdapat cabaran dalam memasarkan homestaynya. Terdapat beberapa cadangan yang dicadangkan oleh pengusaha homestay yang berjaya dalam usaha mendapatkan penyewa yang ramai.
 
1.Membuat papan tanda dan kain rentang untuk memaklumkan kepada orang setempat dan yang lalu lalang di kawasan itu tentang kewujudan homestay kita di situ.Dengan cara ini kita sebenarnya mahu memaklumkan kepada orang dipersekitaran tersebut tentang kewujudan homestay kita. Dengan itu, apabila mereka memerlukan pada bila-bila masa, maka mereka akan bertanyakan kita mengenainya.
Papantanda juga boleh diibaratkan sebagai jerat kepada orang yang tersesat dan terdesak untuk mencari penginapan di kawasan itu. Orang-orang berkeluarga yang jauh yang kepenatan dan memerlukan penginapan untuk berehat, mandi dan tidur akan mencari-cari lokasi yang sesuai dan murah.
2. Memaklumkan kepada semua kawan dan kenalan mengenai pembukaan homestay kita. Mungkin boleh tawarkan harga sedikit rendah kepada mereka. Apabila mereka ada urusan di tempat itu, maka mereka lebih cenderung untuk menginap di homestay kita. War-warkan mengenainya menggunakan teknologi maklumat masa kini seperti Whatts Apps dan Facebook.
 

Feb 20, 2018 at 05:18 o\clock

Resit Untuk Tuntutan (Claim) Penyewa Aznur Homestay

by: zarissani   Keywords: Homestay, semenyih


 
Assalamualaikum wbt...
 
Aznur Homestay @ Pelangi Semenyih adalah sebuah perniagaan yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya didaftarkan dibawah nama Aznurniaga Resources. Oleh itu, kami boleh mengeluarkan resir rasmi sekiranya diminta oleh mana-mana pihak yang mahukannya untuk tujuan tuntutan di pejabat masing-masing. Pegawai kerajaan yang ada urusan rasmi serta pihak swasta yang mahukannya boleh mendapatkannya daripada kami. 
 
 
  
 
 
 
 
~ HUBUNGI ~
 
AZHAR (017 6371728)
AZLIZA (012 6745995)
 
 
 
 

Feb 8, 2018 at 08:44 o\clock

Awasi penipuan (scam) iklan homestay

by: zarissani   Keywords: homestay, semenyih


Assalamualaikum wbt...
 
Kepada pembaca blog semua yang ada urusan dan nak menginap di homestay, kami menasihatkan supaya berhati-hati suoaya btidak terkena tipu (scam) yang semakin menjadi-jadi sekarang. Cara penipuan ini bermacam-macam. Di kalangan group whatts app semakin banyak dibincangkan. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah dengan cara mendapatkan wang dengan cara yang cukup senang (menipu).
 
Bagaimana mereka menipu? Caranya adalah pelbagai :
 
1. Dengan cara mengiklan di laman sosial percuma bahawa dia ada homestay yang ingin disewa. Padahal dia tidak ada pun. Jadi, dia akan mengenalpasti mana-mana homestay yang ada gambar yang menarik. Kebiasaannya diambil dari mnaa-mana laman web dan mengiklankan.
 
Apabila orang yang berminat dengan homestay tersebut, maka dia akan meminta deposit terlebih dahulu. Apabila tiba waktu yang dijanjikan, customer tersebut akan datang ke homestay tersebut dan terkejut bahawa owner sebenar tidak tahu menahu. Paling kasihan apabila kebetulan sudah ada orang lain dalam rumah dan pemilik sebenar terpaksa menolak pelanggan tersebut.
 
2. Cara kedua untuk melakukan penipuan ialah dengan cara si penipu itu menghubungi pemilik sebenar. Dia akan mengkaji dan mengenalpasti homestay yang mana pemiliknya agak jauh dari homestay dan mempunyai perabot dan kelengkapan yang lengkap. Kemudiannya dia akan menghubungi pemilik dan menyatakan untuk menyewa dengan kadar sekejap mungkin, mungkin setengah hari dan meminta kadar sewaan semurah mungkin.
 
Strategi seterusnya membuat salinan kunci. Seterusnya akan mengambil gambar sebanyak mungkin dan secantik mungkin. Gambar tersebut akan diiklankan sebagai rumah sewa dalam mana-mana portal dan web. Orang ramai yang melihat pasti akan geram dengan keadaan rumah fully furnished dan kadar sewaan yang rendah.
 
Kemudiannya dia akan meminta deposit dan mengatakan bahawa perlu bagi tunai semasa melihat rumah. Apabila ramai yang mahu lihat rumah, maka dia akan aturkan dan akan dpt byk deposit secara cash. Masa yang dijanjikan untuk masuk, dia akan menghilangkan diri dan ketika itu barulah penyewa akan rasa tertipu.
 
 
 
 
 

Feb 7, 2018 at 02:22 o\clock

Air untuk kecemasan

by: zarissani   Keywords: homestay, semenyih


 
ASSALAMUALAIKUM WBT
 
 
Kami di Aznur Homestay @ Pelangi Semenyih amat menyedari keperluan air yang mengatasi segala-galanya. Untuk kes-kes kecemasan sekiranya ditakdirkan ada masalah gangguan air di sekitar Semenyih,  maka kami menyediakan air yang diisi dalam tong dan bekas air. Di tingkat bawah dan setiap bilik air di tingkat atas ada disediakan.
 
 
Sememangnya homestay kami mempunyai tangki air yang besar dan mencukupi sehingga sekurang-kurangnya sehari. Akan tetapi kami mengambil inisiatif untuk bersedia dengan lebih awal, lebih-lebih lagi sekiranya jumlah penyewa yang menginap adalah ramai dalam satu-satu masa. Ini kerana kebiasaannya apabila penyewa yang datang kerana urusan perkahwinan, jumlah mereka adalah ramai termasuk kanak-kanak.
 
 
Satu pengalaman yang kami alami satu rombongan penyewa dari Pasir Gudang datang kerana urusan pertunangan. Ditakdirkan ada kes penyelenggaran dilakukan oleh Jabatan Ais Selangor yang menyebabkan aiar terputus.
Penyewa beberapa kali menghubungi saya bertanyakan bekalan air bila nak pulih. Dengan susah payah saya menghubungi pihak Jabatan Air.
 
 
Akhirnya bekalan air pulih sepenuhnya pada jam 2.00 pagi selepas kerja-kerja membaiki paip air yang pecah berjaya dibaiki. Syukurlah penyewa faham situasi yang berlaku.
Sebagai tanda kekesalan kerana Aznur Homestay tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada penyewa, maka kami telah memotong kadar sewaan yang lebih murah. Alhamdulillah enam bulan kemudiannya, penyewa tersebut datang kembali menginap untuk urusan perkahwinan pula....

 
  
 
 
 
hubungi : AZHAR (017 6371728)
AZLIZA (012 6745995)
 
 
 

Feb 6, 2018 at 01:19 o\clock

Dril dinding untuk pasang perabot di Taman Equin

by: zarissani   Keywords: Khidmat, dril, dinding


Assalamualaikum wbt...
 
Pada hari Sabtu lepas, saya ke Spring Villas, Taman Equin untuk melakukan kerja-kerja dril dinding untuk memasang kepala katil, tempat meletak peralatan audio dan tempat gantung gambar. Encik Nazrin yang baru dua bulan lebih memasuki rumah tersebut mahu memasang pelbagai perabot ikea yang baru dibelinya. Untuk itu, dia perlu menebuk dinding untuk memasangnya. Saya sampai ke sana jam 9.00 pagi dan kami bersama-sama melakukan kerja-kerja tersebut yang selesai lebih kurang jam 11.45 pagi.
 
 
  
Encik Nazrin mengucapkan terima kasih dan bercadang untuk memanggil lagi apabila membeli lain-lain perabot. Dia juga akan mencadangkan kepada kawan-kawannya sekiranya ingin dril dinding untuk memasang apa-apa jenis perabot, memasang langsir, memasang bidai dan lain-lain.
 
 
hubungi
 
*** AZHAR ***
~ 017 6371728 ~ 

Feb 5, 2018 at 01:34 o\clock

Khidmat dril dinding untuk pasang langsir, bidai, gambar dll

by: zarissani   Keywords: dril, dinding


Assalamualaikum wbt...
 
Kepada sesiapa di kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan sekitar yang baru masuk rumah dan nak pasang langsir, kabinet, bidai, gambar dan lain-lain yang perlu dril (tebuk) lubang dinding simen, bolehlah hubungi saya. Saya hanya kenakan bayaran RM60.00 sebuah rumah termasuk skru. 
 
 
 
 
 
Kebiasaannya bagi yang baru membeli rumah dan nak masukkan perabot serta memasang langsir memang memerlukan dril. Sesetengah perabot perlu dilekatkan terus di dinding yang mana perlu ditebuk dinding untuk dipakukan supaya tidak tercabut.
 
 
hubungi :
 
~ azhar ~ 017 6371728 ~
 
 

Feb 2, 2018 at 03:34 o\clock

Hubungan Pelanggan dan Pemilik Homestay

by: zarissani   Keywords: pelanggan, dan, pemilik, homestay


Assalamualaikum wbt...
 
Kami di Aznur Homestay amat meraikan mana-mana penyewa yang menginap di homestay kami. kami akan berusaha untuk memberikan layanan yang terbaik agar mereka merasa selesa dan terus menginap di sini sekiranya ada urusan di lain-lain masa. Bermula daripada cara perbincangan awal, penempahan, semasa penginapan sehinggalah keluar homestay.
 
Kebiasaannya bakal pelanggan akan menghubungi kami dengan menggunakan aplikasi Whatts App untuk bertanyakan Aznur Homestay. Namun begitu, ada juga yang telefon untuk berunding terus. Kebiasaannya kalau yang terus telefon adalah mereka yang mahukan dengan segera.
Biasanya mereka akan bertanyakan harga dan minta untuk melihat kemudahan yang terdapat di Aznur Homestay. Apabila bersetuju, maraka akan masukkan duit deposit sebanyak rm50.00 sebagai tanda jadi, atau pun booking. Ini bermakna, saya tidak boleh lagi menyewakan kepada lain-lain orang. Sekiranya belom booking rm50.00, secara tak langsung homestay masih kosong lagi dan terbuka kepada sesiapa yang mahu menempah. Kami tidak akan lagi menerima lain-lain tawaran daripada pihak lain walau setinggi mana pun harga yang ditawarkan.
 
Pada hari masuk rumah, biasanya kami akan tunggu di homestay untuk menyerahkan kunci. Pada masa itu juga penyewa akan menyerahkan jumlah keseluruhan bayaran yang masuh berbaki secara tunai. Mana-mana penyewa yang mahukan resit rasmi akan kami sediakan. Kebiasaannya, bagi dari jabatan kerajaan, swasta, pelajar akan meminta resit rasmi dengan tujuan untuk difailkan di pejabat mereka atau pun untuk tuntutan kewangan mereka. Kami tidak mempunyai masalah kerana Aznur Homestay @ Pelangi Semenyih berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 
 

Feb 1, 2018 at 08:42 o\clock

Keselamatan di Aznur Homestay @ Pelangi Semenyih

by: zarissani   Keywords: homestay, di, semenyih, aznur


ASSALAMUALAIKUM WBT...
 
Bagi pelanggan yang menginap di homestay kami, kami amat menitikberatkan keselamatan mereka. Untuk itu, kami sentiasa berhubungan secara terus dengan pihak Persatuan Penduduk dan Securiti di TPS. Setiap kali ada pelanggan yang akan masuk (check in), kami akan terus memaklumkan mengenai kedatangan pelanggan tersebut untuk memudahkan pemantauan dilakukan.
Perkara pertama yang sering ditanya oleh pelanggan adalah tempat meletak kenderaan, lebih-lebih lagi apabila datang dalam bilangan kenderaan yang banyak. Untuk itu, kami telah berbincang dengan pihak securiti supaya boleh meletakkan kenderaan di tepi pagar di bahagian luar. Kenderaan dijamin selamat
 
  
 
 
hubungi
 
~ azhar ~ (017 6371728)
~ azliza ~(012 6745995) 
 
 

Feb 1, 2018 at 05:02 o\clock

Penyelenggaraan Homestay

by: zarissani   Keywords: homestay, di, semenyih


Assalamualaikum wbt...
 
Bagi pengusaha homestay, penyelenggaraan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan kadar segera. Mana-mana peralatan perlulah diperiksa dengan kadar segera dan yang rosak perlulah segera dibaiki. Ini adalah untuk keselesaan pelanggan yang menginap.
 
Begitu juga dengan kami di Aznur Homestay@Pelangi Semenyih. Apabila pelanggan keluar, maka kami akan memeriksa untuk mengetahui kerosakan barang dan peralatan. Kerosakan biasanya pada suis dan lampu, paip dan lain-lain peralatan.
 
 
  
 
hubungi kami untuk penginapan....
~ azhar ~
(017 6371728)
~azliza~
(012 6745995)